-->

30 Sep 2016

Sinopsis Drama Samudera Rindu

Sinopsis Drama Samudera Rindu Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Samudera Rindu adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Azalea Tv9 menggantikan drama Rintihan Nek Mis yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Dynas Mokhtar, Azhan Rani, Hafeez Mikhail, Eyra Hazali, Alif Hadi, Watie Sadali, Efa Mareesja, Emely Hanif dan ramai lagi. Drama 20 episod ini dah mula disiarkan sejak 25 September yang lalu dan diarahkan Amor Rizan serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak macam best gak jalan cerita drama ni, apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Samudera Rindu

Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakkan seperti Atirah. 

Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati. Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi. Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?


Lagu Tema / OST Samudera Rindu
--> Melankoli Nyanyian Azlan & The Typewriter 
Read More »

29 Sep 2016

Senarai Lagu Konsert Separuh Akhir AF2016

Senarai Lagu - Lagu Konsert Separuh Akhir AF2016

Read More »

28 Sep 2016

Giveaway by BusyraTakiyudin


Jom Join Ramai2
Due Date- 30 September 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..
Rasanyer takde kekurangan pun dalam blog awak ni, semuanya dah okey, n teruskan berblogging :)

Read More »

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Cinta Masam Manis adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Akasia Tv3 bermula 26 September ini menggantikan Drama Lara Terindah yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Zamarul Hisham, Izara Aishah, Raja Ilya, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Mimi Ernida, Erry Putra dan ramai lagi. Drama 24 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis

Mengisahkan Johan seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Sarah. Sarah adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri. Apabila Johan memperkenalkan Sarah kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Sarah hanya mengejar kekayaan ayahnya. 

Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri. Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Sarah, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Sarah dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Johan. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Johan dan Sarah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Cinta Masam Manis

---> Hingga Ke Jannah Nyanyian KRU
Read More »

27 Sep 2016

Sinopsis Filem Pekak

Sinopsis Filem Pekak

Assalammualaikum..
Filem Pekak sudah pun ditayangkan di pawagam bermula pada 1 September 2016 yang lalu, filem Pekak ini juga berjaya mendapat anugerah di luar negara. Antara pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Iedil Putra, Zaidi Omar dan ramai lagi. Nampak macam menarik juga filem ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Pekak

Pekak menceritakan kisah romantik antara Uda (Zahiril Adzim) dan Dara (Sharifah Amani). Uda, seorang lelaki kurang pendengaran tanpa pendidikan dan keluarga yang mahu mencari alternatif untuk mendengar semula. Dia terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah untuk menampung kos pembedahannya. Dara pula seorang gadis berusia 17 tahun dan merasakan dirinya dikongkong oleh bapanya sendiri. Dara yang selalu mendambakan kasih sayang setelah ditinggalkan ibunya, berjumpa dengan Uda secara kebetulan dan bermulalah episod cerita cinta antara Uda dan Dara. Namun mereka terpaksa menghadapi cabaran yang penuh dengan keganasan, seks dan dadah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Read More »

26 Sep 2016

AF2016 - Ikram & Asha Tersingkir

AF2016 - Ikram & Asha Tersingkir

Assalammualaikum..
Baru kali ni ada kesempatan untuk bercerita pasal Akademi Fantasia 2016 ini, dah masuk minggu suku akhir dah pun, minggu depan dah separuh akhir n pastu Final. Di minggu suku akhir ini semua peserta akan menyanyikan 2 lagu secara Medley dan akhirnya menyaksikan Ikram dan Asha tersingkir. Ikram menyanyikan lagu Ratnaku dan Joget Inang Bujang Dan Dara manakala Asha pula menyanyikan lagu Elegi Sepi yang muziknya diberi nafas baru menjadi sedikit rancak serta lagu Keabadian Cinta. Ogy Ahmad Daud menjadi pengkritik jemputan dan banyak kritikan pedas dan panas yang diberikannya pada peserta AF2016. Rasanya yang menyerlah di AF2016 ni terdiri daripada Reshma, Amal dan Amir. Rahila pun okey gak. Antara persembahan yang paling aku ingat masa Reshma menyanyi lagu Jamal Abdillah tu yang bertajuk Aku Penghiburmu minggu ketujuh kot, best betul. Agak2 sape yang akan ke final nanti ek??..
Read More »

