-->

30 Nov 2014

Senarai Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu (AJL29)

Assalammualaikum..
12 Lagu Yang Layak ke ke Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) telah pun diumumkan pada Jumaat yang lalu. Agak terkejut juga lagu kegemaran ramai masa kini iaitu lagu Mewangi gagal layak ke Final AJL29. Lagu yang tak dijangka pula masuk ke final, apapun dah rezeki masing-masing kan. Anugerah Juara Lagu 29 bakal berlangsung pada 18 Januari 2015 nanti. Agaknyer lagu mana yang bakal menang besar nanti yer? susah nak jangka kan sebab semuanya di tangan juri. Apapun jom kita tengok Senarai 12 lagu yang layak ke AJL29.

1. Masih Aku Cinta - Shila Amzah
2. Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
3. Romancinta - Mojo
4. Gadis Jolobu - W.A.R.I.S Feat Hattan
5. Lelaki - Yuna
6. Percayalah - Indah AF2013
7. Gilalah - Stacy
8. Sesal Separuh Nyawa - Alyah
9. Matahari - Hafiz
10. Rentak Laguku - Bunkface feat Amy Search
11. Malaikat - Hazama
12. Apa Khabar - Joe Flizzow Feat SonaOne
Read More »

29 Nov 2014

Bersyukur Dan Menerima Apa Adanya

Read More »

28 Nov 2014

Ingatan Sahabat Di Dalam Doa

Read More »

27 Nov 2014

Lagu & Lirik Perempuan Nyanyian Faizul (OST Drama Suamiku Encik Sotong)

Assalammualaikum..
Lagu yang bertajuk Perempuan adalah antara single terbaru Faizul Sany (Juara AF2013). Lagu ini adalah antara lagu tema (OST) drama yang tengah hot sekarang iaitu Suamiku Encik Sotong lakonan Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Amar Baharin, Hanis Zalikha dan ramai lagi. Lagu ini berentak rancak n catchy gitu. Lirik die pun best. Pendek kata memang layannn lagu ni. So jom tengok lagu dan lirik lagu Perempuan kat bawah ini k.
Lirik Lagu - Perempuan

Ku kenali dirimu
Kau berada gadis bergaya
Citarasa sang jejaka
Kau terlalu mencuba
Nak gaya ranggi atas bawah
Berkaca mata berkasut tumit tinggi
(Gadis idaman Malaya)

Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

Korus

(Katakan saja)
Katakan saja kau mahu
(Kalau kau suka)
Apa yang kau tunggu
Datang mendekat datang merapat
Jangan malu denganku
Ku tahu engkau mahu

(Semuanya takkan)
Jelas kalau kau tak cuba
(Manakan tahu)
Apa yang di dada
Jangan kau gentar
Jangan kau gusar
Kerna diriku juga suka kamu

Terkadang ku keliru
Hampir separuh mati ku cuba fahami
Misteri gerak gerimu

Kau punyai naluri
Mahu memiliki mahu dimiliki
Memuja dipuja teruja
Kumbang dan bunga

(Kita tiada bezanya)
Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

Ulang Korus

(Perempuan)
Asyik-asyik tarik-tarik tali denganku
(Perempuan)
Sudah-sudahnya kau tolak-tolak diriku
Jangan bermuka kau jujur saja
Akan ku terima kau seadanya
Selamanya

Datang mendekat kau datang merapat
Jangan malu denganku
Ku tahu engkau mahu

Ulang Korus



P/s- Bagi yang belum tahu -> Kalau nak tengok video muzik kat atas ni boleh jer klik tengok kat youtube terus ataupun tengok jer kat atas ni. Sebelum tu korang boleh klik butang stop yang ada disidebar untuk tutup lagu background blog ini.
Read More »

26 Nov 2014

CPUV Nuffnang - Altel Digital Campaign

Assalammualaikum..
Dapat Cpuv baru dari Nuffnang..iaitu Altel Digital Campaign. Terima Kasih Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Thanks gak pada korang yang sudi klik2 iklan di blog ini. Kalau korang nampak iklan ini menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah klik2 yer. Terima Kasih semua.
Read More »

