17 Sep 2016

Sinopsis Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Sinopsis Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Sempena Hari Malaysia satu telemovie yang bertajuk Anak Mat Salleh Tapi Melayu akan disiarkan di Tv3 menerusi Slot Cerekarama pada 17 September ini. Telemovie ini dilakonkan oleh Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Ridzuan Hashim, Zarina Zainuddin, Aznah Hamid dan ramai lagi. Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu ni diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Tengok dari iklan cite ni, memang nampak macam menarik jer telemovie ni, apapun jom layann sinopsis ringkas telemovie ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Mengisahkan tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris yang membesar di luar negara dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia. Datuk Borhan, bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Adakah mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan penduduk kampung?.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails