-->

22 Okt 2014

Review Super Spontan 2014 Minggu Separuh Akhir - Jihan & Rahim Tersingkir

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Super Spontan minggu Separuh Akhir yang berlangsung di Kuantan Pahang. Di minggu separuh akhir ini, semua peserta menunjukkan prestasi yg bagus dan kelakar. Namun nasib tidak menyebelahi team Mawas Berduri apabila kalah dan menyebabkan Jihan dan Rahim tersingkir di akhir rancangan. Dengan tersingkirnya Jihan dan Rahim, 6 peserta yang tinggal adalah Johan, Yus, Tauke, Shuib, Shahrol dan Achey. Mereka berenam ini adalah Finalis Super Spontan 2014 dan akan berentap di Final Super Spontan yang akan diadakan di Melaka jumaat ini. Calon Favourite untuk bergelar juara semestinya JoHaN, manakala untuk Naib Juara aku pilih Tauke, tempat ketiga tu x kisahlah sape pun hehehe.

Aku pilih Johan dan Tauke sebab diorang mmg layak untuk bergelar juara dan naib juara sebab kedua-duanya mmg spontan, kelakar, rajin main game di SS n giler2, namun kalau ikut undian setakat ini, Shahrol Shiro berada ditempat ke-2, tapi tu semua rezeki masing2 kan, Shahrol mmg tgh popular skrg n ramai juga peminat Shahrol dan Shiro kan. Namun tak dapat dinafikan juga kehebatan pemain lain seperti Yus, Achey dan Shuib. Berbalik semula pada minggu separuh akhir yang lalu, team Biawak Laser yg kalah pada minggu sebelumnya dikenakan denda untuk makan wasabi tapi akhirnya pengurus pasukan B.Laser Rashid Salleh yg makan semua wasabi tu hehehe. Selain itu ditunjukkan juga 2 video dari bekas Juara Super Spontan musim terdahulu iaitu Jep dan Zizan. 
Dalam video tersebut Jep ada memberikan ucapan dan dia support team Biawak Laser sbb ada Shuib kat situ. Manakala Zizan plak support team Mawas Berduri dan die buat ucapan sweet untuk Johan hehe comel jer, siap ckp i love you semua, u always in my heart lah apalah hehe sweet JOZAN ni kan. Selain itu di minggu separuh akhir ini juga ada 2 pemain tambahan yg dijemput khas untuk bermain game di Super Spontan ini iaitu Rashidi Ishak dan Uqasha Senrose. Game pertama yang diorang main adalah Beku. Game ni mmg lawak giler, especially part semua pelawak berebut-rebut nak gantikan tempat Jihan untuk bersketsa dengan Uqasha Senrose tu. Tetiba semua jadi agresif sebab ada Uqasha tu, x leh bayang kalau Nelydia Senrose pun ade jugak, konform lgi huru hara hehehe. Dalam semua dok berebut tu last2 Shuib yang dapat ganti Jihan tu dan bersketsa dgn Uqasha Senrose tu. Memang best game ni.
Game kedua yang diorang main adalah Penterjemahan. Game ni best juga terutamanya masa Johan dan Achey bermain game ni. Achey jadi Alien manakala Johan akan jadi penterjemah. Cara Johan menterjemah tu memang kelakar giler, penonton yg datang tgk live tu pun asyik gelak jer. Seterusnya Yus dan Tauke pula bermain game yang sama. Game ke-3 yang diorang main adalah game Duduk, Bongkok dan Berdiri. Part x leh blah masa Johan nak buang kerusi yang disediakan tu sebab semua berebut nk duduk atas kerusi tu hihi tapi x sempat buang, masa dah habis lak hehe. Seterusnya diorang main game Dialog Dalam Tin. Achey akan bermain dengan Jihan, manakala Johan pula akan bermain dengan Shahrol. Best juga sketsa yang dibuat oleh Jihan dan Achey tu berbanding dengan sketsa Johan dan Shahrol yang asyik bersketsa pasal silat jer hehe.
Last game yang diorang main adalah game Demonstrasi. Team Mawas Berduri diwakili oleh Rahim, Johan dan Uqasha. Johan jadi tangan dan Rahim jadi muka dan situasi yang mereka dapat adalah Cara-Cara Memutihkan Kulit. So ada banyak telur disediakan untuk game tersebut, Johan dah banyak kali ambik telur tersebut tapi die just gaul2 n sapukan ke muka Rahim jer. So xde banyak moment2 yg mengejutkan macam Team Biawak Laser yg all out untuk game ni, kesian juga Shuib dan Rashidi Ishak, dua2 dikerjakan oleh Tauke cukup2. Tauke pkai campak jer semua yg ada atas kepala dan rambut Shuib, habis hitam muka Shuib hehe. Memang giler tul tapi best hehehe. Akhirnya team Biawak Laser mendapat undian tertinggi dan menang sekaligus kesemua peserta dlm team Biawak Laser masuk Final.

Uqasha banyak gelak jer masa main game Demonstrasi dgn Johan dan Rahim tu, rupanya die peminat Johan, lawak jer part Johan tanya soalan2 kat Uqasha mcm budak2 tu hehehe. Apapun minggu Separuh Akhir Super Spontan 2014 mmg layannn. Hope Final nanti lebih kelakar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017