16 Sep 2016

Train To Busan - Korean Movie Review

Train To Busan - Korean Movie Review

Assalammualaikum..
Filem Korea yang bertajuk Train To Busan sememangnya mendapat perhatian dan juga pujian daripada semua penonton. Filem Train To Busan ni juga mendapat sambutan luar biasa dari penonton bukan saja di Korea malah dari negara2 lain juga, filem ini mendapat kutipan tiket yang tinggi dan Box Office gitu. Di Malaysia, filem ini juga mendapat sambutan hebat, kalau bukak media sosial, pasti ada je yang memuji filem ini. Aku juga dah menonton movie ni dan memang best, jalan ceritanya penuh suspen dan berjaya membuatkan penonton berasa seriau, geram dan sedih. Filem ni release pada Julai 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Gong Yoo, Jung Yu Mi, Ma Dong Seok, Kim Soo Ahn, Kim Eui Sung, Choi Woo Sik, Ahn Soo Hee dan ramai lagi. Boleh dikatakan movie ni antara movie Zombie yang terbaik dan dengar cerita akan ada sequel untuk movie Train To Busan ni, tapi tak tahula camne diorang nak buat sequel tu sebab watak utama dah mati. Cite ni banyak menggunakan pelakon tambahan dan semuanya jadi Zombie gitu hehehe, tapi memang berkesan betullah lakonan diorang jadi Zombie tu, real betul dengan gaya semua, cuma zombie diorang tak sebut perkataan "otak" "otak" macam zombie filem Melayu hehe.
Aku yakin ramai betul yang benci watak Yong Suk tu yang merupakan watak jahat dalam movie ni, kalau korang perasan die juga ada berlakon dalam drama popular W tu sebagai ayah Oh Yeon Joo dan juga orang jahat dalam drama tersebut. Sekurang-kurangnya dalam drama tersebut penonton masih boleh terima lagi watak jahat macam tu. Tapi bila dalam movie Train To Busan ni, memang geram dan benci betul dengan wataknya yang pentingkan diri tu sehingga mengorbankan nyawa orang lain. Tak leh blah bila die boleh survive / hidup lama betul dalam movie tu hahaha dan sebab die jugalah hero cite ni kena mati sebab dah kena gigit dengan die bila die bertukar jadi Zombie tu. Suka tengok bila watak2 dalam movie ni bersatu dalam percubaan mereka untuk bergerak dari satu gerabak ke gerabak yang lain yang dipenuhi oleh zombie yang ganas tu. Tapi boleh pulak watak jahat dan penumpang yang terselamat tu tak nak bagi penumpang lain untuk masuk dalam gerabak diorang dan buatkan kawan hero tu terpaksa korbankan diri diserang zombie tu. Sedih scene ni huhuhuhu, tak pasal-pasal isterinya dah kehilangan suami dan anaknya yang dikandungnya dah takde ayah. 
Pelakon kanak-kanak tu pun berlakon dengan baik sekali, paling sedih mestilah scene masa die terpaksa berpisah ayahnyer sebab ayahnya dah kena gigit zombie n then die dan perempuan yang pregnant tu jerla yang survive dan dapat sampai ke Busan dengan selamat. Ending die macam tergantung sikit sebab tak tahu sama ada budak tu dapat jumpa mak die atau tak? n apa jadi seterusnya, adakah die jadi anak angkat perempuan yang mengandung tu ker? seterusnya apa jadi dengan Zombie2 yang masih hidup tu? dan macammane nak hapuskan semua zombie tu atau ada cara nak pulihkan zombie tu semua?. OST dan background music movie ni memang best sebab ianya membuatkan penonton makin berasa suspen gitu. Apapun aku bagi 9.4 Bintang dari 10 Bintang untuk Movie Train To Busan ni, memang berbaloi menonton cite ni. Jom baca sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Train To Busan

Seok-Woo (Gong Yoo) is a fund manager in Seoul. He is separated from his wife and lives with his daughter Soo-An (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo doesn't spend much time with his daughter or show affection to her. On the night before Soo-An's birthday, Soo-An insists on seeing her mother for her birthday. Seok-Woo has no other choice, but to take her to Busan. Early the next morning, they board the KTX train for Busan at Seoul Station. Before the KTX train leaves Seoul Station, a zombie like girl jumps onto the train. The girl is infected with a horrific virus that is spreading like wildfire. Seok-Woo, Soo-An and the other passengers on the KTX train must now fight for their lives.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

lokman amirul berkata...

cita menarik ala2 hollywood

Mawar Assufi berkata...

Kann kann... Cerita ni tergantung.. Cerita The Flu dulu ada pengakhirannya.. hhehhe

IK Tia berkata...

Ni yang rasa tak boleh nak duduk diam ni. Sebab banyak sangat buat review filem yang sama. Teringin lah pulak nak tengok.

SPS97 FastabiqulKhairat berkata...

Love reading all your review for Korean dramas and movies. :)
Wouldn't u make one for doctors and uncontrollably fond? Hehhhe.

Yana Libra berkata...

best sgt ke..asyik dengar review best2 je..huhu..tp hero mati keeee T_T

Related Posts with Thumbnails