-->

30 Nov 2013

The Master's Sun

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama The Master's Sun yang dilakonkan oleh 2 pelakon hebat dan berpengalaman iaitu Go Hye Jin dan So Ji Sub. Seriously drama ni memang best, terbaik punye, sekali tengok konform akan sangkut dengan cite ni. Dah ramai yang angau dengan drama ni kerana drama ni sangat sweet. Awalnya drama ni hanya ada 16 episod tapi disebabkan ratingnya amat baik dan maka ditambah lagi satu episod menjadi 17 episod. Drama ni bergenre Romantik Komedi dan Seram. 
Drama ni baru jer habis ditayangkan sekitar awal Oktober 2013 yang lalu dan mendapat sambutan yang baik dikalangan penonton. Hero drama ni iaitu So Ji Sub selalu berlakon dalam drama berat macam Melodrama dan sebagainya jarang nampak die berlakon genre cite macam ni. Percubaan die berlakon dalam genre Romantik Komedi sangat berjaya, karakter watak sebagai Joo Won yang ego, sombong n kelakar memang sesuai dengan die hehe. Die memang comel dgn karakter watak gini tambahan lagi dari awal sampai akhir tetap hensem.

Lakonan Go Hye Jin memang tak pernah menghampakan, watak yang die bawa iaitu sebagai Tae Gong Shil memang sangat berjaya. Keserasian hero dan heroin cite ni memang mantap, sweet jer. Drama ni berada dalam top 3 setakat ini.  Drama ni dari episod 1 hinggalah 17 sangat menghiburkan, tak pernah ada episod yang membosankan. Drama The Master's Sun akan sentiasa membuatkan kita ketawa, dan kadangkala membuat kita sedih. Namun tetap happy ending yeayyy hehe. Aku cadangkan korang semua tengok cerita ni, dijamin korang akan sukanyer. Ending drama ni memang terbaik, setiap watak dalam cite ni akan ada ending masing2, yang kesemuanya sememangnya happy ending jer hehe. Semua penonton drama ni memang sangat berpuas hati dengan ending cite ni.
Skrip Drama ni ditulis oleh Hong Sister yang mana sebelum ni pernah menghasilkan skrip untuk cite My Girl, My Girlfriend Is A Gumiho, The Greatest Love dan Big. Walaupun drama ni ada seram2 sikit, tapi takdelah seram sangat sebab hantu2 dalam cite ni sangat kelakar hahaha macam2 jenis hantu ada, maybe makeup hantu tu jer agak menakutkan bila mula2 tengok, tapi lama2 tengok karakter hantu tu terus jadi kelakar lak hehehe. Lagu tema dan lagu2 latar drama ni semuanya best2 belaka, sangat sesuai dengan babak2 dalam cite ni. pandai diorang pilih lagu yang sedap didengar dan sesuai dgn cite ni. 
Aku siap download semua lagu dlm drama ni masuk phone hehe. Banyak scene2 yang best dalam cite ni. Antara Scene favourite aku masa Tae Gong Shil kena rasuk di rumah Joo Won tu,dah macam2 hantu masuk badan die haha memang kelakar habis siap jadi kucing lah, anjinglah, budak nak aiskrim lah, perempuan perancis dan mcm2 lagi hihi. Selain Scene tu banyak lagi scene2 yang aku suka. Rindu nak tengok cite ni sekali lagi sebab memang x kan bosan sebab cite ni amatlaa sweet..
SiNopSis
Tae Gong Shil seorang gadis yang ceria dan bijak namun semuanya berubah bila die kemalangan dan koma selama 3 tahun. Selepas sedar dari koma, hidupnya mula berubah bila die mula nampak hantu/roh2. Sejak dari itu T.G.Shil mula memencilkan diri dan sentiasa hidup dalam ketakutan kerana dirinya sering diganggu oleh hantu2 yang meminta tolong padanya. Sehinggalah pada suatu hari, dia terserempak dengan CEO Kingdom Mall iaitu Joo Won dengan Sekretary Kim.
Bermula dari saat itu T.G.Shil sedar setiap kali die menyentuh/memegang tangan Joo Won hantu disekelilingnya akan hilang darinya dan ini membuatkan Gong Shil berasa tenang dan selamat kerana akhirnya dia berjumpa dengan pelindungnya. Walaubagaimanapun sikap Joo Won yang sombong dan ego serta tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan mendekatinya menyukarkan Gong Shil. 
Akhirnya Gong Shil terpaksa mencari cara untuk berada dekat dengan Joo Won iaitu dengan bekerja sebagai cleaner di Kingdom Mall. Maka setiap kali Gong Shil nampak hantu maka die akan terus berlari kepada Joo Won dan memeluknya hehe dan kemudian hantu tu automatik akan hilang. Awalnya Joo Won menyangka T.G.Shil sengaja mendekatinya kerana meminatinya sebab die kaya dan hensem sebab tu dia tak layan dan akan memarahi serta menghalau T.G.Shil. 
Namun lama kelamaan dia semakin percaya dengan cerita Gong Shil yang G.Shil sebenarnya mampu melihat hantu. G.Shil juga banyak menolong Joo Won menyelesaikan kes misteri di Kingdom Mall dan akhirnya Joo Won bersetuju untuk menjadi pelindung Gong Shil namun bersyarat. Nak tahu jalan cerita selanjutnya, kenalah tgk drama ni hehe. Apapun drama ni memang happy ending gitu.
Nak Baca Review Drama lakonan Go Hye Jin yang terdahulu boleh klik Link dibawah ini.

Trivia- Go Hye Jin pernah jadi guest dalam Running Man di episod 108 :)

9 ulasan:

  1. saya adalah antara orang yang dah angau dengan drama nih.. watak Hero die sangat BESt dan comel.. Tapi xbole layan drama nih sorang-2 sebab hantu die kadang-2 menyeramkan..

    BalasPadam
  2. shad suka gila cerita ni... lagu ost dia best giler.. menang melon award tuu.. huhu

    BalasPadam
  3. walaupun 1st episod buat oshin macam nak gugur jantung tengok hantu dia, tapi lama2 jadi addict hahaha

    memang best la cita ni..oshin suka sgt heroin dia sbb berlakon apa pun mesti terbaik :)

    BalasPadam
  4. akak layan drama korea nie dekat chanel 393...memang best..

    BalasPadam
  5. Banuuuuuuu!!!! saya pun suke sangat2 citer ni....rse mcm nk ulang balik jer tgk...hehe...byk gak la part yg tetiber bergenang jer airmata...isk..isk.....tp ending dia mcm xbest...sbb mcm pendek sgt dia tnjuk happy ending tu.... :(

    BalasPadam
  6. hihi...movie nampak menarik...cuma cik akak je tak minat korea..hahaha...

    klik iklan nuffnang dik...

    BalasPadam
  7. xsalahkan..lelaki tu pernah dtg RM kan?

    yg pegi macau tu..kekekke

    BalasPadam
  8. nur x habis2 dgn running man dia,,hahaha.. deqla x tau la nak komen apa kalo citer korea ni... ;p

    BalasPadam
  9. seram ?
    haha, puas la baca sinopsis sampai abis...
    tu la, kalau korea, citer hantu pun dia leh wat jadi romantik dan 'tak seram'.
    memang terbaik.
    owh....haha, best tu, nampak hantu jer, sentuh lelaki tu, abis ilang semua hantu2 ngan jembalang tanah semua.
    wokeh, saya akan start dari citer ni dulu sempena bulan puasa ni.
    -blogspot : rawatankanser2013

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017