Tiada Lagi Zee Variasi Di Astro

Zee Variasi Tiada Lagi Di Astro

Assaalammualaikum..
Rasanya semua pun mungkin dah tahu yang Channel 108 Zee Variasi akan dihentikan pada 1 Oktober ini dan digantikan dengan Tara HD. Tak puas hati plak aku, walaupun aku bukannya selalu bukak channel Zee tu tapi kadang2 aku tengok gak filem2 Hindustan yang disiarkan disitu. Kadang2 ada gak filem Bollywood yang best2 dan baru juga. Masa dulu2 aku rajin gak tengok drama2 Hindi yang ada kat Zee tu cuma sekarang dah malas nak ikut sebab episod drama hindi sangat banyak. Masalahnya Astro umah aku biase2 je bukan beyond pun so xdela nak tengok HD bagai ni. Senang2 jer Astro nak hentikan channel ni, tak pikir ker pasal pelanggan yang xde HD bagai ni. 
Tak cukup ke ada channel Bollyone HD tu ni apsal nak kena hentikan channel Zee. Masa dulu2, Astro hentikan channel bollywood B4U dan ditukarkan kepada Astro Bella, tapi kira okeyla juga masih dapat channel tu. Ni dah elok2 semua boleh tengok channel Zee, ni boleh plak nak hentikan. Geramm plak dengan Astro ni, kalau bukan sebab siaran tv tak berapa jelas kat kawasan aku ni, xdenyer nak pasang Astro tu. I Will Miss You Zee Variasi hehehe, teringat masa zaman rajin ikut drama2 hindi kat situ macam drama Kasam Se, Pavitra Rishta dan lain2. 
Read More »

