-->

1 Jul 2016

Episod Akhir Assalammualaikum Cinta

Episod Akhir Drama Assalammualaikum Cinta

Assalammualaikum..
Nampaknya drama Assalammualaikum Cinta yang dilakonkan oleh Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Emma Maembong dan Ayda Jebat dah tamat episodnya. Selepas ini drama Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya akan disiarkan sempena Hari Raya nanti. Di episod akhir drama Assalammualaikum Cinta ini menyaksikan Azrif, Emma, Rykarl dan Nia dah berkahwin, namun perkahwinan Azrif dan Emma dilanda masalah kerana mereka sering bergaduh dan tidak sependapat. Manakala Rykarl dan Nia pula sangat bahagia. Azrif sering meluahkan masalahnya dengan Emma pada sepupunya Rykarl dan membuatkan Rykarl terpanggil untuk menolong dan menyelesaikan masalah antara Azrif dan Emma. 
Akhirnya Rykarl dan Nia pergi berjumpa Emma untuk menasihatinya dan Emma akhirnya menyedari kesalahannya lalu meminta maaf pada suaminya dan juga Tok Ma mereka. Kemudian Azrif dan Emma dah berbaik manakala isteri Rykarl iaitu Nia dah mengandung dan mengidam nak minum kopi jer hehehe. Kemudian Emma merajuk kembali dengan Azrif kerana menyangka die ada affair dengan perempuan lain sebelum berbaik semula. Ending drama ni berakhir dengan Emma yang nak muntah secara tiba-tiba dan kesemua mereka yang lain berasa happy kerana yakin yang Emma juga dah mengandung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017