28 Sep 2016

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Cinta Masam Manis adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Akasia Tv3 bermula 26 September ini menggantikan Drama Lara Terindah yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Zamarul Hisham, Izara Aishah, Raja Ilya, Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, Liza Abdullah, Mimi Ernida, Erry Putra dan ramai lagi. Drama 24 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis

Mengisahkan Johan seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Sarah. Sarah adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri. Apabila Johan memperkenalkan Sarah kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Sarah hanya mengejar kekayaan ayahnya. 

Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri. Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Sarah, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Sarah dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Johan. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Johan dan Sarah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Cinta Masam Manis

---> Hingga Ke Jannah Nyanyian KRU

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Busyra Bt Takiyudin berkata...

busyra suka tngok cita ni. hehe

siti zulaikha berkata...

Best cerita nye..drama ini dari novel @ tak

Tanpa Nama berkata...

Ya i pun favourite cerita ni...yg best ni bukan dari novel

Related Posts with Thumbnails