25 Nov 2014

My Lovely Girl Lakonan Rain & Krystal - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk My Lovely Girl/ My Lovable Girl/ She's So Lovable. Drama ini dilakonkan oleh Rain, Krystal Jung, Kim Myung Soo (L from Infinite) dan ramai lagi. Mempunyai 16 episod dan bergenrekan Muzik dan Romantik. Drama ini berlatarbelakang kan dunia muzik Kpop, dan bagaimana 2 insan yang terluka mengubati hati mereka melalui muzik. Tarikan utama drama ini semestinya sebab pelakonnya iaitu Rain, Krystal dan L (Infinite). Lagipun agak lama juga Rain tak berlakon drama so memang ramailah yg ternanti-nantikan drama ini. Aku ni bukan lah peminat Rain tapi aku paling suka tengok Rain dalam Variety Show hehehe. 
Jalan cerita drama ini sangat simple jer, senang nak faham n tak berbelit-belit, straight to the point gituDrama ini mengisahkan Hyun Wook (Rain) yang kecewa dan membawa diri setelah kematian kekasihnya akibat kemalangan. Secara tidak sengaja dia mendapat tahu yang adik kekasihnya iaitu Yoon Se Na (Krystal) berada dalam kesusahan. Maka Hyun Wook cuba membantu Se Na untuk mencapai impiannya iaitu menjadi seorang komposer yg terkenal. Se Na tidak mengetahui yang Hyun Wook adalah Kekasih kepada kakaknya. Lalu disebabkan sikap Hyun Wook yang baik hati itu menyebabkan Se Na jatuh cinta pada Hyun Wook. 
Akhirnya Hyun Wook dan Se Na bercinta, Hyun Wook sentiasa risau dan berusaha menyembunyikan rahsia tentang percintaannya sebelum ini bersama kakak Se Na dari Yoon Se Na. Namun rahsia tersebut akhirnya terbongkar juga dan Yoon Se Na akhirnya menjauhkan diri dari Hyun Wook. Dapatkah cinta mereka kembali bersatu? Jalan cerita drama ini terlalu simple bagi aku, so takde suspen sangat sekaligus buatkan drama ni jadi boring. Gandingan Rain dan Krystal agak kurang sesuai bagi aku, tak nampak macam kekasih pun tapi nampak macam adik dan abang jer.  Lakonan Krystal dalam drama ni agak boring sikit, maybe sebab watak die yang buat die jadi gitu. 
Berbeza masa Krystal berlakon dalam drama The Heirs tu, best tengok die dapat watak camtu, qiut jer. Aku pun siap skip beberapa episod sebab rasa x berapa best. Apapun drama ni still happy endinglah, Tapi agak malas nak tengok watak Krystal sebagai Yoon Se Na yang suka melarikan diri tu. Die dah lari pastu datang balik pastu nak lari semula hehe. Boring kot. So pada yang ada masa lapang tu bolehlaa try tengok cite ni especially pada peminat2 Rain, L or Krystal, tapi bagi yang nak tengok drama yang betul2 best n suspen better x payah kot tgk cite ni hihi. Apapun ni pandangan aku jer, maybe bagi aku tak best, tapi bagi orang lain best plak kan. OST drama ni bagi aku biase2 jer. 
Ramai juga yang tak puas hati episod akhir drama ini, sebab just macam tu jer, terlalu simple sangat. Majoriti memang x puas hati dengan final episod drama ni. Korang leh tengok komen2 diorang utk final episod kat laman web yang siarkan drama ni. Apapun aku bagi 2 bintang untuk drama ini dari 5 bintang.

Baca Gak Yang Ini

*Review Drama Lakonan Krystal Yang Terdahulu-



Read More »

23 Nov 2014

CPUV Nuffnang - INTI 2015 Cycle 1 Degree

Assalammualaikum..
Alhamdulilah baru-baru ni dapat cpuv dari Nuffnang..iaitu INTI 2015 Cycle 1 Degree. Terima Kasih Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Thanks gak pada mereka yang rajin Klik2 Iklan di blog ini. Kalau korang nampak iklan ini menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah klik2 yer. Thanks semua..
Read More »

22 Nov 2014

Tiada Penyingkiran Di Minggu Ke-2 Maharaja Lawak Mega 2014

Assalammualaikum..
Sape tengok MLM2014 tadi? Tiada penyingkiran di minggu kedua ini, namun kumpulan Wala, Samurai dan Comey berada di kedudukan bottom three. Kalau ada penyingkiran di minggu kedua ini maka salah seorang dari mereka akan tersingkir. SYJ membuat persembahan pembukaan dn kump Jalor membuat persembahan terakhir tadi. Kumpulan Sepahtu terpaksa beraksi berdua jer tanpa Ilya Senario kerana dikhabarkan Ilya masuk hospital. So hanya tinggal Jep dan Shuib jer namun persembahan mereka mendapat pujian juri. Dalam ramai2 aku paling suka persembahan kump Zero. Nabil yang beraksi solo juga berjaya memuatkan penonton ketawa dengan lawak pasal iklan tv tu.

