Di permulaan cerita, memang akan rasa benggang dengan polis, pendakwaraya yang semuanya memihak pada orang jahat. Kim Hae Il terpaksa berjuang seorang diri untuk menegakkan keadilan buat ayah angkatnya yang juga seorang paderi senior yang sangat dihormati oleh orang ramai. Ayah angkatnya iaitu paderi Lee Young Joon mati dibunuh tapi tiada suspek dikenalpasti, malah paderi Lee Young Joon itu turut difitnah. Disebabkan suatu hal, Kim Hae Il akhirnya dibenarkan untuk menyiasat kes tersebut semula bersama dengan seorang detektif bernama Koo Dae Young yang korupsi. Koo Dae Young telah diarahkan oleh orang atasan untuk menggagalkan segala rancangan Kim Hae Il. Namun lain jadinya bila Koo Dae Young mula berubah menjadi baik bila dia makin rapat dengan Kim Hae Il tu. Scene- scene yang membabitkan watak Kim Hae Il lakonan Kim Nam Gil dan Koo Dae Young lakonan Kim Sung Kyun memang kelakar habis. Diorang siap pecah masuk rumah bagai, tapi dalam masa yang sama boleh lagi bergaduh antara satu sama lain. Tu belum lagi scene diorang pakai topeng untuk pergi menculik dan sebagainya haha. Pendek kata memang enjoy menonton Korean Drama The Fiery Priest ini.
Selain itu watak pendakwaraya dalam drama ini iaitu Park Kyung Sun lakonan Lee Honey tu juga agak annoying di peringkat awal sampai ke pertengahan cerita. Park Kyung Sun sentiasa menggagalkan rancangan Kim Hae Il tu, tapi dalam masa yang sama dia tak sanggup tengok Kim Hae Il masuk penjara atau tercedera gitu. Sampailah Park Kyung Sun hampir - hampir nak kena bunuh barulah dia memihak pada pihak yang betul hehe. Walaupun nampak Park Kyung Sun tu macam ada hati pada Kim Hae Il tu tapi tiada kisah cinta dalam drama ini okey. Ada satu scene bila diorang parodikan drama Korea Mr. Sunshine tu memang terbaik, siap ada lagu background dari drama tu lagi. Bukan watak utama saja yang menyerlah dalam drama ini, malah watak pembantu juga sangat menyerlah okey dan mencuit hati gitu. Antara watak pembantu yang mencuri tumpuan adalah Ssongsak lakonan Ahn Chang Hwan. Ssongsak adalah warganegara Thailand yang datang ke Korea untuk mencari kerja, dia awalnya sering dibuli oleh gangster bernama Jang Kyong lakonan Eum Moon Suk disebabkan dia tidak boleh cakap Korea dengan lancar dan pelat. Tapi siapa sangka, Ssongsak ada ilmu mempertahankan diri Muay Thai yang bagus dan sering menolong Kim Hae Il tu.
Watak gangster Jang Kyong tu pun lawak juga, aku tak boleh blah dengan rambut panjang die yang lurus tu hahaha. Masa episod akhir drama Korea The Fiery Priest ni, Jang Kyong dah potong rambut, boleh tahan comel juga dia ni hahaha. Bila dia potong rambut barulah nampak hensem sikit hehe, kalau tak serabut tengok rambut dia tu. Watak jahat dalam drama ini semua berjawatan tinggi okey, sebab tulah Kim Hae Il dan teamnya susah nak mengalahkan mereka semua sebab diorang ada duit dan kuasa kan. Selain banyak scene - scene komedi dalam drama The Fiery Priest ini, scene - scene serius dan mendebarkan juga ada, terutamanya di bahagian kemuncak cerita dan juga dekat - dekat nak ending tu. OST The Fiery Priest ni aku rasa biasa - biasa saja, manakala ending drama Korea The Fiery Priest ini memang happy ending gitu. Tak sabar nak tunggu season 2 drama ini nanti. Lagi menarik bila pelakon - pelakon drama ini sememangnya rapat antara satu sama lain dalam real life. Secara keseluruhannya drama ini memang best dan aku bagi 8.9/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Cinta Belum Tamat Tempoh
➔ Sinopsis Telefilem Orang Gaji Puaka
(Blog Miss Banu Story)
scene komedi dalam drama ni memang terbaik..haha
BalasPadamSinopsis yg menarik
BalasPadamTak sabar nak tunggu season 2 punya😍😍
BalasPadam