-->

4 Okt 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-5

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah 5 minggu Super Spontan 2013 bersiaran, malam ini masuk minggu ke-6 dah. Di Minggu ke-5, Munir telah tersingkir kerana Ketam Konfius telah kalah diminggu ke-4. Manakala di hujung rancangan Super Spontan 2013 minggu kelima, Semut Sentap yang kalah, jadi siapakah yang akan tersingkir??sebab di kumpulan Semut Sentap semuanya hebat2 belaka, tapi ramai yg mengagak yang Noorkhiriah akan tersingkir, apa pun jawapannya di minggu ke-6 nanti. Aisyah AF2013 turut berada dalam Super Spontan untuk mempromosikan AF2013 dan sempat bermain Sketsa Soal-Menyoal dengan Amir.

Game pertama yang diorang main adalah Beku. Suhaimi dan Tauke menjadi wakil team masing2 untuk memulakan permainan ini. Diorang bermain dengan agak baik gak untuk game ini tapi yang kelakarnya bukan main lama lagi diorang atas pentas, takde sape yg nak sebut perkataan beku lalu menggantikan salah sorang daripada mereka. Sampai Tauke pun cakap korang ni kenapa hahaha. Kemudian Ray pun cakap kenapa xde yang sebut beku ni? pastu Ajak Shiro pun masuk mgantikan Suhaimi dan memulakan sketsa baru. Tak lama pastu, Jepp lak masuk menggantikan Tauke dan keadaan mula jadi gamat bila Jepp memparodikan isu isteri Mat Yo dengan Pak Guard yang kini hangat diperkatakan. 
Walaubagaimanapun Jepp dikenakan Kad Kuning disebabkn membangkitkan isu itu, namun jepp terus menyambung sketsa tersebut dengan jayanyer dan mengundang tawa penonton.
Kemudian Johan pula masuk menggantikan Ajak dan turut join meparodikan isu itu diikuti Nabil hehehe, Kemudian Norkhiriah pula masuk namun die tidak menyambung sketsa tersebut tapi membuat sketsa baru dan still kelakar, bila die menjadikan jepp seperti public fon hehe. Game kedua yang mereka main adalah Sketsa 2 Ayat, kedua-dua team bermain dengan cemerlang game ini yang mana Team Ketam Konfius diwakili Shuib, Along dan Yus manakala Team Semut Sentap pula diwakili oleh Johan, Rahim dan Jepp. Teringat ayat Jepp masa ni "Aku nak cucuk duit" hehehe.

Seterusnya diorang main game Ciptaan, yang mana dalam game ni kedua2 team akan beraksi sama2 di atas pentas secara bergilir-gilir, dalam game ni pun kedua-dua team bermain dgn baik, kreatif betul diorang ni boleh fikir macam2 nak buat dengan benda yang diberikan kepada mereka tu. Pastu diorang main Game Pemandu Pelancong, namun dalam game ini team Ketam Konfius lebih menyerlah apabila Suhaimi berjaya meneka dengan tepat lokasi yang dibayangkan tu iaitu di kandang kambing. Manakala team Semut Sentap agak kurang menyengat bila Norkhiriah gagal meneka lokasi yg dibygkan tu iaitu di Pyramid Mesir. Walaubagaimanapun para peserta lain dah cuba terbaik memberikan hint2 namun ada gak Hint2 yang merapu dan tak berkaitan.

Game terakhir yang diorang main adalah Direktor Tak Siuman, yang mana Team Semut Sentap kena melakonkan scene dalam filem Iron Man, manakala team Ketam Konfius pula dapat filem Transformers dan Direktornya adalah Rahim dari Semut Sentap. Team Semut Sentap berjaya melakonkan scene Iron Man dgn baik diorang siap speaking in english gitu, lawak tul. Manakala team Ketam Konfius juga agak berjaya, walaupun diorang kena berlakon jadi robot dalam Transformers tu. Genre2 yang diberikan untuk mereka juga agak susah kadang2 nampak diorang macam pening gak nak melakonkannya. Yus masa ni mmg agak kelakar, die x join Along dan Nabil jadi robot sebaliknya jadi ekstra kat belakang hahaha. Aksi2 Yus yang tidak diduga tu berjaya membuatkan penonton ketawa. Agak2 nya siapa yang akan menang di minggu ke-6 ni pula yer?.

4 ulasan:

  1. hebat jep..hehehehe..

    BalasPadam
  2. smlm syuib tersingkir...
    harap ada pyerapan kembali..kekeke

    BalasPadam
  3. sedeh.. shuib tersingkir.. pas ni x dpt tgk dah jep nyakat shuib.. huhuhu....

    BalasPadam
  4. ske tgk jep tu.. pandai cari bahan untuk buat kite ketawa terbahak bahak.. huhuu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017