Bagi aku semua kump telah berusaha sebaik mungkin. Shiro, SYJ, dan lain2 group cuba bangkit di minggu kedua ini dan ternyata juri terhibur dengan persembahan mereka. Selain itu, Jep Sepahtu dinobatkan sbg pemenang Man Of The Match untuk minggu kedua MLM2014 ini. Apapun Good Luck untuk semua peserta di minggu ketiga nanti..
Read More »

21 Nov 2014

Sinopsis Drama Zahira Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum...
Drama 7 Suami telah pun habis ditayangkan di Slot Samarinda Tv3, kini tibalah giliran drama baru yang bertajuk Zahira lakonan Adi Putra, Zara Zya, Fazrin Rafi, Ryzal Jaafar dan ramai lagi. Mesti para peminat Adi Putra dan Zara Zya tak sabar nak tengok drama ni kan. Lagipun ni kali pertama diorang digandingkan kalau aku tak silaplah kan. Apa pun jom layan Sinopsis drama ni dibawah k.

Sinopsis Drama Zahira

Drama ini mengisahkan perjalanan seorang gadis yang bernama Zahira yang tersungkur akibat terlampau mencintai kekasihnya Sufian dan akhirnya kecewa sendiri. Zahira akhirnya bangkit dengan semangat baru untuk membantu ibu angkatnya, Mak Ani membayar hutang lama keluarga. Meskipun terpaksa menjadi 'nanny' dan melupakan segala ijazah yang dimiliki namun dia jujur dalam menjalankan kerjanya. Iqbal seorang yang kaya dan merupakan pemilik hotel, dia juga seorang panas baran dan sangat tegas, apa yang berlaku bila die bertemu dengan Zahira? Apakah yang bakal berlaku seterusnya? kenalah terus menonton drama Zahira ini.

-Sinopsis akan diupdate dari masa ke semasa
Read More »

The Night Watchman - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Macam biasa hari ini nak ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Night Watchman/ The Night Watchman's Journal/ The Records of a Night Watchman/ Night Shift of the Joseon Police/ Night Ranger's Tale. Banyak betul tajuk drama nih kan, ada macam2 nama gitu. Drama ini dibintangi oleh Jung Il Woo, Go Sung Hee, U-Know Yunho, Seo Ye Ji dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 24 episod dan bergenre Fantasi, Suspen, Romantik dan berlatarkan zaman dulu2. Aku sebenarnya tak berapa minat sangat tengok drama2 yang berkisarkan pada zaman dulu2 ni yang ada raja2 semua ni, tapi bila dah tengok beberapa episod, ternyata drama ni ada tarikannya yg tersendiri dan sememangnya suspen gitu.

