7 Sep 2016

Bukas Na Lang Kita Mamahalin - Sinopsis Drama Filipina

Sinopsis Drama Filipina Bukas Na Lang Kita Mamahalin (Telenovela TV3)

Assalammualaikum..
Drama Filipina yang bertajuk Bukas Na Lang Kita Mamahalin adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Telenovela TV3, menggantikan drama Kailangan Ko Y Ikaw yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di Filipina pada tahun 2013 dan dilakonkan oleh Gerald Anderson, Dawn Zulueta, Christine Reyes, Diana Zubiri, Rayver Cruz, Tonton Gutierrez, Dina Bonnevie, Lito Legaspi serta ramai lagi. Aku tak berapa kenal sangat dengan pelakon2 drama ni, Maklumlah jarang tengok cite Filipina hehehe tapi hero drama ni iaitu Gerald Anderson tu aku kenal sebab pernah tengok die berlakon dalam drama lain sebelum ni. Kalau tengok dari sinopsis drama ni, memang nampak macam best jer jalan ceritanyer kan?. Apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Bukas Na Lang Kita Mamahalin (I Love You Tomorrow)

Mengisahkan tentang seorang anak lelaki bernama Miguel (Gerald Anderson). Semuanya bermula dengan kejadian tragis yang berlaku kepada bapanya yang telah disabitkan dengan pembunuhan ahli politik. Ayah Miguel mati ketika berada dalam penjara. Akibat tekanan hidup sejak kecil, Miguel sering bersendirian serta mempunyai trauma, malah die juga sering dikatakan dan dilabelkan sebagai budak yang bermasalah. Suatu hari Miguel telah dituduh sebagai salah seorang suspek dalam kes rogol. Tuduhan tersebut sememangnya tidak benar kerana Miguel telah difitnah dan dianiaya sama seperti ayahnya dulu. Malah lebih teruk ayahnya tidak berkesempatan membuktikan dirinya tidak bersalah, kini giliran Miguel pula.
Miguel sedaya upaya cuba mencari jalan keadilan untuk dirinya, dengan bantuan ibu tercinta dan tanpa diduga dia telah menemui jalan penyelesaiannya, namun pelbagai halangan terpaksa ditempuhinya dulu. Adakah Miguel dapat membersihkan namanya dari tuduhan rogol tersebut?, Apa yang bakal berlaku seterusnya?, saksikan perjuangan Miguel dalam mencari keadilan di dalam drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin ini.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Mia Liana berkata...

tak tengok lagi...

psssttt... Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #25

Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html

Semoga berjaya... (^_^)

- Mia Liana -

Related Posts with Thumbnails