-->

14 Sep 2016

Sinopsis Razia Sultan - Drama Hindi TV3

Sinopsis Drama Hindi Tv3 - Razia Sultan

Assalammualaikum..
Drama Razia Sultan menjadi drama hindi pertama yang disiarkan di Tv3, selalunya kalau drama hindi ni memang banyak kat Zee Variasi kan. Dulu dulu aku rajin gak tengok drama hindi kat channel Zee tu tapi sekarang dah rasa malas nak tengok hehehe. Walaubagaimanapun aku tertarik nak tengok drama Razia Sultan yang disiarkan di Tv3 tu sebab jalan cerita drama ini diinspirasikan dari Kisah Benar gitu dan Razia menjadi satu - satunya Sultan perempuan dalam kerajaan Delhi sekitar tahun 1236. Korang boleh google untuk baca kisah lengkap Razia Sultan ni, tragis juga kisah hidup Razia ni. Selain drama ni, ada juga versi filem Razia Sultan ni, tapi filem lama lah filem tahun 1980 an yang dilakonkan oleh Hema Malini. Berbalik pada drama Razia Sultan ni, ianya mempunyai 85 episod dan dilakonkan oleh Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth, Ankit Arora dan ramai lagi. Episod pertama Razia Sultan ni pun dah menarik gitu apabila pembukaan ceritanya diserikan dengan suara Shah Rukh Khan yang menjadi narrator atau pencerita kepada pengenalan cerita dan watak2 dalam drama Razia Sultan ni. Patutlaa aku familiar sangat dengan suara tu, rupanya suara Shah Rukh Khan uolss hahaha. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Hindi Razia Sultan

Drama Razia Sultan ini mengisahkan tentang Razia, anak perempuan kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti seorang anak lelaki dan dilatih untuk menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia telah menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita untuk memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan. Razia juga merupakan seorang Puteri yang berjiwa rakyat dan pemurah hati. Beliau selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin pada zaman kanak-kanak. Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul bersama dengan anak lelakinya untuk merebut kuasa. Shah Turkan ingin menjadikan anaknya sebagai pewaris takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat tersebut dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentukan dengan pertarungan. Pemenang tersebut akan menjadi pemerintah kerajaan Delhi baharu. 
Beberapa pertarungan yang hebat telah berlaku sehingga menyaksikan Nasser (Abang Razia) dan RuknUd-Din yang berlawan untuk takhta pemerintahan Delhi. Sayangnya, Nasser telah dikalahkan oleh Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab ke atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha untuk membuktikan bahawa Shah Turkan telah menggunakan helah untuk mengalahkan NasserTergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan telah merancang untuk membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya yang layak menjadi  pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta seluruh keluarganya. Apakah yang akan terjadi kepada Razia? Bagaimana Razia mengatasi kehilangan seluruh ahli keluarganya dan bangkit untuk melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-Din. Takdir atau pilihan? Perebutan takhta, pergolakan politik, pengorbanan cinta dan pengkhianatan datang menguji kecekalan dan kebijaksanaan sang Puteri yang ceria, pemurah dan juga seorang pahlawan yang berani menerusi drama bersiri Hindustan ‘Razia Sultan’

14 ulasan:

  1. menarik jalan citer dia..sebab berdasarkan kisah benar..

    BalasPadam
  2. suka tgok cite hindustan,blh tgok nti

    BalasPadam
  3. Nak tgok jap lagi la.. hehe . Best gak ceritanya ni.

    BalasPadam
  4. Mmg dari episod pertama lagi tgk. Menarikkk..tak miss lg tgk ni..mmg best!

    BalasPadam
  5. Memang best..rugi x tgok.filem epik yg menyayat hati..

    BalasPadam
  6. Saya pun suka tengok cite ni....ada kelainan dari filem hi dustan yg biasa yang kebanyakannya seksi..malu ngan anak anak dan mertua

    BalasPadam
  7. Best sangat. Tiap2 hari folkow dan memang x sabar tengok cerita keesokan harinya.

    BalasPadam
  8. Yg plg best scenes mirza dgn razia je. Hahaha

    BalasPadam
  9. Cerita ni mmg best..anak2 pun suka tgk.

    BalasPadam
  10. mmg bez...suke tgk razia...cantikkkk sgt....

    BalasPadam
  11. Alahhh..cerita dye dah habis..tapi ape2 pon cerita dye memang menarik.daripada episod satu sampai akhir.memang bes..jalan cerita yg romantic dan dugaan yg menimpa kerabat diraja..

    BalasPadam
  12. Alohhhh..cerita nye dah habis..ape2 pon cerita dye memang bes.

    BalasPadam
  13. Memang follow cerita dia every week,bru habis dua hari lepas..kalau time sekolah ade kelas je trlepas nk tgok

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017