-->

10 Nov 2013

Senarai Lengkap 16 Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum,
Jumaat lalu telah berlangsungnya Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2013 dan menyaksikan 3 kumpulan telah terpilih untuk bertanding dengan 13 peserta lain di MLM2013 dan menjadikan 16 peserta kesemuanya. MLM 2013 akan berlangsung pada 15 November ini. Tahniah pada kumpulan MaMu, Zero dan Gerak kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan utama dan bersama dengan pelawak popular yang lain. Amir dan Bell menerusi kump Shake membuat kejutan kerana berjaya membuat penonton ketawa dengan sketsa diorang namun rezeki takde kerana diorang tidak terpilih. Rasanya kump Zero paling kelakar semalam diikuti MaMu dan kump2 lain. 

Apapun jom tengok senarai penuh 16 peserta yg akan menyertai MLM2013 ini.

1) Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim)
2) Nabil (peserta solo)
3) JamBu (Yus & Tauke)
4) BoBoi (Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik)
5) SaywHo (ada pertukaran ahli baru)
6) ShiRo (Ajak & Shahrol)
7) WaLa (Juara Raja Lawak Musim 7)
8) BoCey (Achey & Bochik- Juara n Naib Juara Bintang Mencari Bintang TV3)
9) KuCai (Arin, Munir & Mamat Sepah)
10)SYJ (Syuk Balas, Yassin & Jihan)
11)OsaMa (Os & Isma Alif)
12)CoMey (Suhaimi, Ropie & ?)
13)TuLang (Along Raja Lwk, Didie Alias & Soya)
14)MaMu (Abu & Ajo)
15)ZeRo (Naib Juara Raja Lawak 6)
16)GeRak (Pak Cu, Anu (XN3) & ?)

Boleh tahan gak peserta2 yg masuk ni, MLM ni, ikutkan kalau dah juara pun mmg boleh masuk lagi. Sebenarnya teringin juga nak tengok JOZAN bertanding bersama-sama Sepahtu mesti sengit habis tapi nampaknya JOZAN nak berehat tahun ni dan bagi peluang pada pelawak lain disamping diorang pun baru jer bergelar juara MLM2012 Januari lalu kan. Apapun Good Luck untuk semua peserta. Rasanya ramai yg meramalkan SepahTu ada peluang cerah untuk bergelar juara. Apapun kita tunggu dan lihat jer k hehe.

7 ulasan:

  1. tak sabar nak tengok kumpulan shuib hihihi

    BalasPadam
  2. amer n bell xdapat eh..hehehe

    mak rose pun xdapat..kekeke

    BalasPadam
  3. wahh syoknya ..excited betul nak tengok

    BalasPadam
  4. best la sbb ada sepah..ni kalo jozan masuk lg gempakkk ni,br ada persaingan sengit :)

    BalasPadam
  5. saya vote for jep sepahtu.. huhu.. nasib baik jozan takleh masuk sebab da menang last season... klu tak mesti serba salah nak pilih mana kan..

    BalasPadam
  6. suka line up baru sepaht. dah lama nak tgk rahim berganding dgn jepp. harap R2 dulu mmg x kemana

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017