-->

31 Jul 2016

Cara Baiki Diri Untuk Jadi Lebih Baik

Read More »

30 Jul 2016

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Assalammualaikum..
Filem Zack Kapcai adalah filem terbitan MIG Pictures dan telah ditayangkan di pawagam bermula 14 Julai yang lalu. Filem Zack Kapcai ni dibintangi oleh Fad Bocey, Rahim Sepahtu, Shuk SYJ, Julia Marin, Serina Redzuawan, Epy Kodiang, Shafiez dan ramai lagi. Filem ni bergenre komedi aksi dan diarahkan oleh Azaromi Ghozali, Rosli Mohd Taib. Macam lawak jer jalan cerita filem ni hehehe, apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Zack Kapcai

Zack Kapcai mengisahkan tentang Raja Kapcai lakonan Rudy (Rahim Sepahtu) yang telah tinggal sejarah apabila gelaran tersebut menyebabkan Rudy bercerai dengan isterinya, Minah (Serina Redzuawan). Rudy telah membawa anaknya Tasha (Julia Marin) jauh daripada kampung manakala Zack (Fad Bocey) tinggal dengan ibunya. Zack juga suka berlumba seperti ayahnya dan telah berlumba dengan sahabat baiknya, Roy (Shuk SYJ) dengan mempertaruhkan motor kesayangan Roy sendiri. Ini menyebabkan hubungan persahabatan antara Zack dan Roy berantakan. 

Pada suatu hari, Zack telah menemui keratan akhbar yang disimpan oleh ibunya mengenai ayahnya sebagai Raja Kapcai. Zack telah memujuk ibunya untuk mencari ayah dan adiknya. Pada mulanya ibunya membantah tetapi akhirnya ibunya bersetuju untuk melepaskan Zack mencari Raja Kapcai. Pada hari Zack ingin ke Kuala Lumpur, motor Roy yang dimenanginya semasa perlumbaan telah dicuri. Maka, ibunya telah mengeluarkan motor lagenda Raja Kapcai untuk digunakan Zack bagi mencari ayahnya.

Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkan Zack mencari Rudy dan Tasha? Bagaimanakah hubungan persahabatan antara Zack dan Roy? Adakah Raja Kapcai akan muncul kembali?
Read More »

28 Jul 2016

Sinopsis Telefilem Tercipta Untukku

Sinopsis Telefilem Tercipta Untukku (Astro First)

Assalammualaikum..
Bermula 6 Julai yang lalu, Astro First Exclusive membawakan Telefilem Tercipta Untukku yang diadaptasikan daripada Novel Tercipta Untukku karya Novelis Marissa dan diarahkan oleh Jamal Khan. Telefilem Tercipta Untukku ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Nabila Huda, Marissa Yasmin, Octavia Melrose, Haeriyanto dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis telefilem ni, memang sedih laa kan jalan ceritanyer, Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Tercipta Untukku

Mengisahkan tentang kisah percintaan antara Thia dan Adil, bermula dengan insiden Thia diragut dan kemudiannya diselamatkan oleh Adil yang kebetulan berada di lokasi berhampiran. Menginginkan dirinya dikasihani oleh Adil oleh kerana kejadian malang itu, sangkaan Thia ternyata meleset apabila beliau dimarahi Adil dek kerana kecuaiannya. Pertemuan kali kedua di klinik yang sama pada malam kejadian mengeruhkan lagi keadaan apabila kedua-duanya dilihat bergaduh dan terus menyalahkan diri masing-masing di atas apa yang berlaku. Pertemuan Adil buat kali ketiga di sekolah ketika menghantar anak buahnya, Alif merubah segalanya apabila Adil kini tidak dapat melupakan Thia. Thia yang merupakan guru kepada Alif dilihat begitu istimewa di mata Adil dan beliau nekad untuk memenangi hati Thia. 