23 Sep 2016

Lets Fight Ghost - Korean Drama Review

Review Drama Korea Let's Fight Ghost / Bring It On Ghost

Assalammualaikum..
Ada lebih kurang 4 atau 5 Drama Korea yang dah habis aku tonton tapi masih tak buat review lagi hehehe. So hari ni aku nak buat review tentang drama Korea yang bertajuk Lets Fight Ghost / Bring It On Ghost. Drama ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di Korea bermula 11 Julai hingga 30 Ogos 2016 yang lalu. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah seperti Taecyeon (2 PM), Kim So Hyun, Kwon Yool, Kim Song Ho, Kang Ki Young, David Lee, Baek Seo E dan ramai lagi. Drama Lets Fight Ghost ni disiarkan menggantikan drama Another Miss Oh yang telah tamat episodnya dan setelah itu, ianya akan digantikan dengan drama Drinking Solo. Ada ramai special guest / cameo dalam drama ni, ada yang melakonkan watak hantu dan sebagainya, antaranya adalah Seo Hyun Jin dan Yoo Doo Jin. Mereka berdua jadi cameo dalam drama ni dan mereka berdua jugalah adalah hero dan heroin drama Let's Eat 2 yang pernah disiarkan di TVN sebelum ini. Memang dah jadi trend channel TvN ni, yang mana diorang akan jemput hero dan heroin drama2 yang terdahulu untuk jadi guest/ cameo dalam drama terbaru channel mereka. Tambahan lagi Seo Hyun Jin juga adalah heroin drama Another Miss Oh yang disiarkan sebelum drama Lets Fight Ghost ni.
Berbalik pada drama ini ianya mengisahkan tentang Park Bong Pal yang mempunyai kebolehan untuk melihat Roh / Hantu disamping boleh berlawan dan menghapuskan hantu berkenaan. Mempunyai masa silam yang tragis membuatkan Park Bong Pal gemar hidup bersendirian dan sekali sekala dirinya dilawati oleh Monk Myung Cheul (sami) yang rapat dengan dirinya dan mengetahui seluruh kisah hidupnya. Walaubagaimanapun hidupnya mula berubah dengan kehadiran hantu wanita yang cantik bernama Kim Hyun Ji yang gemar mengekorinya ke mana saja. Park Bong Bal menjadi rapat dengan hantu Kim Hyun Ji dan kelebihan Park Bong Pal yang boleh menghapuskan hantu diketahui oleh 2 pelajar senior di Universiti yang sama dengan Park Bong Pal iaitu Chun Sang dan In Rang dan mereka memujuk Park Bong Pal untuk menyertai Kelab mereka, sekaligus bekerjasama dalam menyelesaikan kes2 misteri dan hantu. Aku rasa semua pelakon drama ni memberikan lakonan yang terbaik, aku suka watak Kim Hyun Ji yang jadi hantu tu, walaupun jadi hantu tetap qiut. Ingatkan die dah mati pastu jadi hantu rupanya tak, sebab Hyun Ji sebenarnya masih hidup cuma die koma selama 5 tahun. Bila Hyun Ji dah sedar dari koma die terus lupa semua ingatannya ketika dirinya menjadi hantu. Kwon Yool pula melakonkan watak jahat sebagai Prof Joo Hye Sung yang dirinya dirasuki roh jahat. Mukanya memang nampak baik dan innocent gitu tapi berkesan juga lakonan die jadi jahat.
Selain itu aku suka tengok scene2 lawak yang ada In Rang ngan Chun Sang tu, bila ada scene diorang jer mesti akan ada juga sound effect yang comel2 hahaha. Seronok gak tengok diorang bekerjasama dengan P. Bong Pal dan Eun Ji dalam menyelesaikan kes2 hantu ni semua. Dah la Chun Sang dan In Rang ni jenis penakut tapi buat2 berani, asal nampak hantu jer terus menjerit bagai nak gila hahaha. Nama kelab diorang juga lawak, boleh plak letak nama makanan sebagai nama kelab yang menjalankan kerja2 menghalau hantu ni. OST drama ni biase2 jer, xde yang menarik perhatian aku pun. Di penghujung setiap episod akan ada sedikit sedutan untuk episod yang akan datang tapi yang lawaknya di penghujung episod 15 dah ditunjukkan spoiler untuk episod 16 dan endingnyer. So memang dah tahu jalan ceritanyer tanpa perlu tengok episod akhir hahaha. Endingnyer memang happy endinglah kan, cuma ada beberapa persoalan yang tak terjawab misalnya adakah Hyun Ji dan ingat semula semua memorinyer ketika die jadi hantu tu sebab die akhirnya akan join Park Bong Pal, Chun Sang dan In Rang untuk jadi satu team dalam meneyelesaikan kes2 hantu ni. Kat situ agak musykil jugaklah hehehe. Di episod 15 dan di awal episod 16 ada tunjuk diorang lawan watak jahat tu, kiranya Hyun Ji, Bong Pal dan Monk Myung Cheul melawan roh jahat yang ada diri dalam Joo Hye Sung.
Ingatkan bila roh jahat dah keluar dari badan Joo Hye Sung tu, akan buat die mati tapi nasiblah tak, n then bila die disoal siasat oleh polis, die terus mengaku semua kesalahan. Banyak orang dah mati disebabkan perbuatan roh jahat tu. Secara keseluruhannya drama ni boleh tahan jugalah, kalau boring2 nak layan tu kira okeylaa kan. Walaubagaimanapun drama Lets Fight Ghost ni bukanlah drama favourite aku n drama ni tak berjaya buat aku tertunggu-tunggu episod seterusnya, maknanya bagi aku drama ni biase-biase jer, xdelaa best giler pun, setakat boleh tonton jerlaa n aku tak rasa perasaan excited nak tengok drama ni berbanding drama2 lain. Cuma aku teruskan menonton drama ni sampai ke akhirnya sebab dah tengok dari awal kan. Apapun aku bagi 6.8 bintang untuk drama ni dari 10 Bintang.
Read More »

22 Sep 2016

Situasi & Posisi Yang Sama


Assalammualaikum..
Setuju betul dengan apa yang tertulis dalam gambar diatas tu hehehe. Contoh yang paling senang bila ada kawan yang terjatuh ker n kawan2 yang lain pakat tolong gelak beramai-ramai. Pastu bila diorang sendiri yang jatuh giliran diorang plak yang kena gelak. Contoh yang lain pun banyak gak, pikir lah sendiri kan hehehe..
Read More »

