4 Okt 2014

It's Okay, That's Love - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review Drama Korea yang bertajuk It's Okay That's Love, lakonan Jo In Sung, Gong Hyo Jin, Lee Kwang Soo dan ramai lagi. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea awal bulan September 2014 yang lalu dan mempunyai 16 episod. Tarikan utama drama ni semestinya sebab para pelakonnya yang hebat2 belaka tambahan lagi bintang Running Man Lee Kwang Soo turut berlakon dlm drama ni. Selain itu drama ini juga mempunyai jalan cerita yang menarik, unik dan lain dari yang lain gitu. Drama ni turut mendapat respon positif dari penonton, rata-ratanya memuji keunikan drama ni selain lakonan hebat Jo In Sung dan Gong Hyo Jin.

Masa mula2 tengok drama ni memang rasa cam pelik sikit sebab drama ni lain dari yg lain, jalan cerita die ada unsur2 suspen, lawak, sedih serta menyentuh mengenai isu psikologi, kesihatan mental seseorang. Dalam drama ni ada watak2 yang ditunjukkan mengalami beberapa masalah kesihatan mental dan cara penyelesaiannya serta bagaimana pesakit tersebut cuba menghadapi penyakit mereka. Satu pujian bagi seluruh team drama ni kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang agak unik dan lari dari kebiasaan atau streotype biasa drama Korea. Lakonan Jo In Sung memang terbaiklah die berjaya membawa watak seorang lelaki yang ceria dan happy go lucky tetapi mempunya masa silam yang sangat sadis dan trauma kejadian silam itu terus menghantuinya sehingga menyebabkan dia akhirnya disyaki menghidap Schizophrenia (penyakit mental)

Sedih giler tengok part Jo In Sung dimasukkan ke dalam hospital tu. Die sering berhalusinasi dan berborak dengan Kang Woo yg mana sebenarnya Kang Woo itu tak wujud langsung. Hal ini merisaukan semua orang dan mereka cuba untuk memulihkan watak Jo In Sung tersebut. Memang agak tragis kisah hidup watak Jo In Sung sebagai Jang Jae Yeol yg masa kecilnya sering didera oleh ayah tirinya, disamping dendam abang kandungnya yg ingin membunuhnya serta kebenaran mengenai ibunya yang merupakan pembunuh sebenar ayah tirinya. Segala hal ini menyebabkan Jang Jae Yeol menghadapi trauma yg teruk sejak dari kecil. Apapun walaupun jalan cerita ni agak sedih tapi di akhirnya Happy Ending okey hehehe.
Watak Lee Kwang Soo ni memang happy jer tapi die sebenarnya turut mempunyai masalahnya tersendiri iaitu die menghidap Sindrom Tourette serta tidak bernasib baik dalam cinta kerana sering ditinggalkan. Die sering jeless kalau tengok orang2 bercinta ni. Tapi die seorang kawan yg sangat baik dan akhirnya akan mempunyai kekasih bernama So Nyeo. OST drama ni juga best2, ada macam2 lagu, english song semua ada. Kalau korang nak tengok drama yg unik n lain dari yg lain bolehlaa layan drama ni, jln cerita die mmg syok. Tambah2 pelakon2 cite ni semua pun famous2.
Bila aku singgah kat mana2 laman web yang ada drama ni, komen2 penonton yg aku tengok semuanya macam kagum n suka giler dengan drama ni. Tak caye korang leh try check sendiri k, semua bagi komen2 yg positif dan puas hati dengan ending drama ni. Lepas habis drama ni, bermulalah drama baru yang dibintangi oleh Rain n Krystal yg bertajuk My Lovable Girl n diorang juga muncul dalam Running Man episod 214.

Baca Ini Jugak..

Review Drama Lakonan Gong Hyo Jin Yang Terdahulu-
* The Master's Sun..
* Greatest Love..

Review Drama Lakonan Lee Kwang Soo Yang Terdahulu-
* The Innocent Man..
                           

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Zayani Zulkiffli berkata...

Macam best je.
Tapi kite tak tengok korea :(

http://nurulzayani.blogspot.com/

Anisyamir Leejo berkata...

baru je habis layan cerita ni. mmg terbaikk sangat2 ! ^^

Hikayat Seorang Budak berkata...

Nice review. Kena cari masa nak tgk ni :)

Related Posts with Thumbnails