Pelbagai dugaan dan rintangan mendatang dari saat perkenalan dua hati ini, episod percintaan mereka sehinggalah ke gerbang perkahwinan. Thia dan Adil telah disahkan mengidap barah otak tahap keempat dan diberikan jangka masa enam bulan sebelum ajal datang menjengah. Hati mana yang tidak luluh terutamanya apabila kedua-duanya mengimpikan perkahwinan terindah hingga ke usia emas.
‘Ya, selamanya saya tercipta hanya untuk awak seorang’…. Sebuah ungkapan yang sangat mendalam, tulus dan kuat. Sekuat cinta Thia dan Adil. Mereka berpegang kepada ungkapan ini, sehinggalah nyawa mereka dijemput Penciptanya.
Lagu Tema / OST Tercipta Untukku
---> Sedetik Lara Nyanyian Hazama
Read More »

27 Jul 2016

Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah

Sinopsis Drama Surah Buat Maisarah Slot Zehra TV3

Assalammualaikum..
Drama Surah Buat Maisarah telah mula disiarkan di Slot Zehra Tv3 setiap Rabu hingga Jumaat bermula 20 Julai yang lalu, menggantikan drama Ketupat Palas Mr Handsome yang telah tamat episodnya. Drama ini terlebih dahulu disiarkan di portal Tonton dan kemudian barulah disiarkan di Tv. Drama 15 episod ini dilakonkan oleh Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Bella Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Beego, Zarina Zainuddin, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Ku Faridah dan ramai lagi. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Surah Buat Masisarah

Mengisahkan mengenai seorang gadis melayu, Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Bagaikan buku bertemu ruas, apabila dia terpaksa bekerja dengan pemuda Melayu yang sering menggunakan petikan ayat-ayat Al-Quran dalam menegur dan menyedarkannya.


Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat Zalikha telah bertudung. Bagi Sara, hanya gadis kampung saja yang bertudung. Lalu Sara persendakan Zalikha. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.



Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?


Lagu Tema / OST Surah Buat Masisarah
---> Hanya Namamu nyanyian Caliph Buskers
Read More »

26 Jul 2016

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia (Astro) (Drama Adaptasi Novel Mamat Muka Selenga)

Assalammualaikum..
Drama Lelaki Macam Dia sudah mula disiarkan di Astro Ria mulai 18 Julai yang lalu menggantikan drama Dia Semanis Honeymoon yang telah tamat episodnya. Drama Lelaki Macam Dia ni adalah adaptasi daripada Novel Mamat Muka Selenga karya Novelis Aliesha Kirana dan dilakonkan oleh Azrel Ismail sebagai watak Fahmi, Izreen Azminda sebagai Husna, Akhmal Nazri sebagai Aydan Danial, Zera Hariz, Sharisa Hariz, Elya Miera, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan, Mak Wan serta ramai lagi. Syazwan Zulkifli dan Ika Nabila turut membuat kemunculan khas dalam drama ni. Aku ada gak layann drama ni, memang lawak gak la tengok perangai Fahmi dan Husna tu hehe. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah Husna yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Lagu Tema / OST Lelaki Macam Dia
--> Jangan - Jangan Nyanyian Wani Kayrie 
Read More »

25 Jul 2016

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Assalammualaikum..
Filem Anak Mami Nasi Kandaq adalah sebuah filem Komedi yang telah pun ditayangkan di Pawagam pada 6 Julai 2016 (1 Syawal) yang lalu. Filem ini diarahkan oleh Prof Datuk A.Razak Mohaideen dan dilakonkan oleh Qi Razali, Fasha Sandha, Nur Risteena, Ezzaty Abdullah, Maria Farida, Azmir RL, Chik Pak Man Telo, Sheila Mambo dan ramai lagi. Adik Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha turut berlakon dalam filem ini. Filem Anak Mami Nasi Kandaq ini mengisahkan tentang persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam dan Mami Kalsom. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Anak Mami Nasi Kandaq

Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) seorang pengusaha Restoran Nasi Kandaq Al Basheer seorang duda yang bekerja keras untuk memajukan perniagaannya. Mamu mempunyai kehidupan yang bahagia bersama 5 orang anak perempuannya iaitu Fuziah (Fasha Sandha), Fitri (Nur Risteena), Farah (Ezzaty Abdullah), Fatin (Amylia Nastasha Aziz) dan Fify (Elisya Sandha). Namun perniagaan Mamu Nizam merosot setelah kemunculan gerai Mami Kalsom (Sheila Mambo). Lebih memeningkan Mamu Nizam ialah walaupun Mami Kalsom berniaga tanpa lesen dan keadaan gerainya yang agak kotor, para pelanggan tetap memilih gerai Mami Kalsom. Mamu Nizam yang tertekan mendapatkan khidmat nasihat Mamu Hussin (Azmir Cuit) dan Tuan Akhlak Khan (Azhari Zain). Mamu Hussin mencadangkan Mamu Nizam untuk mengeksploitasi kejelitaan kelima-lima anak perempuannya sebagai tarikan. 
Merisaukan Mamu Nizam ialah kesemua anak perempuannya bersifat manja dan tidak pernah bekerja. Namun kerana terpaksa, Mamu Nizam berjanji kepada anak-anaknya untuk menunaikan apa sahaja impian mereka asalkan mereka sanggup berkhidmat dan menjayakan perniagaan keluarga merekaTernyata taktik perniagaan Mamu Nizam berkesan dan secara langsung menaikkan kemarahan Mami Kalsom. Ada sahaja rancangan jahat Mami Kalsom bagi memusnahkan perniagaan Restoran Nasi Kandar Al-Basheer tetapi semuanya gagal. Kini Mami Kalsom cuba mempergunakan anak lelakinya Farid (Qi Razali) untuk bekerja di Restoran Al-Basheer bagi mencari rahsia kejayaan Restoran Al-Basheer. Mamu Nizam tidak membenarkan pekerja lelaki bekerja di restorannya bagi menjaga anak perempuannya sehingga Farid terpaksa menyamar sebagai seorang wanita bernama Faridah.
Read More »

