-->

17 Nov 2013

Kumpulan Gerak Tersingkir Di Minggu Pertama Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
MLM2013 Baru saja melabuhkan tirainya di minggu pertama dan menyaksikan kumpulan Gerak (Pak Cu, Anu & Che Mat) tersingkir. Kumpulan Wala dan Kumpulan Tulang berada di bottom three minggu ini. Persembahan Kumpulan Tulang yang dianggotai oleh Didie Alias, Soya dan Along memang kurang best, nampak macam kurang persediaan dan tak kelakar. Kump Wala juga agak tak best minggu ini namun diharapkan  minggu depan diorang akan bagi yang terbaik lagi.
Selain itu persembahan kumpulan Zero juga agak kurang memuaskan berbanding di Hot Seat dulu. Cuma suka tengok diorang nyanyi lagu Anuar Zain tu hahaha. Kumpulan Kucai plak pon kurang best sikit tapi kadang2 ada punchline yg menarik. Saywho pun kurengg malam ni, cuma suka tengok gimik diorang yang buku keluar api tu. Lawak kump Comey boleh layann juga cuma heran tinggal Ropie dan Suhaimi jer lagi sorang tu mana gi? Gandingan kump SYJ iaitu Shuk Balas, Yassin & Jihan nampak menarik, cuma sketsa diorang byk kena cut, ni mesti ayat2 diorang agak kureengg sesuai kot. Lwk jugak cuma Tak berkenan tengok diorang buat watak perempuan mengandung yg nak bersalin tu.
Persembahan kumpulan Osama (Os & Isma Aliff) pula okey n lawak gak, tapi credit mmg byk utk Os lah kalau Os xde kat situ memang hancurr gak kot, tapi Os pandai seimbangkan lawak n percakapan diorang. Diorang juga banyak menggunakan nama dan gaya Zizan untuk membuatkn org ketawa. BoBoi pulaa bagi aku agak menarik gak sebab diorang membahan artis hihi macam Awie, Ashraff Muslim, Salleh Yaakob, Tauke dan specially Nabil hehe. Persembahan kump Bocey agak kreatif n lawak juga dengan sketsa diorang pasal panggung wayang kos rendah. Kump MaMu menjadi peserta pertama yg membuat persembahan, masa kat Hot Seat pun macam tu gak. Tapi Mamu memang best juga, banyak punchline yg best2 dan menarik.
Kump SepahTu menjadi kump terakhir buat persembahan, dan aku rase best persembahan diorang especially masa part diorang tahan ketawa sebab kalau ketawa nanti kena sepit hohoho. Last2 Jep yg kena sepit walaupun die x brp rela tapi die buat juga. Konform sakit tu haha. Tapi best tengok diorang sebab macam byk spontan jer. Rahim kurang bercakap sikit masa ni. Manakala Nabil pula berjaya menyampaikan lawaknya dengan baik yang berkisarkan pasal burger. Kump Shiro juga best, banyak punchline diorang n sketsa diorang tentang askar yang tengah berperang. Kump Jambu juga cemerlang, santai jer diorang siap duduk gitu pastu bersembang-sembang memang kelakar bila diorang start kira2 nilai duit Malaysia dengan luar negara.
Klik kat bawah ni kalau nak tengok Senarai Peserta yang bertanding dlm MLM2013 ni.

Gambar2 diatas credit to Facebook Maharajalawak.

6 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017