11 Okt 2013

Who Are You- Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review tentang drama korea yang bertajuk Who Are You yang dibintangi oleh Taecyeon (2 PM), So Yi Hyun, dan Kim Jae Wook. Drama ni ada 16 episod dan baru saja habis ditayangkan di Korea pada bulan lalu (September). Drama ni bergenre Mystery, Horror, Romance & Action. Keseluruhannya drama ni berkisarkan tentang Polis, Pengkhianatan, Hantu/roh yang mana heroin cite ni yang memegang watak sebagai Yang Si Ohn, seorang Pegawai Polis yang mampu melihat Roh/ hantu setelah dia bangun dari koma. Yang Si Ohn koma selama 6 tahun setelah satu insiden yang meragut nyawa kekasihnya yang juga seorang Pegawai Polis iaitu Lee Hyung Joon. Setelah bangun dari koma Yang Si Ohn menjadi hilang ingatan dan mampu melihat roh. Walaubagaimanapun Yang Si Ohn mula bertugas sebagai polis seperti biasa.

Setelah mula memulakan tugas, dia bertemu dengan Cha Gun Woo yang menjadi orang bawahannya. Pada awalnya mereka sukar bekerjasama dan Yang Si Ohn mula menyelesaikan kes2 misteri dengan bantuan roh2 yang datang padanya. Lama kelamaan Cha Gun Woo mula percaya dan jatuh cinta pada Yang Si Ohn. Dalam masa yang sama, Roh Lee Hyung Joon yang merupakan kekasih Yang Si Ohn datang menemui Y.S.Ohn. Bermulalah cinta tiga segi sikit kat sini hehe..Yang Si Ohn cuba menyelesaikan misteri kematian kekasihnya itu dan kejutan demi kejutan mula berlaku apabila mereka mengetahui siapa dalang disebalik pembunuhan Lee Hyung Joon. Akhirnya Yang Si Ohn dapat tahu yang kekasihnya itu juga belum mati tapi sedang terlantar koma. Nak tau lebih lanjut kena laa tengok cite ni heehe.
Bagi aku hantu2 dalam cite ni tak menakutkan pun, biase2 jer..Rata2 yang menonton drama ni lebih suka hero kedua cite ni iaitu Kim Jae Wook yang memegang watak sbg Lee Hyung Joon. Ramai yang suka kalau watak die jadi happy ending dan berkahwin dengan Y.S.Ohn Tapi sebaliknya jadi agak tragis. Lakonan hero drama ni iaitu Taecyeon juga boleh dipuji. Cuma gandingan die dgn heroin cite ni macam kurang sesuai jer, Diorang macam x sesuai bercintan-cintun ni sebab nampak cam adik dengan kakak jer hehe sebab tu ramai yang rasa hero kedua lebih best. Dalam drama ni diorang ada guna teknik Imbas Kembali yang menunjukkan percintaan yang sweet antara Yang Si Ohn dengan Lee Hyung Joon. Sweet gak tengok diorang ni.

Watak So Yi Hyun dalam drama ni agak serius dan sering ketakutan sebab selalu nampak hantu, jadi macam kurang sesuai dengan die. Rasanya die lagi sesuai pegang watak yang ceria2 or macam watak die dalam drama Cheongdamdong Alice tu.
Apapun bagi yang suka drama2 bercorak misteri, Aksi dan Seram2 ni boleh laa tengok drama ni. Sebab not bad gak laa, boleh hilangkan boring semua..
Aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk drama ni..Aku lebih suka lakonan So Yi Hyun dalam drama Cheongdamdong Alice lagi berbanding drama ni.

* Klik-> SiNi.. kalau nak baca Review Drama2 Korea yang lain ^_^

P/s-Heroin cite ni pernah jadi guest dalam Running Man di episod 148 kot, manakala Heronyer Taecyeon pun ada beberapa kali jadi guest dalam RM iaitu di episod 40, 150, dll.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 ulasan:

Adam Azra berkata...

nak try tengok lah.

TelingaBulat berkata...

bestnye blog awk..awk blh suggest kt TB x cite korea ape yg best n comel..nk tgk laa ;)

Kisah Si Dairy berkata...

wow...handsome hero dia...jalan cerita macam best..

dya bunga berkata...

kwn dya rjin tgk citer korea

Cik Nur™ berkata...

kenal Taecyeon dari running man la...heheheh

episod 148..belum sampai lagi..hehehe

Asmar Arafad berkata...

Hai dear thanks sebab dtg komen..

lelamaisara berkata...

suke tgok hero n heroin die..cute...

Related Posts with Thumbnails