-->

24 Jul 2020

Review Drama Korea - Love Affair In The Afternoon

Review dan Sinopsis Drama Korea  Love Affair In The Afternoon Lakonan Lee Sang Yeob dan Park Ha Sun

Okey kali ni aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Love Affair In The Afternoon yang disiarkan di channel A bermula 5 Julai 2019 dan tamat episodnya pada 24 Ogos 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Korea Love Affair In The Afternoon ini adalah Lee Sang Yeob, Park Ha Sun, Ye Ji Won, Jo Dong Hyuk, Jung Sang Hoon, Choi Byung Mo, Yoo Seo Jin, Kim Mi Kyung, Ryu Abel, Oh Dong Min, Shin Soo Yeon, Park Min Ji dan ramai lagi. Drama ini adalah remake daripada drama Jepun yang bertajuk Hirugao : Love Affair In The Afternoon (2014), selain itu drama ini mempunyai 16 episod dan kemudian akan digantikan dengan drama Touch. Sesiapa yang cepat emosi memang tak sesuai tengok drama ni sebab jalan cerita drama ini berkisarkan tentang kecurangan, isteri orang ada affair dengan suami orang. Isu yang diangkat dalam drama ni agak sensitif dan kontroversi gitu dan drama ini juga menerangkan dengan jelas tentang sebab - sebab dan bagaimana seseorang itu boleh curang serta kesan dan akibat yang perlu dihadapi selepas curang tu. Aku rasa jalan cerita drama ni lebih giler dan daring sikit dari drama viral The World Of Married tu. Ini juga merupakan drama comeback Park Ha Sun dan aku rasa pemilihan pelakon dalam drama ni memang sesuai dengan watak masing - masing. Rasanya ramai yang kenal dengan Lee Sang Yeob kan, tambah - tambah dia makin popular lepas kerap muncul dalam Running Man tu. Personaliti Lee Sang Yeon dalam Running Man memang lawak dan giler - giler. Walaubagaimanapun watak Lee Sang Yeob dalam drama ni sebagai Yoon Jung Woo memang sangat adorable, sweet dan gentleman habis okey. 
Love Affair In The Afternoon, Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Korean Drama Love Affair In The Afternoon, Sinopsis Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Manakala Park Ha Sun yang membawa watak sebagai Son Ji Eun pula sangat lemah - lembut dan sweet, kiranya personaliti Son Ji Eun dan Yoon Jung Woo memang serasi dan sepadan. Cuma sayangnya diorang masing - masing dah berkahwin pula. Bila tengok drama ni memang tak dapat lari dari suka dengan watak Son Ji Eun dan Yoon Jung Woo. Sweet dan adorable dua - dua ni, tapi mestilah ada sebab yang buat diorang curang. Entahlah jadi lalang sekejap bila tengok drama ni, tak suka tengok diorang curang, tapi diorang ni sepadan gilerlah plak. Plus awalnya sangat annoying dengan perangai dan personaliti Jin Chang Kook lakonan Jung Sang Hoon yang merupakan suami pada Son Ji Eun. Ji Chang Kook ni sangat mengabaikan isterinya dan langsung tak beri perhatian pada isterinya. Dia lebih utamakan binatang peliharaannya tu iaitu 2 ekor burung dari isterinya sendiri. Isterinya nak ada anak tapi dia buat tak tahu saja, malah bila isterinya sakit pun dia tak perasan. No wonderlah Son Ji Eun boleh jatuh hati kat lelaki lain yang lebih care dan ambil berat padanya. Tapi sangat sedih pulak bila tengok reaksi Ji Chang Kook bila dapat tahu isterinya curang, cara dia merayu pada Yoon Jung Woo tu supaya tak rampas isterinya tu memang epik dan touching gila. Terbaik lakonan Jung Sang Hoon masa scene tu, memang wow gitu, sampai dengan penonton pun sedih sekali. Selain kisah Son Ji Eun, Ji Chang Kook dan Yoon Jung Woo ni, drama ini turut memfokuskan tentang 1 lagi kisah mengenai Choi Soo Ah lakonan Ye Ji Won dan suaminya Lee Young Jae lakonan Choi Byung Mo yang merupakan jiran pada Son Ji Eun dan Ji Chang Kook. Choi Soo Ah turut curang pada suaminya dan kemudian dia menjadi rapat dengan Son Ji Eun kerana diorang tahu rahsia masing - masing. Kisah kecurangan Choi Soo Ah dengan seorang pelukis bernama Do Ha Yoon lakonan Jo Dong Hyuk ni lebih daring dan berani sikit dari kisah Son Ji Eun dan Yoon Jung Woo yang lebih nampak sweet. Lagi haru bila Choi Soo Ah tu pulak ada 2 anak perempuan seorang dah sekolah menengah dan seorang lagi masih kecil. Manakala Do Ha Yoon tu pula duda tak ada anak.  
Siapa yang cepat emosi tu memang senanglah nak stress bila tengok drama ni hahaha, tapi jalan cerita drama ni menarik sebenarnya sebab penonton jadi tak sabar apa yang akan berlaku seterusnya. Walaupun penonton dah dapat agak apa yang akan terjadi bila kecurangan masing - masing terbongkar, memang huru - hara dan sedih jadinya. Antara pengajaran drama ni bila pasangan suami isteri harus berkomunikasi, jangan pendam sorang - sorang, kena saling menghargai bukan bila dah lama kahwin, biar ja pasangan tu jadi lonely dan tak respect pada pasangan sendiri. Bila pasangan dah tawar hati, mula nak gelabah dan menyesal. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini okey.
Love Affair In The Afternoon, Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Korean Drama Love Affair In The Afternoon, Sinopsis Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Drama Korea Love Affair In The Afternoon,
Sinopsis Drama Korea Love Affair In The Afternoon

