-->

1 Nov 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu 9 (Separuh Akhir)

Assalammualaikum..
Akhirnya berlalu sudah minggu Separuh Akhir yang menyaksikan Team Ketam Konfius tewas dan sekaligus menyebabkan Along tersingkir di Minggu Ke-9 nih. Final Super Spontan akan diadakan di Sungai Petani, Kedah dan akan mempunyai 6 finalis yang bakal berentap secara individu untuk merebut gelaran Juara Super Spontan 2013. Ramai yang mengharapkan Zizan datang ke Final nanti, tapi disebabkan final dibuat di Kedah, maka nampaknya macam xde jer Zizan??. Jadi macam susahlaa nak tengok Sweet Moment Jozan kan. Apapun jom tengok Game apa yang diorang main di minggu ke-9 nih.
Di awal rancangan, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik yang menjadi hos sekejap. Berlaku sesi penerangan mengenai kad merah dan pengurangan hukuman terhadap Jep dan Rashid Salleh. Kemudian menyusul pula sesi Minta Maaf antara Jepp, Rashid Salleh dengan Ray & Hanif. Dikatakan Jep dan Rashid telah membuat rayuan kepada Afdlin agar mengurangkan hukuman Kad Merah yang mereka dapat. Jep kelihatan macam budak baik masa ni hehehe innocent jer. Bila hukuman die diringankan terus jd nakal balik hahaha. Untuk minggu ke-9 ni Pengurus Pasukan pun kena main sekali dalam mana2 game. Manakala Jep hanya dikenakan hukuman tidak boleh bermain dalam 1 game sahaja.
Game pertama yang diorang main adalah game Sketsa Soal Menyoal. Johan sapu habis game ni hehe. Johan nampak suka dan selesa main game ni tambahan lagi die sering bermain game ni di Spontan Era. Along, Yus dan Nabil trpaksa bergilir-gilir melawan Johan. Kelakar gak tengok diorang bergilir-gilir sampai 3-4 kali. Nampak Along juga bersungguh-sungguh main game ni. Manakala Johan pula sangat hyperaktif dan berjaya menjadi satu2 nya peserta yang bertahan di atas pentas sehingga game tu tamat. 
Kemudian diorang main game Duduk Bongkok dan Berdiri. Team Ketam Konfius yang diwakili Nabil, Yus dan Along start dulu. Diorang dapat watak orang gila, tu yang asyik gelak jer hahaha. Manakala Semut Sentap diwakili oleh Tauke, Rahim dan Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh. Cara diorang duduk, bongkok dan berdiri agak tersusun tapi lakonan Rashid tu nampak cam over sikit, yang lain2 semua okey.
Seterusnya diorang main game Pilihan Lain. Game ni pernah dimainkan dalam Final Super Spontan 2012 nyer. Cuma kali ni game ni diubahsuai sikit, yang mana game ni boleh dimainkan oleh 3 orang berbanding 2 orang sebelum ni. Aku suka tengok diorang main game ni, best jer. Untuk game ini, team Semut Sentap yang diwakili Johan, Rahim dan Jep start dulu. Masa ni Ray dah tersalah baca situasi yang mana Ray tersebut menyakinkan jadi menyanyikan plak, terus Johan dan Rahim buat2 tak nak main dah hehe, pastu Jep buat baik dengan Ray siap pegang2 muka Ray semua hehe kelakar. 
Memang seronok tengok diorang tukar2 ayat tu lawak betul, Jep agak menyerlah dalam game ni, Johan pun best. Seterusnya tibalah giliran team Ketam Konfius yang diwakili oleh Yus, Nabil dan Along. Diorang pun main best, Nabil nampak paling menyerlah. Seronok bila tengok diorang tukar2 ayat n kadang kala sampai tak tau nak guna ayat apa lagi. Along dan Yus nampak nak tergelak tengok Nabil tukar2 ayat tu hehe.
Kemudian diorang main game Emosi Tidak Stabil. Team Ketam Konfius yang diwakili oleh Pengurus Pasukan Razif, Along dan Yus start dulu. Diorang dapat 2 benda dan setiap benda tu mempunyai emosi iaitu emosi malu dan simpati. Suka tengok Yus jadi lembut dan baik hehehe. Razif pun bermain dengan baik dalam game ini. Kelakar tengok die jadi malu hihihi. Pastu tibalah giliran team 
Semut Sentap yang diwakili oleh Johan, Jep dan Tauke. Diorang dapat emosi Gembira dan Pasrah. Comel tengok Johan jadi gembira tu hehehe, paling best bila Johan dapat 2 barang sekaligus dan kena buat 2 emosi serentak, memang kelakar jadinyer. Sampai Jep pun tak tahan nak gelak tengok aksi Johan. Tauke pun sama, Johan sempat menyanyi lagu Pasrah tu hehehe. Comel tengok diorang bertiga masa ni hehe.
Last game yang diorang main adalah game Lagu Spontan. Ray yang pilih 2 penonton bertuah yang kesemuanya perempuan. Semut Sentap dapat lagu slow ala2 balada gitu hehe. Penonton bertuah yang dipilih untuk team Ketam Konfius agak cantik juga sampai team Semut Sentap request nak nyanyi sekali lagi hahaha pastu diorang berebut-rebut nak gi salam dengan penonton bertuah tu hehehe. Setelah ditemubual barulah tahu yang penonton tu dah kahwin pun hehehe.
Team Ketam Konfius dapat lagu ala2 reggae sikit. Yus cipta perkataan baru dalam lagu ini iaitu Eeeook, Eeook Eeook hihi lawak bunyinyer. Akhirnya untuk minggu ke-9 Team Semut Sentap yang menang. Along tersingkir. Nabil, Yus, Rahim, Tauke, Jep dan Johan jadi Finalis untuk Super Spontan 2013.
Undian untuk finalis dibuka sepanjang minggu dan kedudukan undian terkini juga boleh diketahui yang mana Jep mendahului setakat ini diikuti Johan ditempat kedua. Undian di tempat ketiga dan keempat juga sengit.
Klik dibawah ini, kalau nak baca Review Super Spontan 2013 minggu2 terdahulu.

Semua gambar2 credit to Facebook Super Spontan.

4 ulasan:

  1. minggu separuh akhir ni deqla x tgk la..huhu.. hari ni yer akhir? jep atau johan kot jadi juara. haha.. tp deqla lagi suka jep.. ;)

    BalasPadam
  2. hehehe KA x sempat nk tgk !

    BalasPadam
  3. mlm ni akhirkan..tgh tgk ni..tggi betul undian jep...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017