19 Okt 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu ke-7

Assalammualaikum..
Sekejap jer dah minggu ke-7, Di minggu ketujuh ini menyaksikan Ajak Shiro tersingkir dan membuat team Semut Sentap tinggal 4 peserta begitu juga dengan team Ketam Konfius yang juga tinggal 4 peserta. Rasanya di minggu ke-8 ini saingan pasti lebih sengit untuk menang kerana ahli yang tinggal semuanya hebat-hebat belaka. Penyingkiran Ajak di minggu ketujuh juga agak mengejutkan kerana dia bermain agak baik. Tapi mungkin jugak kerana dalam Team Semut Sentap dia yang paling junior berbanding yang lain, jadi dia yang dipilih untuk disingkirkan, tapi tak tahulaa sebab ni pendapat aku jer. Aku rasa Final Super Spontan mesti ada 6 finalis sama macam musim lalu. Game2 yang diorang main untuk minggu ketujuh ini semuanya best2 dan kelakar.

Game pertama yang diorang main adalah game Duduk, Bongkok & Berdiri. Team Ketam Konfius start dulu dan diorang bermain agak best juga, sebab kelakar bila tengok masing2 nak buat aksi yang sama. Manakala team Semut Sentap pun best cuma diorang banyak cakap ala2 jepun sebab situasi diorang kena bersumo. Seterusnya diorang main game Sketsa Berabjad Terbalik. Game ni agak susah juga sebab diorang kena ingat turutan abjad secara terbalik dan buat sketsa. Game ni makan masa jugak nak main sebab para peserta lambat bab2 nak pikir apa turutan abjad terbalik yang seterusnya.

Kemudian diorang main game Emosi Tidak Stabil, Team Ketam Kofius iaitu Nabil, Yus dan Along start dulu, diorang diberi 2 benda dan setiap benda tersebut ada emosinya iaitu Teruja dan Terkesima. Rasanya diorang agak konfius nak buat emosi Terkesima tu macam mana hehehe.  Paling seronok bila salah sorang dari mereka tu pegang 2 benda tu sekaligus terus blank sekejap sebab kena buat 2 emosi sekaligus hehe.  Seterusnya giliran team Semut Sentap pula iaitu Rahim, Jepp dan Ajak. Emosi yang diorang kena buat apabila memegang 2 benda tersebut adalah Konfius dan Sentap. Rasanya ketiga-tiga mereka bermain dengan baik untuk game ni, kelakar tengok diorang buat aksi konfius dan sentap tu. Semut Sentap menyerlah dalam game ini. 

Game seterusnya yang diorang main adalah Game Muzik Video Karaoke. Team Semut Sentap yang diwakili oleh Johan dan Tauke start dulu manakala Nabil, Yus dari Team Ketam Konfius akan jadi Pengarah muzik video tu, diorang pun start kasi step kat Johan dan Tauke dan lepas tu terus keluar lagu Hindustan yang best giler hehe iaitu lagu Phil Bhil Dil Hai Hindustani petikan dari filem yang sama. Apalagi Johan dan Tauke start menari mengikut step yang diberi beserta rentak lagu tersebut.  Siap ada adegan Johan peluk Tauke lagi hehe. Masa adegan ni terbayang Zizan kat tempat Tauke mesti comel giler, tapi Tauke mmg terror main game ni, sentiasa cemerlang gitu hehe.
Kemudian tibalah giliran team Ketam Konfius yang akan diwakili oleh Suhaimi dan Along.  Manakala pengarahnya adalah Jepp dan Ajak. Jepp dan Ajak bagi step yang agak sukar untuk Suhaimi dan Along, masa Jepp tengah bagi step tu memang kelakar. Dia sempat bagi stepp yang melibatkan Haniff dan Ray gak haha. Namun Suhaimi n Along Berjaya buat step yang diberikan dengan baik dengan diiringi lagu English. Bersungguh-sungguh diorang menari. Bila habis jer lagu, Suhaimi dan Along jadi letih sgt dan terduduk kat situ. Terus kawan2 diorang bantu mereka untuk bangun.
Last sekali diorang main game Demonstrasi. Team K.Konfius start dulu,  yang mana Suhaimi jadi muka, Yus jadi tangan dan Nabil jadi hos. Diorang bertiga bermain dengan baik juga. Cuma tangan Yus tu x berapa sampai nak amik benda2 tu sume. Kalau tak mesti lagi best. Manakala Team Semut Sentap pula, Jepp yang akan jadi Muka dan Tauke akan jadi Tangan manakala Rahim akan jadi hos. Untuk game ni Jepp x sempat nak kena krim sebab masa dah cukup kalau tak mesti lagi epiknyer Cuma yang kelakarnya Jepp sempat bagitau kat semua orang apa yang Tauke buat kat dia, terus semua penonton ketawa tengok telatah diorang nih.
Kedua-dua team bermain dengan baik, Cuma kemenangan lebih berpihak pada team Ketam Konfius untuk Minggu Ke-7 ini.

Ganbar2 diatas credit to Facebook Super Spontan..
P/s-Sorry tulisan kat atas terkecik sikit disebabkan masalah teknikal..






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 ulasan:

are_lin@yu berkata...

episod ni pn best jgk kn..

Shark Kay berkata...

rasanya dh boleh agak saper kuar mlm nie..
maybe along charm ataupun suhaimi.
hehe..

Azza Afdzal berkata...

tak pernah tgk pun rancangan ney sebab xda astro warna la...

Busyra Bt Takiyudin berkata...

busyra minat spur spontan. bst2.

deno berkata...

deno tengok jugak super spontan ni^^

Cik Nur™ berkata...

tgk kejap2 je smlm...

Deqla Manjew berkata...

dah minggu ke 8 pun kan.. semut sentap pulak yg menjuarai.. mcm gilir2 plak kan...huhu..

Related Posts with Thumbnails