24 Jul 2016

Entertainer - Korean Drama Review

Entertainer - Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Entertainer yang telah tamat episodnya pada 16 Jun yang lalu. Drama 18 episod ini dibintangi oleh Ji Sung, Kang Min Hyuk (CNBLUE), Hyeri, Chae Jung An dan ramai lagi. Gandingan Ji Sung dan Hyeri dalam drama ni sememangnya dinantikan ramai, selepas kedua-duanya suksess dengan drama mereka yang terdahulu seperti Kill Me Heal Me dan Reply 1988. Awalnya aku ingatkan watak Ji Sung dan Hyeri ni akan sama2 jadi artis, kiranya mereka dalam kumpulan band yang sama tapi rupanya tak, sebab diorang hanya jadi orang di belakang tabir jer seperti jadi manager dan CEO Syarikat. Kalau diorang pun jadi artis mesti lagi menarik jalan ceritanyer hahaha. Dah nama tajuk drama pun Entertainer kan, so jalan cerita drama ni mestilah berkisarkan pasal dunia hiburan, tentang bagaimana susahnya nak berjaya menjadi artis di Korea tu disebabkan persaingan yang sengit dan macam2 masalah lain lagi. Ikutkan jalan cerita drama ni bukanlah jenis kesukaan aku, tapi disebabkan ada Ji Sung dan Hyeri dalam drama ni, aku gagahkan diri gak laa untuk layann drama ni, walaupun ada gak episod2 drama ni yang aku skip hehehe.
Sepatutnya watak Jo Ha Neul yang dipegang oleh Kang Min Hyuk tu ditawarkan terlebih dahulu kepada pelakon Park Bo Gum yang turut berlakon dengan Hyeri dalam drama mereka sebelum ini iaitu Reply 1988. Tapi Park Bo Gum dah tolak watak tu, bagus gak die tolak watak tu sebab dalam drama ni watak Jo Ha Neul tu akan selalu banyak masalah dan sedih jer, tambahan lagi die bertepuk sebelah tangan jer, nasib laa masa episod akhir, die akan bertemu pengganti baru. Pelakon Park Shin Hye turut buat kemunculan khas dalam drama ni untuk episod 3. Begitu juga dengan Seo Kang Joon yang buat special appearance untuk episod 7 dan 8. Selain itu, Lagu-lagu tema / OST Entertainer ni memang sedap2 dan best untuk didengar. Aku juga suka tengok ragam dan gelagat budak2 Enterteiner ni macam Kyle yang giler2, Yun Soo yang suka tersenyum dan baik hati serta Jae Hoon yang bijak dan cute tu. Kesian juga kat Jo Ha Neul yang suka pada kakak angkatnya tu iaitu Geu Rin tapi tengok dari cara layanan die pada J.Ha Neul tu memang dah boleh agak yang die anggap J.Ha Neul tu sebagai adik die jer.
Tapi aku suka part yang Geu Rin mula sedar yang Jo Ha Neul ada hati kat die selama ni, tapi Jo Ha Neul dah sedar lebih awal lagi yang hati Geu Rin hanyalah pada Shin Suk Ho. Agak menarik juga konflik-konflik yang terpaksa Entertainer Band ni atasi terutamanya masalah Jo Ha Neul difitnah dan ada rekod jenayah, diikuti dengan kes lagu abang Jo Ha Neul dicuri dan diciplak oleh orang lain sekaligus membuatkan abang Jo Ha Neul membunuh diri dan membuatkan Shin Suk Ho berasa amat bersalah. Scene2 ni semua memang beremosi betul lah, terutama pasal kes abang Jo Ha Neul tu. Tak sangka juga yang Direktor Yeo Min Joo yang merupakan kawan lama Shin Suk Ho tu pun ada hati juga dengan S.Suk Ho tu cuma S.Suk Ho tu yang tak sedar tapi nasiblah nanti Yun Soo yang merupakan salah sorang ahli kumpulan Entertainer Band tu akan jatuh hati gitu kat Min Joo. Bagi aku drama ni bolehlaaa kalau nak layannn kalau boring2 tu tapi setakat tu jerlaa sebab drama jenis gini bukan favourite aku. Pelakon dah best2 tapi jalan cerita drama ni agak biasa-biasa jer bagi aku, xdelah menarik or best giler2 kan, setakat gitu-gitu jerla.
Review ni pun aku buat simple jer, dan aku bagi 5.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama Entertainer ni.
Read More »