Di episod pertama dan terakhir akan ada Naga yang muncul hihihi. Kebanyakkan pelakon dalam drama ni aku tak kenal kecuali Jung Il Woo jer aku kenal hehe. Die sebelum ni banyak berlakon dalam drama2 yg moden gitu, ni kali pertama aku tengok die ambik watak mcm gini iaitu Putera Raja Wolgang/ Rin yang tersisih dari takhta lalu memberontak dengan caranya sendiri iaitu menjadi nakal dan playboy hehe tapi die mempunyai keupayaan melihat hantu/roh2. Memang kelakar masa die buat tak tahu jer n cuba mengelak untuk berkomunikasi dengan hantu/roh2 berkenaan. Ada 3 hantu/roh yang sentiasa bersamanya dan menjadi pelindung kpdnya. Watak2 hantu/roh2 ni mmg kelakar. Night Watchman ni maksudnya macam polis laa tapi polis yang melawan dan menangkap hantu2 dan roh2 yang jahat dan putera raja Wolgang/Rin adalah salah seorang dari ahli Night Watchman ni.
Dalam drama ni aku paling menyampah sekali dengan watak Perdana Menteri tu, sangat giler kuasa okey, die akan cuba menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan Raja dan melantik diri sendiri sbg pemerintah baru. Memang geram tengok gelagat die, last2 terus jadi bodoh sebab kena ilmu hitam yang dibuat oleh Sadam. Sadam ni juga adalah salah satu watak jahat dalam drama ni dan merupakan musuh utama Night Watchman ni. Tapi memang lakonan untuk watak Sadam ni menjadi betul, kadang2 kagum gak dengan watak Sadam ni sebab die bijak memanipulasikan semua orang sampai Night Watchman ni pun kadang2 tertipu gak. Tapi jangan risau di akhir episod Sadam tu akan terima balasan juga jugak sebab perbuatannya sendiri. 
Watak seterusnya yang aku tak sukaa adalah Raja Kisan die ni adalah abang tiri kepada Rin/Wolgang dan die gak tidak berhak untuk jadi raja sebab die adalah anak luar nikah dan Rin lebih layak untuk jadi Raja. So dari kecil Raja Kisan ni mmg sentiasa cemburu dengan Rin. Akhirnya setelah berkomplot dengan Perdana Menteri die dapat jadi Raja. Manakala Rin terpaksa melepaskan takhta kpd abg tirinya lalu hidup sendiri. Raja Kisan ni sangat lemah, die x adil dan hanya pentingkan diri sendiri jer. Memang menyampah giler dengan 3 watak ni iaitu Pdana Menteri, Raja dan Sadam. Doha pula adalah kekasih putera raja Rin, Doha ni macam bomoh yg berasal dari gunung Baekdu, die juga adalah salah seorang ahli Night Watchman ni. Kadang kala Doha ni suka bertindak ikut perasaan n selalu tertipu n masuk dalam perangkap Sadam dan menyusahkan yang lain.

Drama ni ala2 fantasi juga so banyaklaa benda2 x logik gitu, contohnya macam orang dah mati boleh hidup balik lepas 3 hari hehehe dan macam2 lagi. Seterusnya aku agak kesian gak dengan watak Soo Ryeon ni yang merupakan anak perempuan tunggal Perdana Menteri. Dahlaa bapa die jahat pastu die ni dari kecik dah cintakan Putera Raja Rin dan sanggup buat ape jer untuk dapatkan cinta Rin tu, tapi sayangnya Rin x cintakan die sebaliknya die cintakan Doha. Tapi Soo Ryeon ni x dapat terima hakikat n buat pulak perjanjian dengan Sadam untuk dapatkan Rin. Watak Soo Ryeon yang mulanya sangat baik hati mula berubah menjadi sedikit jahat kerana cintanya pada Rin tidak dibalas. 
Drama ni agak slow jugak laa sebab nak tunggu diorang jadi Night Watchman ni ambik masa yang lama. Episod ke-13 barulaa wujud Night Watchman ni dan diorang start berlawan-lawan dah dengan Sadam semua untuk hentikan niat jahat Sadam yg menggunakan ilmu hitam tu. Memang lama betul, sebab Rin dan Doha agak payah untuk memujuk Moo Seok yang merupakan orang kepercayaan raja selain sangat handal bermain pedang untuk masuk dalam group Night Watchman ni. Selain itu Moo Seok tidak berapa suka dengan sikap playboy Rin tu, selain die juga tidak mempercayai kewujudan hantu atau roh2 ni. Pendek katanya Night Watchman ni tak cukup ahli laa untuk buat kerja2 lawan dengan hantu/roh2 dan juga Sadam ni. Apabila Moo Seok dah bersetuju barulah Night Watchman ni lengkap. 
Moo Seok akhirnya suka dengan kerjanya sbg Night Watchman ni, sampai tak nak berhenti lepas tu hehe sampailaa Rin tu paksa die dan membubarkan Night Watchman ni apabila Sadam tewas dan Rin akhirnya menjadi raja yang sah dan abang tirinya insaf dan mengundur diri dan bagi takhta semula pada Rin. Apapun aku suka gak tengok cara Night Watchman ni berlawan, best dan unik gitu sebab ada senjata khas untuk diorang gunakan, siap dengan uniform semua hehehehe. Apapun memang tak dinafikan banyak unsur2 suspen dalam drama ni yang buatkan kita ternanti-nanti apa yang akan jadi seterusnya. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Baca Ini Jugak-

Review Drama Lakonan Jung Il Woo yang terdahulu:-
* Flower Boy Ramyun Shop..

