-->

21 Nov 2013

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013)


Assalammualaikum..
AF2013 melabuhkan tirainya dan menobatkan Faizul sebagai Juara Akademi Fantasia 2013. Tahniah untuk Faizul. Awalnya aku sangkakan Azhael yang bakal jadi juara tapi rezeki lebih memihak pada Faizul. Lagipun sedap gak suara Faizul ni kan. Awalnya susah nak meneka siapakah bakal juara Juara AF2013 dan akhirnya ianya menjadi milik Faizul dan Azhael mendapat tempat kedua.
Azhael yang sebelum ni tersingkir namun diberi peluang kedua menerusi AF Masuk dan diserap semula ke AF2013 dan akhirnya menjadi Naib Johan AF2013. Walaubagaimanapun Azhael tetap berjaya membawa pulang Anugerah AF BUZZ kerana mempunyai paling ramai pengikut di laman sosial seperti FB, Twitter & Instagram. Tahniah Azhael.
Amira mendapat tempat ketiga, dan berada dlm kedudukan top 3 gitu. Tak sangka juga Amira mendapat tempat ketiga sbb dia juga hampir2 tersingkir di konsert ke-8 dulu. Apapun Tahniah utk Amira. Aku paling suka masa Amira nyanyi lagu Skyfall tu sesuai lagu tu dgn suara die.
Indah mendapat tempat ke-4, memang sedap suara Indah ni, suka dengan lagu single die tu best jer. Indah sebelum masuk AF2013 ni sudah pun bergelar penyanyi terlebih dahulu dan mempunyai album cuma dirinya tidak begitu dikenali peminat pada masa itu. Apapun Tahniah untuk Indah, die mmg penyanyi yang berbakat.
Nabila berada di tempat ke-5, sebelum ni undian Nabila agak tinggi juga tapi x sangka gak die num 5. Apapun tahniah untuk Nabila. Nabila ni manis orangnyer especially masa die senyum mmg comel. Lagu single die dan pelajar lain semua sedap didengar.
Terkejut juga Aisyah mendapat tempat keenam, rasanya die sesuai berada tempat yang lebih atas juga sebab suara die unik dan sedap. Apapun dah rezeki kan, Tahniah untuk Aisyah kerana sampai di tahap ini.
Sebenarnya aku x kisah sangat sape yang menang AF nih sebab yang lebih aku kisahkan adalah pasal JOZAN hehe tak sangka diorang bertemu di pentas Final AF, memang sebelum ni ramai yg request nk tgk Jozan di final, tak sangka pula jadi kenyataan gitu. Setelah berbulan-bulan tak jumpa akhirnya JOZAN melepas rindu di pentas akhir AF yang turut membuatkan semua penonton sebak dan menangis termasuk Zizan. Semua terharu  melihat persahabatan JOZAN nih. Nantikan next entry yer untuk aku ceritakan lebih lanjut pasal JOZAN Di pentas akhir AF2013. Apapun JOZAN dah saling berjanji nak join Maharaja Lawak Mega tahun depan (2014) #MLM2014 yeayy harap jd kenyataan.

3 ulasan:

  1. Tahniah kpd semua...
    Jozan dan zizan mmg xleh dipisahkn...

    BalasPadam
  2. rezeki dia kan.. :)

    apapun tahniahh..!

    BalasPadam
  3. tahniah....dah tak tengok dah AF...suram saja rasa....bersentuh bahu pun mungkin tak kenal juara AF ni...tak macam juara2 AF yang lalu...apa2 pun tahniah

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017