-->

16 Nov 2014

Corat-Coret Minggu 1 Maharaja Lawak Mega MLM2014

Assalammualaikum..
Mesti ramai yang dah tengok Maharaja Lawak Mega 2014 jumaat yang lalu kan. 15 kumpulan telah membuat persembahan, lambat gak habis kan, dalam pukul 12.30 malam baru habis. Penyingkiran juga telah dibuat diminggu ini dan menyaksikan kumpulan Sayot dan Kepoh tersingkir di minggu pertama ini. Selain itu kumpulan Shake yang dianggotai oleh Amir, Bell dan Mie turut berada dalam kedudukan bottom three. Dato Jalaludin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Nur Fazura menggalas tanggungjawab sebagai juri Maharaja Lawak Mega 2014. Aku berpuas hati dengan pemilihan juri musim ini dari musim lepas hehehe. 

Persembahan Sayot dan Kepoh mmg agak hambar dan kurang kelakar. Apapun cuba lagi di musim akan datang nanti. Aku paling suka persembahan Sepahtu, Jalor, Ekzos, Zero, Wala, Nabil dan Virus. Manakala kumpulan yang lain pun not bad cuma kena usaha lagi. Lagipun semua pun tahu memang susah nak buat lawak kan. Tapi dalam banyak2 group2 tu aku memang ketawa masa persembahan Sepahtu. Tak leh blah tengok Shuib yang suka lelaki tu, pastu nak masuk askar sebab banyak lelaki hahaha. Kumpulan Ekzos juga best. Kump Virus pun okey tapi persembahan diorang lebih kepada memperkenalkan Virus. Maybe minggu depan akan lagi lawak.
Kumpulan Jalor yang dianggotai Rahim, Joey dan Along memang all out semalam. Tak sangka diorang muncul dengan idea tu hehe, kreatif, x leh blah tengok Along jadi budak kecik tu hehehe. Manakala Kump Ekzos dan Zero juga best, Zero dengan aksi santainya manakala Ekzos dengan nak bernikahnya semua hehehe. Walaupun dari Hotseats diorang mampu memberi saingan sengit. Apapun rasanya minggu depan pastinya saingan akan lebih sengit lagipun ni baru minggu pertama kan. Persembahan Nabil pun not bad gak. Kreatif gitu. Apapun hope  semua peserta terus bersemangat dan tidak putus asa di pertengahan jalan sebab Maharaja Lawak Mega ni selalunya lama iaitu dalam 13 minggu gitu.

Zizan diumumkan sebagai pemenang Man Of The Match untuk minggu ini. Minggu depan Jep Sepahtu plak yang dapat kot hehehehe, All The Best untuk semua..

Antara Yang Menarik: Jom Baca-

7 ulasan:

  1. tak tgk pon semalam.huhuh.nanti nak cariklah.

    BalasPadam
  2. Minggu pertama ni kebanyakannya tak kelakar mana. Belum panas lagi kot.

    BalasPadam
  3. jalor mmg kelakar, minggu 1 mmg bez2 persembahan mereka. virus jugak, sepahtu, samurai, zero semua best

    BalasPadam
  4. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

    Nak tanya, apa nama lagu untuk lawak parking tu ye?

    BalasPadam
  5. @Rizuan Karim sorry saya x berapa ingat dah, kump mana yg buat lawak tu dan lagu apa..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..maharaja lawak ad pasang lagu english kan sebelom habis..spe tau tajuk lagu tu ek..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..maharaja lawak ad pasang lagu english sebelom hbs..apa tajuk lagu tu ek..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017