Gambar2 diatas credit to Google..
Read More »

19 Nov 2014

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015

bloglist-aynorablogs-com-tahun-2015
Jom Join Ramai2
Nak Join boleh Klik Banner diatas yer..
Blog ni dah lama wujud sejak 2009 sehingga kini, 
Salam Perkenalan yer


Read More »

18 Nov 2014

Fazura Kini Bergelar Penyanyi & Juri Maharaja Lawak Mega 2014

Assalammualaikum..
Rasanya semua dah tahu, Artis cantik ini iaitu Nur Fazura merupakan juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). So tiap2 minggu boleh tengok Fazura di tv hehehe. Selain itu Fazura juga merupakan selebriti pertama di Malaysia yang mempunyai program realiti tv sendiri di saluran E!. Kini Fazura mengorak langkah menjadi penyanyi pula dan mempunyai single sendiri yang bertajuk Sayangi Dirimu. Tak sangka juga, Fazura sememangnya sudah ingin menjadi penyanyi sejak dulu, sebelum bergelar pelakon lagi. Tak sabar juga menantikan Filem baru Fazura bersama Shaheizy Sam yang bakal keluar tak lama lagi.

Baru-baru ini di pentas Konsert Ulangtahun EH! ke-15, Fazura telah pun menyanyikan lagunya yang bertajuk Sayangi Dirimu. Nampaknya lagu tersebut berentak rancak dan kelihatan Fazura menyanyikan lagu tersebut dengan ceria gitu. Apapun Good Luck and All The Best untuk Fazura. Jom tengok video Fazura menyanyikan lagu singlenya yg bertajuk Sayangi Dirimu kat bawah ni k.


Read More »

17 Nov 2014

Gegar Vaganza : 12 Otai Hebat Berentap


Bagi merancakkan lagi industri seni tanah air, Astro memperkenalkan program realiti baru berjudul Gegar Vaganza yang menyaksikan 12 penyanyi 'otai' tanah air bersaing dalam pertandingan nyanyian. Mereka adalah Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, Fazli Zainal, Sam Innuendo, Ayai Ilusi, Haleeda, Nadia, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.
Program berlangsung selama lapan minggu itu bakal bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 16 November ini di saluran Astro Ria.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala pemenang tempat kedua bakal memenangi RM30,000. Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing menerima RM15,000 serta RM5,000. Setiap pemenang turut diberikan trofi. Dua nama besar, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dilantik sebagai juri tetap program berkenaan. Selain itu, tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob serta Nash Lefthanded akan membantu menjayakan program itu pada setiap minggu. Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, program itu sebagai inisiatif untuk mengembalikan kehebatan vokal penyanyi profesional berkenaan yang mungkin sudah lama tidak disaksikan penonton.
"Peserta adalah penyanyi yang pernah mencipta nama di persada seni dan menjadi kegilaan ramai pada suatu ketika dulu."Jadi menerusi program ini, mereka berpeluang mengembalikan zaman kegemilangan mereka, malah meningkatkan keyakinan diri dan kesungguhan di samping berhibur," katanya. Jelasnya, memandangkan program itu pertama kali diadakan, nasib peserta diadili sepenuhnya berdasarkan permakahan juri dan bukannya undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)."Disebabkan rakaman awal sudah dilakukan, mungkin ramai sudah mengetahui siapa yang tersingkir. 

Namun, kami percaya program ini akan mendapat sambutan menggalakkan kerana penonton pasti ingin mengetahui sebab peserta disingkirkan," katanya. Mengenai penyertaan Sharifah Zarina dan Fazli Zainal yang dianggap 'junior' daripada peserta lain, Raqim berkata, pihak Astro mahu memberi kepelbagaian dalam program terbabit."Sebenarnya, kami ada memberi peluang kepada beberapa artis untuk menyertai program ini, tetapi mereka tolak kerana sibuk. Jadi kami membuka penyertaan untuk Sharifah Zarina dan Fazli," katanya.