23 Jul 2016

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Bagaikan Kelip - Kelip adalah drama terbaru di Slot Azalea Tv9 menggantikan drama Terlarang Sudah Rinduku yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Aishah Azman, Ben Amir, Shah Jaszle, Ruhainies, Alis Mariya, Esma Daniel, Amyza Aznan dan ramai lagi. Drama ini dah mula disiarkan pada 19 Julai yang lalu, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam dan drama ni diarahkan oleh Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita drama ni memang agak sedih gak laa drama ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip 
Mengisahkan Salina (Aishah Azman), gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga, Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

Lagu Tema / OST Bagaikan Kelip - Kelip
--> Oh No Nyanyian Tasha Manshahar FT Viral
Read More »

22 Jul 2016

Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz Slot Akasia Tv3

Assalammualaikum..
Drama Sayangku Kapten Mukhriz adalah drama terbaru di Slot Akasia TV3 menggantikan drama Seindah Takdir Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Anugerah Terindah karya novelis Sophilea dan mempunyai 23 episod. Mempertaruhkan gandingan baru iaitu Raja Afiq (DFKL) dan Niena Baharun sebagai pelakon utama drama ini dan diserikan dengan pelakon lain seperti Fezrul Khan, Ikhlas Jalil, Hafizul Kamal, Neera Azizi, Reen Rahim, Alif Aziz dan ramai lagi. Drama ini sudah mula disiarkan pada 13 Julai yang lalu dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Tak leh blah tengok ragam Dr Arianna yang tergila-gilakan Kapten Ustaz Mukhriz tu hahahaha. Jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz

Lagu Tema / OST Sayangku Kapten Mukhriz
--> Anugerah Terindah nyanyian Black Hanifah
Read More »

17 Jul 2016

Sinopsis Drama Menantu Ting Tong

Sinopsis Drama Menantu Ting Tong Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama Menantu Ting Tong adalah drama terbaru di Slot Dahlia Tv3 menggantikan drama Mr Tanda Soal yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini mula disiarkan pada 15 Julai yang lalu dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin serta diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Drama Menantu Ting Tong ini dilakonkan oleh Azrel Ismail, Nur Ruhainies, Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama ini disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Menantu Ting Tong

Cerita ini mengisahkan tentang kekecohan dan konflik yang berlaku antara dua buah keluarga iaitu keluarga Tuan Mazlan dan Puan Rozie serta keluarga Encik Ismail dan Puan Latifah. Dua buah keluarga yang berbeza status dan darjat serta cara kehidupan. Keluarga Tuan Mazlan adalah dari golongan ‘high class’ dan sudah terbiasa dengan kehidupan mewah manakala keluarga Encik Ismail pula dari golongan sederhana dan sangat berjimat cermat dengan perbelanjaan harian. Konflik bermula apabila Marsha anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama keluarga mertuanya. Marsha yang sudah biasa tinggal di banglo mewah yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama keluarga. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Mampukah Marsha berdepan dengan semua dugaan apabila tinggal dengan keluarga mertuanya kelak?.
Read More »

