Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You
Assalammualaikum..
Drama Abang Bomba I Love You adalah drama terbaru di Astro Ria menggantikan drama Si Kolot Suamiku yang telah tamat episodnya. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Hisyam Hamid, Amira Othman, Nadya Syahera, Jaslin Puasa, Kazar Saisi, Fikhree Bakar, Roy Azman, Najua P Ramlee, Kuna Muzani, Rosnah Johari dan ramai lagi. Seperti drama2 yang terdahulu, drama ini juga diadaptasikan daripada Novel Abang Bomba I Love You karya Novelis Mia Kiff dan kalau nak baca online Novel ni bolehla klik ---> SiNi.. Kalau tengok dari sinopsis cite ni memang nampak menarik gak jalan ceritanyer, apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k.
Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superhero dalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan. Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?
Lagu Tema / OST Abang Bomba I Love You
---> Jaga - Jaga Nyanyian Amira Othman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.