Program Gegar Vaganza juga bakal menyaksikan gabungan mantap dua pelawak popular iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara
Read More »

16 Nov 2014

Corat-Coret Minggu 1 Maharaja Lawak Mega MLM2014

Assalammualaikum..
Mesti ramai yang dah tengok Maharaja Lawak Mega 2014 jumaat yang lalu kan. 15 kumpulan telah membuat persembahan, lambat gak habis kan, dalam pukul 12.30 malam baru habis. Penyingkiran juga telah dibuat diminggu ini dan menyaksikan kumpulan Sayot dan Kepoh tersingkir di minggu pertama ini. Selain itu kumpulan Shake yang dianggotai oleh Amir, Bell dan Mie turut berada dalam kedudukan bottom three. Dato Jalaludin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Nur Fazura menggalas tanggungjawab sebagai juri Maharaja Lawak Mega 2014. Aku berpuas hati dengan pemilihan juri musim ini dari musim lepas hehehe. 

Persembahan Sayot dan Kepoh mmg agak hambar dan kurang kelakar. Apapun cuba lagi di musim akan datang nanti. Aku paling suka persembahan Sepahtu, Jalor, Ekzos, Zero, Wala, Nabil dan Virus. Manakala kumpulan yang lain pun not bad cuma kena usaha lagi. Lagipun semua pun tahu memang susah nak buat lawak kan. Tapi dalam banyak2 group2 tu aku memang ketawa masa persembahan Sepahtu. Tak leh blah tengok Shuib yang suka lelaki tu, pastu nak masuk askar sebab banyak lelaki hahaha. Kumpulan Ekzos juga best. Kump Virus pun okey tapi persembahan diorang lebih kepada memperkenalkan Virus. Maybe minggu depan akan lagi lawak.
Kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along memang all out semalam. Tak sangka diorang muncul dengan idea tu hehe, kreatif, x leh blah tengok Along jadi budak kecik tu hehehe. Manakala Kump Ekzos dan Zero juga best, Zero dengan aksi santainya manakala Ekzos dengan nak bernikahnya semua hehehe. Walaupun dari Hotseats diorang mampu memberi saingan sengit. Apapun rasanya minggu depan pastinya saingan akan lebih sengit lagipun ni baru minggu pertama kan. Persembahan Nabil pun not bad gak. Kreatif gitu. Apapun hope  semua peserta terus bersemangat dan tidak putus asa di pertengahan jalan sebab Maharaja Lawak Mega ni selalunya lama iaitu dalam 13 minggu gitu.

Zizan diumumkan sebagai pemenang Man Of The Match untuk minggu ini. Minggu depan Jep Sepahtu plak yang dapat kot hehehehe, All The Best untuk semua..

Antara Yang Menarik: Jom Baca-

Read More »

15 Nov 2014

Senarai Lengkap 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

Assalammualaikum..
Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) kembali lagi dengan gabungan pelawak baru dan lama dan semestinya cabaran lebih sengit kali ini. Agak2 korang sape yang akan menang nanti yer? Aku harap juri-juri yang dipilih kali ini biarlah lebih bijak menilai dan memberi komen2 yang lebih berguna untuk para peserta nanti. Pengacara MLM2014 ni semestinya Dato Ac Mizal. Rasanya semua pun dah tahu JOZAN tak akan bertanding untuk MLM2014 ini. Jadi jom tengok Senarai Lengkap 15 Peserta yang akan bertanding dalam MLM2014 kali ini.

Senarai Lengkap 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

1.  SEPAHTU - Jep, Shuib, Ilya (Senario)
2.  VIRUS - Tauke, Yus, Zizan Razak
3.  SHIRO - Ajak dan Shahrol
4.  BOCEY - Acey, Fad, Abam
5.  SYJ - Syuk, Yassin, Jihan
6.  COMEY - Suhaimi dan Ropie
7.  JALOR - Along Cham, Rahim, Joey
8.  SAYOT - Zam, Filzah, One (Skool Of Lawak)
9.  KEPOH - Izu, Pian, Kamal (Bintang Mencari Bintang Tv3)
10. NABIL
11. EKZOS - Jon LNJ, Raja Azri, Lie CUIT
12. SAMURAI - Arin, Man, Acong
13  ZERO - Sahrif, Syaiful, Sharif
14  WALA - Wan dan Lopz
15  SHAKE - Amir, Bell Ngasri, Mie Raja Lwk 1
Baca Ini Jugak yer

Read More »

13 Nov 2014

CPUV Nuffnang - Sony Xperia Z3 Launch

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat CPUV yang terbaru iaitu Sony Xperia Z3 Launch. Terima Kasih Nuffnang.. dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Thanks gak pada mereka2 yang rajin klik2 iklan di blog ini. Kalau korang nampak iklan ini menari-nari di blog ini, jangan lupa klik2 k. Terima Kasih semua..

