18 Okt 2014

Surpluss Princess - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ini nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Surpluss Princess yang dilakonkan oleh Jo Bo Ah, On Joo Wan, Song Jae Rim, Park Ji Soo dan lain2. Drama ini hanya mempunyai 10 episod jer. Walaupun asalnya ianya mempunyai 16 episod tapi akhirnya dipotong menjadi 10 episod jer. Memang ramai juga yang tak puas hati sebab episodnya dipotong begitu banyak, last2 hanya 10 episod. Jalan cerita pun dipendekkan dan membuatkan banyak tanda tanya dan persoalan yg tergantung. Dah la cerita ni ditayangkan seminggu sekali memang x puas nak tengok cerita ni lagi, sebab best, sweet dan kelakar. Drama ni bergenrekan Romantik Komedi dan drama ni turut dikenali dengan nama The Mermaid, The Idle Mermaid.
Drama ini berkisarkan mengenai Ikan Duyung yang berhasrat untuk menjadi manusia setelah dirinya jatuh cinta pada seorang lelaki. Setelah menjadi manusia, dirinya perlu mencari dan mendapatkan cinta sejati dalam masa 100 hari, jika dirinya gagal maka dirinya akan lenyap dan menjadi buih2. Aku x berapa familiar dengan hero dan heroin drama ini dan ini juga merupakan kali pertama aku tengok diorang berlakon, dan aku suka dengan diorang ni hehe. Dalam drama ni aku hanya kenal hero kedua drama ni jer iaitu Song Jae Rim, sebab die pernah berlakon jadi pembunuh upahan dalam drama 2 Weeks dan sebagai Kay dalam drama Nail Shop Paris. Pendek katanya aku suka kedua-dua hero drama ni dan susah nak buat keputusan siapa yang patut dapat heroin tu hehe. Tapi biasalah dalam drama Korea, selalunya hero yang pertama akan dapat heroin kan hehe.
Masa episod last tu sedih juga watak Song Jae Rim sbg Shi Kyung akhirnya mengalah dan biarkan heroin dengan hero yg seorang lagi. Mengejutkan yang sebenarnya Shi Kyung tu dah tahu dari awal yg Ha Ni tu duyung yang selamatkan die dari lemas tu. Tapi sedih la die x dpt Ha Ni, tapi dalam masa yg sama okey gak Hani akhirnya bersama dgn Hyun Myung sebab die ni sweet gak, sentiasa pastikan Ha Ni selamat dan sanggup berkorban untuk Ha Ni tu. Tapi aku tak bersetuju Shi Kyung tu bercinta dengan Jin Ah yg jahat tu walaupun Jin Ah tu dah berubah jadi baik sikit. Babak terakhir sekali masa Ha Ni kembali semula tu mmg tak leh blah dah macam cite Terminator pulak dgn muzik semuanya tu hehehe.
Aku konpius satu benda jer, Ha Ni dah jumpa cinta sejatinya iaitu Hyun Myung, dan diorang saling mencintai tetap kenapa lepas dari 100 hari Ha Ni tetap hilang ek? Adakah kerana cinta sejatinya bukan Shi Kyung lalu menyebabkan Ha Ni tetap hilang, tapi entah macam mana dalam masa setahun kot Ha Ni boleh datang semula ala2 Terminator tu hehehe. Tula bila episod dipendekkan jalan cerita pun dah tak lengkap dan buatkan penonton tertanya-tanya dan terpaksa buat andaian sendiri. Apapun bagi aku, walaupun drama ini hanya 10 episod tapi ianya tetap menghiburkan, dengan gelagat semua watak. Cuma ending die jer yang macam terburu-buru sikit sebab nak dipadatkan dalam satu episod akhir. Tapi keseluruhannya happy ending juga walaupun agak sedih sikit untuk Shi Kyung tu.
OST drama ni juga boleh tahan, Apapun memang layannn drama ni.

Review Drama lakonan Song Jae Rim Yang Terdahulu-
hehehe LOL


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

timm bill berkata...

wah! mermaid..cam best..tpi mmg xkenal la dgn semua pelakon dia..

Syaza Raihanah berkata...

Wah, macam best aje drama ni. SR dah lama tak tengok drama Korea :D

Related Posts with Thumbnails