16 Jul 2016

Sinopsis Drama Rumi Dan Jawi

Sinopsis Drama Rumi & Jawi Lakonan Remy Ishak & Fathia Latiff

Assalammualaikum..
Drama Rumi & Jawi telah mula disiarkan di Astro Prima bermula 4 Julai yang lalu menggantikan drama Cinta 11 Syarat yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh ramai pelakon2 yang best dan popular seperti Remy Ishak, Nur Fathia Latiff, Nadia Bran, Erra Fazira, Juliana Evans, Nora Danish, Saharul Ridzwan, Ungku Ismail, Niezam Zaidi, Anne Abdullah, Julia Farhana,Nazrief Nazri, Dynas Mokhtar, Baim Wong dan ramai lagi. Drama ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan Pali Yahya. Memang menarik drama ini disamping jalan ceritanya yang ada pengajaran gitu. Apapun jom layann sinopsis drama Rumi dan Jawi kat bawah ni k..
Sinopsis Drama Rumi dan Jawi

Lahir Islam belum menjanjikan mati sebagai Islam. Manusia makin keliru antara hukum dan adab, akidah dan kepercayaan. Apatah lagi bila merasakan ilmu tebal didada. Makanya mulalah dia mengambil tugas Tuhan iaitu hukum dan hukum. Semuanya bermula bila Rumi pulang ke Malaysia dari Mesir dengan Masternya iaitu Master Akidah dan Filosofi. Rumi terkejut melihat cara hidup keluarganya yang sudah tidak mengamalkan ajaran islam dalam hidup mereka. Berpegang pada hukum, Rumi bertekad untuk merubah hidup keluarganya, namun ianya tak semudah yang disangka kerana keluarga Rumi agak tertekan dan mula memberontak dengan sikap Rumi yang terlalu memaksa mereka untuk berubah. 

Sikap Rumi yang gemar membantu orang dalam kesusahan dan ingin kembali ke pangkal jalan membuatkan Maya dan Keisya sama-sama jatuh hati pada Rumi. Kematian adik bongsu Rumi iaitu Aisya memberi tamparan hebat pada keluarga Rumi dan Rumi kemudiannya terpaksa ke New York atas urusan kerja. Di sana die bertemu dengan seorang wanita yang bernama Jawi yang sangat bencikan dirinya. Keadaan mula menjadi rumit bila Ibu Rumi ingin menjodohkan Rumi dengan Jawi namun mereka saling benci-membenci. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

Lagu Tema / OST Rumi & Jawi
--> Hanya Padamu Nyanyian Akim & Majistret
Read More »

