-->

27 Sep 2016

Sinopsis Filem Pekak

Sinopsis Filem Pekak

Assalammualaikum..
Filem Pekak sudah pun ditayangkan di pawagam bermula pada 1 September 2016 yang lalu, filem Pekak ini juga berjaya mendapat anugerah di luar negara. Antara pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Iedil Putra, Zaidi Omar dan ramai lagi. Nampak macam menarik juga filem ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Pekak

Pekak menceritakan kisah romantik antara Uda (Zahiril Adzim) dan Dara (Sharifah Amani). Uda, seorang lelaki kurang pendengaran tanpa pendidikan dan keluarga yang mahu mencari alternatif untuk mendengar semula. Dia terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah untuk menampung kos pembedahannya. Dara pula seorang gadis berusia 17 tahun dan merasakan dirinya dikongkong oleh bapanya sendiri. Dara yang selalu mendambakan kasih sayang setelah ditinggalkan ibunya, berjumpa dengan Uda secara kebetulan dan bermulalah episod cerita cinta antara Uda dan Dara. Namun mereka terpaksa menghadapi cabaran yang penuh dengan keganasan, seks dan dadah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

  • REviEw FiLeM KuRBaaN..16.09.2010 - 4 Comments
  • Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale04.11.2018 - 7 Comments
  • Baca Online Novel Titian Cinta13.09.2017 - 14 Comments
  • Episod Akhir Drama Uda Dan Dara06.04.2016 - 1 Comments
  • Divorce Lawyer In Love - Sesi Review Drama Korea 201505.07.2015 - 3 Comments
  • Kumpulan Mamu Tersingkir Di Minggu Ke-4 Maharaja Lawak Mega 201308.12.2013 - 5 Comments
  • Zizan Sah Jadi Hos Akademi Fantasia 201314.09.2013 - 9 Comments
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017