-->

10 Nov 2014

Juara AF2014 Milik Firman & Aman Naib Juara

Assalammualaikum..
Akhirnya AF2014 melabuhkan tirainya dan menobatkan Firman sebagai juaranya. Manakala Naib Juara pula dimenangi oleh Aman dan Ewal di tempat ke-3. Nuha mendapat tempat ke-4 dan Adel di tempat ke-5. Kemenangan Firman sememangnya sudah dijangka dari awal. Pujian yang diterima dari pengkritik serta sorakan kuat penonton setelah die selesai membuat persembahan menjadi petanda bahawa juara sememangnya milik Firman. Walaubaimanapun jangkaan Ewal sebagai Naib Juara meleset sebaliknya Aman membuat kejutan muncul Naib Juara walaupun ada menerima kritikan pedas dari juri sebelum ini..
Apapun Tahniah untuk Aman yang mana dirinya telah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap ini. Lagu single Aman yang berjudul Without You juga sedap dan disukai ramai orang. Nama Firman, Aman serta tajuk lagu Aman Without You selain AF2014 juga trending di Twitter. Ewal juga memberikan yg terbaik untuk persembahannya dan sentiasa konsisten sepanjang berada di AF2014 ni. Single Ewal juga best begitu juga dengan lagu baru Firman yang merupakan ciptaan M.Nasir gitu. Adel yang mendapat undian tertinggi di permulaan konsert mendapat tempat ke-5 setelah undian ditutup, ni semua rezeki masing2 kan. Moga lepas ni, semua finalis AF2014 tidak tenggelam dan terus berjaya di masa2 akan datang.
Baca Ini Jugak..

4 ulasan:

  1. Hahaha adel no 5... Ingatkan dia dapat afundi masuk boleh juara... Bahahahaha af ni karut sgt

    BalasPadam
  2. Tahniah Firman... semoga maju jaya di masa mendatang...

    BalasPadam
  3. Firman dan aman tahnia..etuza minat keduanya

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017