30 Sep 2016

Sinopsis Drama Samudera Rindu

Sinopsis Drama Samudera Rindu Slot Azalea TV9 & TV3

Assalammualaikum..
Drama Samudera Rindu adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Azalea Tv9 menggantikan drama Rintihan Nek Mis yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Dynas Mokhtar, Azhan Rani, Hafeez Mikhail, Eyra Hazali, Alif Hadi, Watie Sadali, Efa Mareesja, Emely Hanif dan ramai lagi. Drama 20 episod ini dah mula disiarkan sejak 25 September yang lalu dan diarahkan Amor Rizan serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak macam best gak jalan cerita drama ni, apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Samudera Rindu

Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakkan seperti Atirah. 

Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati. Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi. Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?


Lagu Tema / OST Samudera Rindu
--> Melankoli Nyanyian Azlan & The Typewriter 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails