9 Nov 2013

Review Final Super Spontan 2013

Assalammualaikum..
Hari ni genap seminggu berakhirnya Final Super Spontan 2013, agak terlewat jugak entry review ni kan hehe  Tapi lambat pun lambat lah janji ada gak Review Final Super Spontan 2013 nih. Rasanya semua pun tahu siapa para pemenang Super Spontan 2013 nih kan. Final Super Spontan diadakan di Sungai Petani, Kedah, dan untuk final ni diorang bermain 6 game semuanya berbanding hanya 5 game di minggu2 sebelumnya. Pembukaan Final Super Spontan dimulakan dengan persembahan Ahmad Ahmad dan Azlan & Typewriter diikuti dengan persembahan tarian oleh Ecnad Dance Theater. Best tengok tarian diorang n para peserta pun join sekaki menari hehehe. Di Final ni banyak gak soalan2 panas yang Amir ajukan pada para peserta semua. Ada yang jawab dengan slumber, ada yang tak tau nak jawab aper hehehe.
Game pertama yang diorang main untuk final ini adalah Beku. Untuk Game Beku ni, Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh ngan Razif start main dulu dan diikuti oleh peserta. Macam2 aksi ada, siap ada parodi Macam cantik jer, Macam comel jer hehehe. Dalam game pertama ni nampak semua peserta agak berhati-hati dan gemuruh. Game kedua diorang main Skrip Rabak, dalam game ni akan ada tetamu undangan yang akan bermain bersama iaitu Azlan, Dekna AF5 dan Toi AF6. Yus dan Tauke start dulu dan Azlan yang akan membantu diorang.
Tapi masa ni Ray terlupa nak beri situasi hehe kecoh sekejap kemudian tibalah giliran Johan dan Jep. Dekna yang akan membantu diorang. Manakala Rahim dan Nabil akan dibantu oleh Toi AF6. Aku suka Johan & Jep tapi situasi yang diorang dapat x berapa nak best. Aku lebih suka Rahim n Nabil, sebab lebih lawak dan Toi pun pandai berinteraksi dengan diorang..
Seterusnya diorang main game Maju Mundur, kali ni diorang akan main bertiga. Nabil, Jep dan Tauke start dulu. Situasi diorang dalam banjir kot kalau aku tak silap, best gak tengok diorang bertiga main game ni, sekejap maju sekejap mundur, lawak tul, pastu masa dekat nak last tu nampak diorang makin konfius dan keliru dah hihi. Makin diorang keliru makin lawak jadi hehe. Bila game ni dah habis legaa diorang. Kemudian tibalah giliran Johan, Yus dan Rahim. Diorang dapat situasi jadi pelakon hindustan, apa lagi terus keluar perkataan hindustan laa kan hihi, Johan dengan ek minit die, Yus dengan perkataan babuji die. Nampak Yus paling banyak kena maju dan mundur, kejap ke belakang pastu kedepan pulak hehe. Johan x sempat buat banyak pergerakan, Rahim pun sama.
Game ke-4 yang diorang main adalah Ciptaan. Dalam game ni peserta akan dipasang-pasangkan dan ke enam-enam mereka akan berada di atas pentas dan main game ni secara bergilir-gilir. Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh dan Razif akan main dulu kemudian baru giliran peserta pula. Jep akan berpasangan dengan Yus. Jep nampak stress main game ni, maybe idea xde untuk tukarkan barang tu jadi benda lain, Yus banyak nak tergelak tapi best tgk diorang ni. Manakala Johan pula berpasangan dengan Rahim, Johan dah banyak kali main game ni dengan Rahim, so diorang ni agak selesa bersama dan lebih tenang dan kreatif gitu. Nabil pula berpasangan dengan Tauke. Gandingan Nabil n Tauke agak happening gitu, sebab nampak diorang happy n gila2 gitu, diorang pun banyak nak tergelak dengan apa yang diorang buat, kita tengok pun rasa nak tergelak sekali hehehe. Apa pun diorang berenam memang kreatif.
Seterusnya diorang main game Pilihan Lain. Masa minggu ke-9 diorang dah main game ni, dan untuk final game ni dimain lagi. Aku rase game ni memang best n enjoy gitu. Bestnya game ni sebab boleh membuat peserta jadi marah haahaha bila terpaksa tukar perkataan berkali-kali hehe. Selain buat peserta tergagap sekejap hehe. Johan, Nabil dan Rahim start dulu. Best gak tengok diorang bertiga main game ni, macam2 ayat/perkataan keluar cthnya seringgit, 41 September dan lain2 hehe. Kemudian tibalah giliran Yus, Tauke dan Jep. Diorang bertiga main pun best. Kelakar jer terutamanya Tauke dan Jep. Pendek kata semua pun best main game ni, happening gitu.
Game terakhir yang diorang main adalah game Muzik Video Karaoke. Dalam game ni Afdlin Shauki dan 2 orang penonton akan jadi pengarah muzik video tu. Nabil, Johan dan Tauke start dulu. Ada adegan peluk2 gitu, Tauke jadi bintang hehe seronok gile tengok diorang main game ni, macam2 gaya gitu, dah la diiringi dengan lagu hindustan iaitu lagu Chamak Challo dari filem Ra-One. Lagu memang dah best, memang terbaik lah Nabil, Johan dan Tauke ni menari, comel jer.


Kemudian tibalah giliran Yus, Jep dan Rahim, diorang pun dapat lagu hindustan iaitu lagu Oh My Darling dari filem Mujhse Dosti Karoge. Yus jadi ketam, Rahim jadi Doraemon dan Jep jadi orang yang akan masak ketam dan doraemon tu, hehe lawak gilerr. Yus cakap kat Afdlin yg die nak cium Jep hahaha. Rahim jadi Doraemon tu pun kelakar. First time tgk Jep menari hohoho. Apapun diorang memang best, semua kelakar.
Setelah undian ditutup Jep mendapat undian tertinggi sebanyak 41% dan melayakkan Jep menjadi Juara Super Spontan 2013. Manakala Johan menjadi Naib Juara dengan mendapat undian 36 %, Nabil di tempat ketiga dengan 8 %. Yus di tempat keempat dengan 7%, Rahim ditempat kelima dengan 5 % dan Tauke di tempat keenam dengan 2 % undian. Lepas habis Super Spontan 2013, Maharaja Lawak Mega 2013 pula yang akan bersiaran.
Gambar yang atas sekali credit to Instagram Jep Sepahtu, Gambar2 lain credit to Facebook Super Spontan.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Zara Nurhaidah berkata...

Xmiss tgk dorg brentap ..hehe

Cik Nur™ berkata...

rezeki jep....

Kathy R'bain berkata...

tahniah jep..

kayyana berkata...

mmg dah agak da jep menang.. huhu.

Related Posts with Thumbnails