27 Okt 2014

Punca-Punca Dan Sebab Johan Tidak Sertai MLM2014

Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan yang begitu sinonim dengan program-program ‘reality show’ di saluran Astro Warna kali ini membuat keputusan untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Mungkin ramai peminat yang kecewa kerana tahun ini tiada lagi gelagat pasangan serasi, Johan dan Zizan Razak atau Jozan dalam menyemarakkan saingan pelawak yang lain di MLM 2014.


Ketika dihubungi Astro AWANI, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, memberitahu bahawa keputusan tersebut diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga.



“Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan yang baru sahaja dinobatkan Juara Super Spontan 2014.. Johan turut memberitahu pada masa yang sama isterinya, Ozlyn Wati kini sedang menunggu masa melahirkan anak keempat mereka.



“Ozlyn pun sekarang hanya menunggu masa bersalin, jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak menyertai MLM tahun ini kerana mahu berehat selepas Super Spontan dan membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti,” jelas Johan yang telah dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Ozlyn.

Namun Johan menafikan timbul rasa cemburu melihat Zizan bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM kali ini. “Tak ada istilah cemburu bagi saya,  tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah. Kalau ada show yang memerlukan Jozan, saya akan turut serta.

"Walaupun tidak menjadi peserta, saya akan tetap menjadi penonton setia dan menyokong semua rakan-rakan di pentas MLM nanti,” kata Johan.

MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal. Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Dayana Bahar berkata...

terjawab akhirnya,... apa pun semoga zizan tidak kehilangan rentaknya tanpa Johan..

kifli berkata...

Tak pasti berjaya ke tak gandingan virus ni, takut kurang menjadi pulak

mawar berkata...

Johan tidak sesuai bersama jambu...

Rose Jusoh berkata...

I love jozan.... rasanyer zizan sesuai dengan johan saja... say no to jambu...

Related Posts with Thumbnails