22 Nov 2014

Tiada Penyingkiran Di Minggu Ke-2 Maharaja Lawak Mega 2014

Assalammualaikum..
Sape tengok MLM2014 tadi? Tiada penyingkiran di minggu kedua ini, namun kumpulan Wala, Samurai dan Comey berada di kedudukan bottom three. Kalau ada penyingkiran di minggu kedua ini maka salah seorang dari mereka akan tersingkir. SYJ membuat persembahan pembukaan dn kump Jalor membuat persembahan terakhir tadi. Kumpulan Sepahtu terpaksa beraksi berdua jer tanpa Ilya Senario kerana dikhabarkan Ilya masuk hospital. So hanya tinggal Jep dan Shuib jer namun persembahan mereka mendapat pujian juri. Dalam ramai2 aku paling suka persembahan kump Zero. Nabil yang beraksi solo juga berjaya memuatkan penonton ketawa dengan lawak pasal iklan tv tu.

Bagi aku semua kump telah berusaha sebaik mungkin. Shiro, SYJ, dan lain2 group cuba bangkit di minggu kedua ini dan ternyata juri terhibur dengan persembahan mereka. Selain itu, Jep Sepahtu dinobatkan sbg pemenang Man Of The Match untuk minggu kedua MLM2014 ini. Apapun Good Luck untuk semua peserta di minggu ketiga nanti..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Najib Ariyan berkata...

sekali pun tak pernah mengikuti Maharaja Lawak ni... tak sampai hati tengok kalau yg tak kelakar tu... jadi kelakar seram pulak... ngeeeee

Related Posts with Thumbnails