Read More »

12 Nov 2014

Lagu & Lirik Di Pintumu Nyanyian Firman AF2014

Assalammualaikum..
Layannn juga lagu Firman AF2014 ni yang bertajuk Di Pintumu, lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Dato M.Nasir. Lagu juara AF2014 gitu. Sedap gak lagu ni. So jom layannn lirik dan lagu dibawah ni yer. 

Lirik Lagu Di Pintumu - Firman AF2014

Apakah aku tak mampu 
Apakah aku tak layak
Mendaki takhta hatimu 
Dan kau jadi permaisuri ku
Bagai telah dilewati
Jejaki jalan berduri
Dipintumu aku berdiri
Menantikan kau tunjukkan wajahmu

Kerna cinta aku tunduk

Kerna cinta aku rebah
Melutut hadapanmu
Tapi engkau hanya pandang
Dengan hijab yang menghalang
Pandangan ku padamu

Aku pinta kau rasakan belas 
Aku pinta kau merasakan kasih tanpa syarat
Kerna aku telah beri segalanya 
Kerna cinta aku tunduk
Kerna cinta aku rebah
Melutut hadapanmu

Tapi engkau hanya pandang 
Dengan hijab yang menghalang
Pandanganku padamu



Baca ini jugak

Read More »

11 Nov 2014

Lagu & Lirik Without You Nyanyian Aman AF2014

Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang bersetuju bahawa lagu single Aman AF2014 ni antara yang paling sedap didengar, mesra pendengar gitu. Sekali dengar dah rasa macam best, lirik die pun mudah n senang nak ingat. Memang bertuahlah Aman ni sebab dapat lagu yang kena dengan vokal die, catchy n sedap didengar. Lagu Without You ni dicipta sepenuhnya oleh Awi Rafael. So apa lagi jom layan lagu dan lirik lagu ni kat bawah yer..

Lirik Without You - Aman AF2014

Indah, indahnya hatimu
Lembut namamu membuat aku
Tenang atas jalan terang
Mudah, mudahnya caramu
Membuka pintu hati aku
Kau bukakan semua nyata
Jangan / jangan pernah pergi

Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu

Chorus
Without you 
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu..

Hilang, Hilang dalam diri 
Kotak hatimu / dibela sepi
Malammu nantikan hariku
Jangan / jangan pernah pergi

Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu
(Repeat 3x)

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu..


Read More »

10 Nov 2014

Juara AF2014 Milik Firman & Aman Naib Juara

Assalammualaikum..
Akhirnya AF2014 melabuhkan tirainya dan menobatkan Firman sebagai juaranya. Manakala Naib Juara pula dimenangi oleh Aman dan Ewal di tempat ke-3. Nuha mendapat tempat ke-4 dan Adel di tempat ke-5. Kemenangan Firman sememangnya sudah dijangka dari awal. Pujian yang diterima dari pengkritik serta sorakan kuat penonton setelah die selesai membuat persembahan menjadi petanda bahawa juara sememangnya milik Firman. Walaubaimanapun jangkaan Ewal sebagai Naib Juara meleset sebaliknya Aman membuat kejutan muncul Naib Juara walaupun ada menerima kritikan pedas dari juri sebelum ini..
Apapun Tahniah untuk Aman yang mana dirinya telah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap ini. Lagu single Aman yang berjudul Without You juga sedap dan disukai ramai orang. Nama Firman, Aman serta tajuk lagu Aman Without You selain AF2014 juga trending di Twitter. Ewal juga memberikan yg terbaik untuk persembahannya dan sentiasa konsisten sepanjang berada di AF2014 ni. Single Ewal juga best begitu juga dengan lagu baru Firman yang merupakan ciptaan M.Nasir gitu. Adel yang mendapat undian tertinggi di permulaan konsert mendapat tempat ke-5 setelah undian ditutup, ni semua rezeki masing2 kan. Moga lepas ni, semua finalis AF2014 tidak tenggelam dan terus berjaya di masa2 akan datang.
Baca Ini Jugak..

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017