26 Jul 2016

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia (Astro) (Drama Adaptasi Novel Mamat Muka Selenga)

Assalammualaikum..
Drama Lelaki Macam Dia sudah mula disiarkan di Astro Ria mulai 18 Julai yang lalu menggantikan drama Dia Semanis Honeymoon yang telah tamat episodnya. Drama Lelaki Macam Dia ni adalah adaptasi daripada Novel Mamat Muka Selenga karya Novelis Aliesha Kirana dan dilakonkan oleh Azrel Ismail sebagai watak Fahmi, Izreen Azminda sebagai Husna, Akhmal Nazri sebagai Aydan Danial, Zera Hariz, Sharisa Hariz, Elya Miera, Zulkifli Ismail, Aleza Shadan, Mak Wan serta ramai lagi. Syazwan Zulkifli dan Ika Nabila turut membuat kemunculan khas dalam drama ni. Aku ada gak layann drama ni, memang lawak gak la tengok perangai Fahmi dan Husna tu hehe. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Lelaki Macam Dia

Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah Husna yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Lagu Tema / OST Lelaki Macam Dia
--> Jangan - Jangan Nyanyian Wani Kayrie 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Mia Liana berkata...

hmmm.. macam best je ni...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

pemenang diumumkan pada 1.35 petang 26 April 2016

Related Posts with Thumbnails