-->

13 Sep 2016

Beautiful Gong Shim - Review Drama Korea

Review Drama Korea - Beautiful Gong Shim / Pretty Ugly

Assalammualaikum..
Banyak gak Drama Korea yang dah habis aku tonton tapi tak buat review lagi hehe. So kali ni aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Beautiful Gong Shim. Drama ini mempunyai 20 episod dan mula disiarkan di Korea pada 14 Mei hingga 17 Julai 2016. Antara pelakon yang membintangi drama ni adalah seperti Namgung Min, Minah (Girl's Day), Seo Hyo Rim, On Joo Wan, Kyeon Mi Ri, Kim Byung Ok, Kim Il Woo, Woo Hyeon dan ramai lagi. Penulis skrip drama ni dah pernah menulis skrip untuk banyak drama2 popular seperti The Girl Who Sees Smells, Rooftop Prince, Queen Of Ambition, My Fair Lady dan banyak lagi. Malah hero drama ni iaitu Namgung Min dah pernah bekerjasama dengan pengarah dan penulis skrip drama ni iaitu dalam drama sebelum ini iaitu dalam drama The Girl Who Sees Smells / Sensory Couple. Tak silap aku ni adalah kali pertama Namgung Min memegang watak hero dalam drama, selalunya die sering jadi hero kedua ataupun pegang watak jahat. Menariknya drama ni bila Namgung Min memegang watak hero yang baik, sweet, unik, suka tolong orang dan sedikit misteri terutamanya mengenai kisah masa silamnya ketika kecil. Lagi pun ramai dah biasa tengok keberkesanan lakonan Namgung Min memegang watak jahat dalam drama2 sebelum ini. Jadi bila tengok die pegang watak baik tu nampak comel gak hahaha, maknanya die versatile lah gitu boleh pegang watak jahat mahupun watak baik.
Aku memang terganggu betul tengok rambut palsu Minah sebagai watak Gong Shim tu, die ni memang dah comel tapi rambut palsu tu teruk bebenor lah aii. Dah la dari episod awal sampai dekat2 akhir pun die masih pakai rambut palsu tuh, kadang2 jer die bukak rambut palsu tu tapi kejap jer laa. Masa episod akhir baru la nampak okey sikit sebab die dah tak pakai rambut palsu tu lagi. Jalan cerita drama ni agak biase juga dan penonton boleh agak apa yang akan jadi seterusnya, kiranya takde unsur2 suspen pun, cuma lakonan hero dan heroin drama ni memang berkesan dan menghiburkan terutamanya untuk scene2 sedih, kelakar dan sweet. Aku suka tengok hubungan Gong Shim dan Ahn Dan Tae yang sama2 sweet tu, walaupun pada awalnya Gong Shim macam menyampah dengan Ahn Dan Tae tu tapi last2 die suka plak hehehe. Namun ada gak scene2 yang buat aku stress dengan perangai Ahn Dan Tae yang tak nak berkongsi masalahnyer dengan Gong Shim tu, asyik berahsia jer. Walaupun Gong Shim dah mengaku yang die sayang pada Ahn Dan Tae tu tapi boleh plak lepas tu A.Dan Tae tu plak yang menjauhkan diri sebab die nak selesaikan masalahnya dulu. Dari awal lagi penonton dah tahu yang A.Dan Tae tu adalah Joon Pyo yang merupakan anak orang kaya yang hilang sebab diculik. Aku juga suka tengok hubungan persahabatan antara Dan Tae, Joon Soo dan Gong Shim tu.