14 Jul 2016

Jackpot - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Jackpot

Assalammualaikum..
Hari ni cam biasa nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Jackpot / The Royal Gambler / Daebak yang dah habis aku tonton baru-baru ini. Drama ini dibintangi oleh Jang Keun Suk, Yeo Jin Goo, Jeon Kwang Leol, Choi Min Soo, Lim Ji Yeon, Yoon Jin Seo dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 24 episod dan merupakan antara Historical Drama yang paling aku suka setakat ni hehehe. Setiap episod drama ni penuh suspen dan menarik sampai tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Pelakon2 yang berlakon drama ni juga best2 macam Jang Keun Suk yang dah lama tak nampak die berlakon, last nampak die berlakon dalam drama Bel Ami (2013) bergandingan dengan IU. Rasanya kalau tak silap aku lah kan, ni juga adalah kali pertama die berlakon dalam historical drama ni, selalunya die berlakon dalam drama moden gitu. Selain itu, walaupun masih muda tapi Yeo Jin Goo menampilkan lakonan yang mantap terutama bila lepas die jadi Raja tu. Choi Min Soo pun ada berlakon dalam drama ni, die memang sangat sesuai berlakon jadi raja yang ditakuti tu, cara die berlakon memang menyakinkan betul.
Namun agak pelik juga bila watak heroin dalam drama ni macam tak penting jer, pastu watak heroin cite ni dimatikan dalam episod yang agak awal juga. Tapi memang watak heroin drama ni takde fungsi pun sebab asyik nak balas dendam jer kerjanyer hehehe so baik takde dari ade hahaha. Kalau watak heroin ni dikekalkan akan wujud plak cinta tiga segi bagai kan, so baik fokuskan kat watak2 yang penting dan memberikan impak gitu. Di episod pertama dan kedua drama ni memfokuskan tentang kisah hidup dan hubungan antara Baek Man Geum, Sookbin Choi serta Raja Sookjong dan juga penglibatan Yi In Jwa yang menjadi penyebab utama yang membuatkan Sookbin dari seorang hamba dan juga isteri Baek Man Geum akhirnya berjaya menjadi Isteri Raja. Di episod kedua dan ketiga drama ni diceritakan juga tentang kelahiran Baek Dae Gil yang tak cukup bulan namun dah berdepan dengan ancaman bahaya sebelum akhirnya die dibela oleh bapa angkatnya iaitu Baek Man Geum. Apapun aku suka tengok perubahan karakter atau perangai Baek Dae Gil yang awalnya bersifat kebudak-budakkan, suka memberontak tapi akhirnya die berubah menjadi seorang yang matang, dan bijak.
Begitu juga dengan watak Yeoning lakonan Y.Jin Goo yang awalnya seorang yang friendly dan baik hati namun setelah die menjadi Raja Yeongjo menggantikan abangnya, perangai die mula berubah menjadi sangat tegas, sukar mempercayai orang lain serta kesunyian. Die juga sentiasa curiga dengan Baek Dae Gil kerana risau kalau2 Baek Dae Gil berubah fikiran dan cuba menuntut haknya sebagai pewaris takhta sebab Baek Dae Gil juga anak raja dan juga abang kandung kepada Yeoning. Walaubagaimanapun sejak awal lagi Baek Dae Gil sememangnya tidak berminat untuk menjadi Raja dan memilih jalan untuk menjadi rakyat biasa saja. Awalnya aku konfius gak dengan Yi In Jwa ni sama ada die ni baik ataupun jahat tapi memang sah die jahat lah hehe. Cuma aku heran gak dengan Raja Sookjong yang sentiasa alert dengan tindakan dan taktik Yi In Jwa ni namun memilih untuk diam dan memerhati saja, patutnya die kena bunuh Y.In Jwa tu awal2 lagi. Pastu ada gak scene2 yang buat aku terfikir sama ada Raja Sookjong ni sayang atau tidak kat Baek Dae Gil tu sebab die dari awal lagi dah tahu yang B.Dae Gil tu anaknya tapi dari cara die tu macam tak berapa sayang jer kat B.D.Gil tu. Sebaliknya raja tu sangat sayang kat anak bongsunyer iaitu Yeonryung tapi last2 anak bongsunyer tu akan kena bunuh dengan Yi In Jwa.
Yeoning juga akan kehilangan anaknya ketika die menjadi raja nanti dan anaknya tu akan mati kena racun. Kesian giler, senang2 jer diorang main racun2 anak raja ni semua hehe. Antara scene yang suspen giler apabila Abang sulung Yeoning iaitu Raja Gyeongjong tu mengamuk sakan dan hampir2 jer nak membunuh Yeoning tu tapi nasib baiklah Baek Dae Gil sempat menghalang kemudian berlakulah reunion sekejap 3 beradik ni apabila Raja Gyeongjong tu ada cakap yang die dah dapat mengagak yang Baek Dae Gil tu juga adalah anak kandung bapa diorang. Walaubagaimanapun perangai Yeoning mula berubah apabila abangnya yang menjadi raja ketika itu menjatuhkan hukuman bunuh ke atas semua menteri yang menyokong Yeoning selama ini, seterusnya membuatkan Yeoning mula berasa benci dengan abangnya. Ingatkan Raja Sookjong tu akan hidup lama dan akan berjaya menghalang kebangkitan Yi In Jwa dan pengikutnya namun die mati jugak dan Yi In Jwa akan terus memberi masalah pada Raja2 seterusnya hinggalah ke era pemerintahan Yeoning atau Raja Yeongjo. Manakala Baek Dae Gil pula membawa haluannya sendiri dan ingin hidup bersama dengan keluarganya dan pengikutnya.
Di dua episod terakhir drama ni memang suspen habis bila Yi In Jwa cuba nak menggulingkan kerajaan dengan cuba menghimpunkan rakyat untuk membuat pemberontakan secara besar-besaran. Die sanggup melakukan apa saja serta bertindak kejam pada pengikutnya asalkan impiannya untuk melaksanakan pemberontakan dan menggulingkan raja berjaya. Baek Dae Gil berpakat dengan raja serta meminta tempoh masa untuk menghalang pemberontakan Yi In Jwa dengan cuba mengurangkan jumlah pengikut Yi In Jwa, melarikan segala bekalan makanan dan keperluan lain untuk melemahkan pengikut2 Yi In Jwa tu. Raja pula berhasrat untuk menggunakan kekerasan bagi menghalang pemberontakan Yi In Jwa ni manakala Baek Dae Gil tak setuju dengan tindakan raja yang mahu menggunakan kekerasan kerana bimbang ramai rakyat yang tak bersalah akan terkorban. Dengan campurtangan Baek Dae Gil, die dan raja berjaya menghentikan pemberontakan Yi In Jwa ni dan Yi In Jwa telah ditangkap dan akan dihukum dengan hukuman yang agak dasyat juga hahaha. Yi In Jwa juga berasa menyesal kerana telah tersalah nilai Baek Dae Gil. Die menyangkakan yang Baek Dae Gil akan berminat untuk menuntut haknya sebagai raja tapi ternyata tekaannya salah.
Ingatkan di episod akhir drama Jackpot ni dah takdelah apa2 konflik kot, lagipun Yi In Jwa juga dah dihukum bunuh tapi boleh plak ada konflik lagi yang mana ada rakyat yang mahukan Baek Dae Gil jadi raja setelah Baek Dae Gil berjaya menumpaskan pemberontakan Yi In Jwa tu. Hal ini membuatkan raja jadi tak sedap hati dan bimbang jika Baek Dae Gil berubah hati dan nak menjadi raja plak selepas dirinya menjadi sebutan rakyat. Kemudian Raja terus ke tempat Baek Dae Gil dan bertanya sendiri tentang pendapatnya dan apa yang akan dilakukannya. Namun Baek Dae Gil tetap dengan pendiriannya, yang mana die tak nak jadi raja dan nak jadi rakyat biase jer. Jadi selesailah konflik tu, tapi lawak gak tengok muka Baek Dae Gil dan Yeoning bila dah dewasa tu, masing2 dah ada misai, jambang semua hehehe cuma Baek Dae Gil jer yang lambat kahwin. Namun di episod akhir ada ditunjukkan yang Baek Dae Gil akan kahwin dengan Seol Rim, cuma majlis perkahwinan diorang tak ditunjukkan lah, diorang cuma bagitau mcam tu jer. Tapi memang sesuai sangat la Seol Rim tu kahwin dengan Baek Dae Gil tu. Tambahan lagi Seol Rim tu memang tinggal dengan family B.Dae Gil dan setia dengannya.
Apapun ending drama Jackpot ni memang happy endinglah, bila Baek Dae Gil dan Yeoning saling meluangkan masa bersama dan saling melindungi antara satu sama lain. Selain itu aku memang sangat suka dengan lagu2 tema/ OST drama Jackpot ni, semuanya best giler dan sedap didengar, background muzik drama ni memang terbaiklah terutamanya untuk scene2 suspen dan mendebarkan. Pendek katanya muzik latar drama ni memang meletop habis hehehe. Secara keseluruhannya memang seronok menonton drama Jackpot ni, suspen sepanjang masa gitu. Apapun aku bagi 10/10 bintang untuk drama Korea Jackpot ni.
Read More »