Mengisahkan tentang Son Ji Eun yang kesunyian, dia merupakan seorang isteri yang baik, lemah - lembut, sopan dan setia. Dia juga bekerja part time di Supermarket pada waktu pagi hingga petang manakala suaminya bekerja sebagai pekerja kerajaan. Mereka tiada anak, suaminya yang tidak mahu anak dan hidup Son Ji Eun makin sunyi selepas suaminya Ji Chang Kook tidak mempedulikannya dan mengabaikannya. Satu hari ada jiran baru berpindah di sebuah rumah besar berdekatan dengan apartmentnya. Jiran tersebut bernama Choi Soo Ah, seorang wanita cantik dan isteri yang nampak bahagia dengan hidupnya yang kaya raya serta mempunyai 2 orang anak perempuan. Son Ji Eun berasa cemburu dengan kehidupan Choi Soo Ah. Namun satu hari Son Ji Eun telah terlihat Choi Soo Ah sedang bermesra dengan seorang lelaki bernama Kang Cheol di parking lot tempat kerjanya. Son Ji Eun mula menjauhkan diri dan berasa tidak selesa untuk rapat dengan Choi Soo Ah selepas tahu Choi Soo Ah itu curang dengan suaminya. Son Ji Eun mula tertarik dengan seorang lelaki bernama Yoon Jung Woo yang membantunya di Supermarket itu, tapi dia cuba mengawal dirinya supaya tidak leka dan jatuh cinta dengan lelaki lain. Namun selepas itu insiden demi insiden berlaku yang buatkan mereka terserempak secara tidak sengaja. Choi Soo Ah dapat mengagak yang Son Ji Eun sebenarnya menyukai lelaki tersebut dan cuba menggalakkan Son Ji Eun untuk lebih berani. Lama - kelamaan Son Ji Eun makin rapat dengan Choi Soo Ah kerana Choi Soo Ah memahami dirinya. Son Ji Eun sedar yang dirinya dah jatuh hati pada Yoon Jung Woo yang merupakan seorang cikgu Biologi di sekolah. Son Ji Eun sedaya upaya cuba menjauhkan diri dari Yoon Jung Woo namun tidak berjaya.
Love Affair In The Afternoon, Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Korean Drama Love Affair In The Afternoon, Sinopsis Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Drama Korea Love Affair In The Afternoon,
Yoon Jung Woo sebenarnya sudah berkahwin, namun hidupnya juga sunyi selepas isterinya No Min Young pergi melanjutkan pelajarannya di luar negara. Dia juga kelihatan tidak mencintai isterinya kerana dia mengahwini isterinya dulu pun atas sebab kesian. Bila isterinya nak pulang, kelihatan Yoon Jung Woo tidak begitu gembira. Yoon Jung Woo juga makin stress bila isterinya cuba campur tangan dalam soal kerjanya. Isterinya kelihatan malu bila Yoon Jung Woo hanya cikgu sekolah, sedangkan Yoon Jung Woo gembira dengan kerjayanya itu. Dalam tak sedar Yoon Jung Woo mula tertarik dengan Son Ji Eun dan mereka semakin rapat. Rupa - rupanya No Min Young, isteri Yoon Jung Woo adalah rakan sekelas Son Ji Eun masa mereka sekolah dulu. No Min Young terserempak dengan Son Ji Eun yang bekerja di supermarket dan mereka mula start berborak dan saling bertemu selepas itu. Namun Son Ji Eun tak tahu yang suami No Min Young adalah Yoon Jung Woo. Manakala Choi Soo Ah pula mempunyai suami yang tidak menghormati wanita, dirinya dianggap seperti orang gaji dirumah sendiri. Setelah banyak skandal Choi Soo Ah benar - benar jatuh cinta pada Do Ha Yoon yang merupakan seorang pelukis. Do Ha Yoon seorang duda yang tiada anak dan Choi Soo Ah perlu buat keputusan sama ada dia sanggup meninggalkan segala - galanya demi Do Ha Yoon atau tidak. Apa yang berlaku seterusnya?
Love Affair In The Afternoon, Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Korean Drama Love Affair In The Afternoon, Sinopsis Drama Korea Love Affair In The Afternoon, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Drama Korea Love Affair In The Afternoon,
Walaupun drama ini remake dari drama Jepun tapi ending drama versi Korea ni tak ikut ending versi drama Jepun yang lebih sedih dan tragis. Ending drama versi Korea ni agak happy ending untuk Son Ji Eun dan Yoon Jung Woo tapi agak sad ending sikit untuk Choi Soo Ah dengan Do Ha Yoon tapi tak adalah sedih sangat kan. Walaupun drama ni melodrama tapi stil ada scene - scene suspen okey, bayangkanlah apa yang pasangan diorang buat lepas tahu diorang curang, jeng jeng jeng jeng, kenalah tengok okey. Secara kesimpulannya aku suka dengan drama ni, suka tengok Lee Sang Yeob dalam drama ni sweet dan comel habis hehehe, plus dia nampak sepadan dan serasi dengan Park Ha Sun dalam drama ini. Jadi aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (TV3)
⏩⏩ Resepi Kek Cheese Leleh
Read More »