Joon Soo sebenarnya adalah sepupu kepada Dan Tae namun diorang tak tahu pasal ni dan masing2 awalnya adalah sahabat baik. Terselit gak kisah cinta tiga segi sikit kat sini yang mana Dan Tae dan Joon Soo sama2 sukakan Gong Shim tapi Gong Shim awalnya sukakan Joon Soo dan agak menyampah dengan Dan Tae tapi lama kelamaan Gong Shim mula berubah hati dan sukakan Dan Tae pula. Akhirnya Joon Soo terpaksa terima kenyataan yang Gong Shim sukakan Dan Tae. Di permulaan cerita ni memang agak sedih gak laa tengok Gong Shim yang sering dibandingkan dengan kakaknya Gong Mi yang cantik tu. Tambahan lagi ibu bapa mereka juga melebih-lebihkan Gong Mi berbanding Gong Shim. Dalam situasi tertentu, Gong Shim terpaksa mengalah demi memberi laluan pada Gong Mi untuk mencapai cita-citanya tambahan lagi Gong Mi menjadi pencari nafkah dalam keluarga mereka kerana ibu bapa mereka tidak berkerja dan hal ini memaksa Gong Shim untuk berdikari dan melakukan pelbagai jenis kerja untuk dirinya menyambung pelajaranya nanti. Kadang2 memang menyampah gak dengan sikap Gong Mi tu yang agak pentingkan diri, tambahan lagi die juga cemburu melihat Gong Shim rapat dengan Joon Soo yang merupakan anak orang kaya yang ingin didekatinya serta jijik dan memandang rendah pada Ahn Dan Tae.
Rasanya kalau Gong Mi tu tahu yang Dan Tae adalah anak orang kaya dan merupakan pewaris tunggal mesti die dah mengorat Dan Tae tu dari awal lagi hahaha. Aku suka tengok karakter Joon Soo yang baik hati tu, walaupun die anak orang kaya, tapi die tak sombong dan melayan semua orang dengan baik sekali tambahan lagi die juga sentiasa tersenyum. Cuma bila die dapat tahu yang mak dan pakcik die yang menjadi dalang kes penculikan Joon Pyo masa kecil membuatkan dirinya menjadi sedikit renggang dengan Ahn Dae Tae. Die cuba untuk melindungi ibunya dan menyembunyikan rahsia yang die tahu dari Dan Tae. Awalnya aku ingatkan Joon Soo ni dah berubah menjadi jahat dan bersubahat dengan pakciknya yang jahat tu yang bernama Yeom Dae Chul tu, tapi nasiblah tak, sebab Joon Soo sebenarnya dah berpakat dengan Dan Tae untuk memerangkap pakciknya itu demi menegakkan keadilan untuk Dan Tae. Agak kelakar juga tengok hubungan baik bapa Gong Shim dengan bapa Joon Soo tu, sebab diorang ni ada minat yang sama. Berbeza pula dengan isteri2 diorang yang saling membenci antara satu sama lain. Lagu Tema / OST Beautiful Gong Shim ni juga sedap untuk didengar. Aku paling suka lagu yang rancak tu dan lagu ni sentiasa akan muncul di scene2 sweet dan kelakar terutamanya scene2 yang melibatkan Gong Shim dan Ahn Dan Tae.
Jalan cerita drama ni bermula dengan baik namun di penghujung jalan cerita, ianya menjadi sedikit serius. Manakala ending drama ni mestila happy ending kan, walaupun Gong Shim sedikit merajuk dengan Dan Tae yang langsung tidak menghubunginya ketika Dan Tae sambung belajar di luar negara. Namun Dan Tae dapat memujuk Gong Shim, siap ajak kahwin lagi hehe dan Gong Shim ketika ini pun dah berubah imej menjadi semakin cantik dan berkerjaya tetap gitu. Keseluruhannya drama ni agak menghiburkan juga walaupun jalan ceritanya agak biase2 jer dan senang untuk meneka apa yang aka jadi seterusnya. Apapun aku bagi 8.6 Bintang dari 10 bintang untuk drama Beautiful Gong Shim ni.

3 ulasan:

  1. wuwuwuw..addicted tgk korean drama ni.


    Salam singgah dari "http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html" dan follow sini.

    BalasPadam
  2. dah tgk gak..mmg jalan citer dia biase2 je..tp bolehlah nak layan kan :D

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya aidiladha :)
    Salam singgah dari http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html

    Saya follow sini :)
    http://minimeyra.blogspot.my/

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017