12 Jul 2016

Sinopsis Drama Dia Semanis Honeymoon

Sinopsis Drama Dia Semanis Honeymoon

Assalammualaikum..
Sempena Hari Raya ni, Astro membawakan kesinambungan kisah Ahnaf Wafiey dan Hani Safira dalam Drama Dia Semanis Honeymoon sebanyak 5 episod bermula dari 11-15 Julai ini. Kemudian pada 16 Julai akan disiarkan pula Telemovie Dia Semanis Honey Raya. Masih mengekalkan pelakon2 yang sama seperti Alif Satar, Siti Nordiana dan ramai lagi. Kelihatan ada watak baru juga diwujudkan untuk drama ini yang dilakonkan oleh Izzue Islam. Apapun seronok dapat tengok drama ni, mesti ramai yang rindu dengan Ahnaf dan Hani ni kan hehehe. Apapun jom layannn sinopsis cite Dia Semanis Honeymoon ni kat bawah k.

Sinopsis Drama Dia Semanis Honeymoon

Setelah Bella ditangkap, Ahnaf dan Hani sangat bahagia dengan perkahwinan mereka, tambahan lagi Hani sedang berbadan dua membuatkan hidup mereka terasa lengkap. Atas cadangan ibu bapa mereka, Ahnaf dan Hani akhirnya pergi berbulan madu ke Bali Indonesia. Di sana Ahnaf berusaha menjaga Hani sebaik mungkin. Walaubagaimanapun mereka kemalangan kerana kereta yang dipandu Ahnaf terbabas dan membuatkan kedua-dua mereka cedera. Hani kemudiannya hilang ingatan dan tidak mengingati Ahnaf langsung. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Read More »

11 Jul 2016

Jauhi Kawan Jenis Ini!