21 Sep 2016

Angelina Jolie & Brad Pitt Bercerai

Angelina Jolie dan Brad Pitt Bercerai 

Assalammualaikum..
Kecoh di media sosial yang Angelina Jolie dan Brad Pitt dah bercerai, dah takde lagi Brangelina pasni. Dikatakan Angelina Jolie memfailkan pemceraian serta menuntut hak penjagaan 6 anak - anak mereka pada Selasa lalu. Brangelina mula berkenalan dan saling menyukai ketika mereka berdua sama2 berlakon dalam filem Mr & Mrs Smith, mereka dah 12 tahun bersama dan sudah 2 tahun berkahwin. Brad Pitt pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Aniston namun akhirnya bercerai dan dikatakan juga punca penceraian mereka ketika itu disebabkan Angelina. 
Manakala ini adalah penceraian kali ketiga buat Angelina Jolie kerana sebelum ini die pernah berkahwin dengan Johnny Lee Miller dan Billy Bob Thornton. Isu pasal penceraian Brangelina ni dah trending pun di Twitter, paling best, tak pasal2 Jennifer Aniston pun trending sekali hehehe. Ramai yang nak tahu reaksi dan komen Jennifer Aniston mengenai penceraian Brangelina ni kan. Paling kesian sekali mestilah kat anak2 diorang yang masih kecil tu. 
Read More »

20 Sep 2016

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Patahnya Sebelah Sayap akan disiarkan di Slot Samarinda Tv3 bermula 20 September ini, jam 10 malam, setiap Isnin hingga Rabu. Drama ini dilakonkan oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Neera Azizi, Normah Damanhuri, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Arash Mohd dan ramai lagi. Drama 15 episod ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitka oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Tengok dari iklan memang nampak macam best drama ni dan bila aku baca sinopsis drama ni aku perasan yang jalan ceritanyer ada persamaan dengan Drama Korea yang bertajuk Secret lakonan Ji Sung dan Hwang Jung Eum tu. Mungkin secara kebetulan jer persamaan tu ataupun diorang mengambil inspirasi dari drama tu dan buat cite ni. Best gak tengok versi drama Melayu pulak kan hehehe. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman. Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus bergegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar. Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. 

Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar. Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

Lagu Tema / OST Patahnya Sebelah Sayap

---> Hancur Aku nyanyian Estranged Feat Fazura
Read More »

Top 10 Pelakon Wanita Bollywood 2016

Top 10 Pelakon Wanita Bollywood 2016

Assalammualaikum..
Ikutkan senarai diatas ni hanyalah untuk bulan Ogos 2016 jer hehe tapi aku rase diorang ni memang popular n top sepanjang tahun 2016 kot n mungkin jugak untuk tahun2 seterusnya. Kesemua mereka diatas ni aku kenal dan pernah menonton filem lakonan diorang. Deepika Padukone masih mengekalkan dominasinya dalam carta2. Apapun aku rase ranking Aishwarya Rai pasti naik lagi apabila filem barunyer iaitu Ae Dil Hai Mushkil bersama Ranbir Kapoor, Anushka Sharma yang diarahkan oleh Karan Johar akan release masa Diwali / Deepavali nanti. Manakala Alia Bhatt juga akan ada filem baru bersama dengan Shah Rukh Khan gitu, tapi tak tahu pula bila releasenyer. Apapun sape yang paling korang minat dalam senarai kat atas tu??
Read More »

19 Sep 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena


Jom Join Ramai2
Due Date- 15 Oktober 2016
Nak Join boleh Klik Banner k..

Read More »

Giveaway by Cik Purple


Jom Join Ramai2
Nak Join boleh Klik Banner k..

Read More »

17 Sep 2016

Sinopsis Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Sinopsis Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Sempena Hari Malaysia satu telemovie yang bertajuk Anak Mat Salleh Tapi Melayu akan disiarkan di Tv3 menerusi Slot Cerekarama pada 17 September ini. Telemovie ini dilakonkan oleh Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Ridzuan Hashim, Zarina Zainuddin, Aznah Hamid dan ramai lagi. Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu ni diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Tengok dari iklan cite ni, memang nampak macam menarik jer telemovie ni, apapun jom layann sinopsis ringkas telemovie ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Mengisahkan tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris yang membesar di luar negara dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia. Datuk Borhan, bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Adakah mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan penduduk kampung?.
Read More »

Successful People VS Unsuccessful People





Read More »

