23 Jul 2016

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Bagaikan Kelip - Kelip adalah drama terbaru di Slot Azalea Tv9 menggantikan drama Terlarang Sudah Rinduku yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Aishah Azman, Ben Amir, Shah Jaszle, Ruhainies, Alis Mariya, Esma Daniel, Amyza Aznan dan ramai lagi. Drama ini dah mula disiarkan pada 19 Julai yang lalu, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam dan drama ni diarahkan oleh Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita drama ni memang agak sedih gak laa drama ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Bagaikan Kelip - Kelip 
Mengisahkan Salina (Aishah Azman), gadis muda yang berkahwin dengan seorang duda yang juga ayah kepada sahabat baiknya. Salina terlebih dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Ashreeq (Ben Amir) namun dirahsiakan kerana Marlina turut meminati Ashreeq.

Konflik bermula apabila Azman (Esma Daniel), yang kematian isteri membuat keputusan untuk mengahwini Salina (Aishah Azman) yang juga anak kepada rakan sekerjanya, Pak Salleh (Razak Ahmad). Perkahwinan Azman ditentang keras oleh anak sulungnya, Marlina (Ruhainies). Marlina tidak menyangka terlalu cepat bapanya mencari pengganti ibunya lebih-lebih lagi usia Salina tidak jauh beza dengan usianya. Walaupun sebelum ini hubungan Marlina dan Salina sangat baik namun dia tetap tidak dapat menerima kehadiran Salina yang dianggap menjadi perosak kebahagian keluarganya. Mira, anak bongsu Azman pula lebih kepada mendengar kata dan menjadi anak yang baik menerima segala keputusan Azman.

Namun, malang tidak diduga, Azman pergi mengadap Ilahi dan kebahagian yang dirasa Salina hanyalah seketika bagaikan cahaya kelip-kelip yang indahnya hanya sementara. Salina bagaimanapun telah berjanji dengan Azman untuk menjaga dan membesarkan anak-anak tirinya walau apa pun terjadi. Bermula episod derita Salina apabila terpaksa menerima segala cacian, makian dan berjuang untuk membesarkan anak-anak tiri yang tidak menyukainya. Salina terpaksa bekerja lebih kuat, dia perlu menanggung ayahnya yang sakit dan dua anak tirinya. Salina juga cuba melakukan pelbagai cara untuk merapatkan hubungannya bersama anak-anak tirinya terutamanya Marlina namun dia gagal malahan menjadi lebih teruk lagi.

Salina terus cekal dengan dugaan orang sekeliling dan status janda itu harus dia tempuhi dengan redha dan sabar. Ashreeq kembali menagih kasih. Pertemuan yang tak terduga bersama Fairuz (Shah Jaszle) seorang usahawan muda juga menjadikan hati Salina kembali teruji. Adakah Salina akan terus memendam perasaan dan berkorban sepanjang hayatnya?

Lagu Tema / OST Bagaikan Kelip - Kelip
--> Oh No Nyanyian Tasha Manshahar FT Viral

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Abe nick berkata...

baca sinopsis sedap jugak jalan cerita
nanti nak cuba tgk

Chik88 berkata...

Mmg best cite ni.. selalu tgk..

Related Posts with Thumbnails