My Little Fella's

Segmen Bloglist My Litte Fellas II

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 30 Julai 2020
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Semua yang join segmen ni akan terus dapat masuk dalam bloglist kaella
bloglist ni akan duduk dekat bloglist kaella sehingga 31 December 2020

Tandatangan Miss Banu
Read More »

13 Jul 2020

Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Karya Siti Rosmizah

Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Karya Siti Rosmizah (Drama Adaptasi Novel), Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Cover Depan Novel 7 Hari Mencintaiku 2, Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2,

Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya novelis terkenal Siti Rosmizah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 33 episod yang kini disiarkan di slot Akasia TV3. Sebelum ini drama 7 Hari Mencintaiku memang mendapat sambutan hangat dari penonton serta mendapat rating yang tinggi. Kini drama tersebut kembali lagi dengan konflik yang lebih hebat. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jasmin Hamid, Jaja Iliyes, Bil Azali, Faye Kusairi, Wafariena Roslan, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Sean Lee dan ramai lagi. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini beserta sinopsis novelnya sekali ye di bawah ini.

Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha

Syazwan Zulkifli sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Bil Azali sebagai Zaidi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Jasmin Hamid sebagai Hayati
Shaharuddin Tambi sebagai Dato Johari
Faye Kusairi sebagai Syakila
Idris Mat Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain

Syaffiq Sahli sebagai Jali
Sean Lee sebagai Adam
Dhia Irdina sebagai Alisa
Puteri Rafasya sebagai Kenit
Razzuan sebagai Fariz
Shamielya sebagai Azura

Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” 
Novel 7 Hari Mencintaiku 2 Karya Siti Rosmizah (Drama Adaptasi Novel), Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Poster Drama Drama 7 Hari Mencintaiku 2,
Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Resepi Daging Blackpepper
Read More »

9 Jul 2020

First Giveaway By Nufaa

First Giveaway By Nufaa

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 15 Julai 2020
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
wish me luck okey hehe

Tandatangan Miss Banu, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story,
Read More »

8 Jul 2020

Giveaway by ejulz & mamapipie

Giveaway by ejulz & mamapipie

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 15 Julai 2020
Nak join boleh klik Banner diatas ye..
Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.

Read More »

5 Jul 2020

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang!

Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand, Volunteers- Faisal Bin Baharom delivers the home-cooked Ayam Brand meals to The Children's Protection Society, Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang, Ayam Brand,
Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang!
Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand

George Town, 30 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti. Di Pulau Pinang, The Children's Protection Society berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam. Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini. Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Faisal Bin Baharom turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut. “Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. The Children's Protection Society telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Apam Cheese Hipster,” jelas Faisal. “Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau. Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan The Children's Protection Society kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.
Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pulau Pinang!  Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand, Ayam Brand #AyamWithYou Food Pantry in The Children's Protection Society,

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Faisal menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir The Children's Protection Society, Puan Magdeline Leong. Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. 

Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau. Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Apam Cheese Hipster cooked by Volunteer Faisal Bin Baharom using Ayam Brand product, Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand,
Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 
📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my. 
                                   
Video of the Ayam Brand community pantry campaign
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017