16 Sep 2016

Train To Busan - Korean Movie Review

Train To Busan - Korean Movie Review

Assalammualaikum..
Filem Korea yang bertajuk Train To Busan sememangnya mendapat perhatian dan juga pujian daripada semua penonton. Filem Train To Busan ni juga mendapat sambutan luar biasa dari penonton bukan saja di Korea malah dari negara2 lain juga, filem ini mendapat kutipan tiket yang tinggi dan Box Office gitu. Di Malaysia, filem ini juga mendapat sambutan hebat, kalau bukak media sosial, pasti ada je yang memuji filem ini. Aku juga dah menonton movie ni dan memang best, jalan ceritanya penuh suspen dan berjaya membuatkan penonton berasa seriau, geram dan sedih. Filem ni release pada Julai 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Gong Yoo, Jung Yu Mi, Ma Dong Seok, Kim Soo Ahn, Kim Eui Sung, Choi Woo Sik, Ahn Soo Hee dan ramai lagi. Boleh dikatakan movie ni antara movie Zombie yang terbaik dan dengar cerita akan ada sequel untuk movie Train To Busan ni, tapi tak tahula camne diorang nak buat sequel tu sebab watak utama dah mati. Cite ni banyak menggunakan pelakon tambahan dan semuanya jadi Zombie gitu hehehe, tapi memang berkesan betullah lakonan diorang jadi Zombie tu, real betul dengan gaya semua, cuma zombie diorang tak sebut perkataan "otak" "otak" macam zombie filem Melayu hehe.
Aku yakin ramai betul yang benci watak Yong Suk tu yang merupakan watak jahat dalam movie ni, kalau korang perasan die juga ada berlakon dalam drama popular W tu sebagai ayah Oh Yeon Joo dan juga orang jahat dalam drama tersebut. Sekurang-kurangnya dalam drama tersebut penonton masih boleh terima lagi watak jahat macam tu. Tapi bila dalam movie Train To Busan ni, memang geram dan benci betul dengan wataknya yang pentingkan diri tu sehingga mengorbankan nyawa orang lain. Tak leh blah bila die boleh survive / hidup lama betul dalam movie tu hahaha dan sebab die jugalah hero cite ni kena mati sebab dah kena gigit dengan die bila die bertukar jadi Zombie tu. Suka tengok bila watak2 dalam movie ni bersatu dalam percubaan mereka untuk bergerak dari satu gerabak ke gerabak yang lain yang dipenuhi oleh zombie yang ganas tu. Tapi boleh pulak watak jahat dan penumpang yang terselamat tu tak nak bagi penumpang lain untuk masuk dalam gerabak diorang dan buatkan kawan hero tu terpaksa korbankan diri diserang zombie tu. Sedih scene ni huhuhuhu, tak pasal-pasal isterinya dah kehilangan suami dan anaknya yang dikandungnya dah takde ayah. 
Pelakon kanak-kanak tu pun berlakon dengan baik sekali, paling sedih mestilah scene masa die terpaksa berpisah ayahnyer sebab ayahnya dah kena gigit zombie n then die dan perempuan yang pregnant tu jerla yang survive dan dapat sampai ke Busan dengan selamat. Ending die macam tergantung sikit sebab tak tahu sama ada budak tu dapat jumpa mak die atau tak? n apa jadi seterusnya, adakah die jadi anak angkat perempuan yang mengandung tu ker? seterusnya apa jadi dengan Zombie2 yang masih hidup tu? dan macammane nak hapuskan semua zombie tu atau ada cara nak pulihkan zombie tu semua?. OST dan background music movie ni memang best sebab ianya membuatkan penonton makin berasa suspen gitu. Apapun aku bagi 9.4 Bintang dari 10 Bintang untuk Movie Train To Busan ni, memang berbaloi menonton cite ni. Jom baca sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Train To Busan

Seok-Woo (Gong Yoo) is a fund manager in Seoul. He is separated from his wife and lives with his daughter Soo-An (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo doesn't spend much time with his daughter or show affection to her. On the night before Soo-An's birthday, Soo-An insists on seeing her mother for her birthday. Seok-Woo has no other choice, but to take her to Busan. Early the next morning, they board the KTX train for Busan at Seoul Station. Before the KTX train leaves Seoul Station, a zombie like girl jumps onto the train. The girl is infected with a horrific virus that is spreading like wildfire. Seok-Woo, Soo-An and the other passengers on the KTX train must now fight for their lives.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017