Read More »

10 Jul 2016

Sinopsis Telemovie Kau Aku Kita Raya

Sinopsis Kau Aku Kita Raya (Telemovie Raya Tv3)

Assalammualaikum..
Sempena Hari Raya ni, Telemovie Kau Aku Kita Raya akan disiarkan pada 6 Syawal ini. Telemovie ini adalah sambungan daripada drama popular Kau Aku Kita yang pernah disiarkan di Slot Lestary Tv3 dulu. Masih mengekalkan pelakon yang sama seperti Janna Nick, Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kuza, Sasqia Dahuri dan ramai lagi. Mesti ramai yang rindu dengan Im Aus dan Iman kan hehehe, so jangan lupa tengok nanti, apapun jom layannn sinopsis telemovie cite ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Kau Aku Kita Raya 

Sambungan daripada drama siri Kau, Aku, Kita. Cerita bermula dengan memperlihatkan kemesraan atau romantik Im Aus kejutkan Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’ antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka. Im Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak pertama mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila kandungan Iman bermasalah. Anak dalam kandungan mati tanpa mereka perasan kerana Iman terlalu aktif. Berita itu membuatkan Iman rasa tertampar tambahan dia tahu dia dah pun kecewakan Im Aus. Sejak keguguran, Iman mula menjadi pendiam. Iman cuba mengubah kelakuannya yang sedikit kasar itu menjadi lembut malah mengubah penampilannya dengan bertudung.
Read More »

8 Jul 2016

Tamasha - Bollywood Movie Review

Tamasha Lakonan Ranbir Kapoor & Deepika Padukone

Ada tertengok filem Tamasha (2015) yang disiarkan di TV sempena Hari Raya ni, hero dan heroinnyer Ranbir dan Deepika gitu jadi haruslah tonton hehe. Walaupun Filem Tamasha ni tak sebest or sehebat Yeh Jawani Hai Deewani tapi okeylaa untuk ditonton. Filem ni buat aku pening gak laa sebab ada banyak flashback yang buat jadi keliru sikit. Permulaan jalan cerita sedikit bosan sebab tunjuk watak Deepika sebagai Tara dan Ranbir sebagai Ved yang baru berkenalan dan sangat happy go lucky di Corsica France. Diorang berdua ni berjanji tak akan mendedahkan identiti diri masing2 sebaliknya hanya menyamar dan menghabiskan masa bersama di France sebelum membawa haluan masing2. Karakter dan perangai Ved yang gila-gila dan happy go lucky tu menambat hati Tara dan membuatkan Tara tak dapat melupakan Ved walaupun mereka telah berpisah selama 4 tahun.
Setelah 4 tahun Tara berjumpa kembali dengan Ved dan masing2 dah punya kerjaya tetap. Kat sini baru start menarik jalan ceritanya bila Perangai Ved dah berubah 100 peratus, die dah tak macam dulu lagi, perangainya dah bertukar dengan drastiknyer, die tak giler2 dah tapi jadi lebih sopan, serius ala2 budak baik gitu, hidupnya dah jadi boring dan hanya memfokuskan kerjayanyer sebagai Product Manager jer. Masa ni Tara dan Ved dah start bercinta namun Tara sedar yang Ved dah berubah dan bukannya menjadi lelaki yang dicintainya dulu. Disebabkan Tara tak dapat menerima diri Ved yang dah berubah, die akhirnya menolak lamaran Ved untuk menjadi isterinya. Kat sini jalan ceritanya lebih best apabila kita dapat melihat perubahan karakter Ved yang berubah lebih ganas setelah lamarannya ditolak. Ved mula start jadi psiko, die buat hal kat tempat kerja sampai kena pecat semua.
Tara kemudiannya sedar yang die dah buat salah serta menyakiti perasaan Ved berusaha untuk kembali kepada Ved namun Ved pula tak mengendahkannya, tambahan lagi Tara juga sudah tahu tentang personalitinya yang kerap berubah, Ved akhirnya pulang kerumahnya dan berjumpa dengan keluarganya, namun Ved bergaduh pula dengan ayahnya. Apapun korang jangan risau sebab ending filem Tamasha ni memang happy ending lah kan. Aku suka tengok perunbahan karakter Ved ni hahaha, tapi sayangnya ada something yang buat filem ni sedikit bosan walaupun ada pelakon2 yang best. OST filem ni bolehla tahan tapi takde lagu yang aku minat pun, apapun untuk filem Tamasha ni aku bagi 6 Bintang dari 10 bintang.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017