-->

31 Jan 2018

Sinopsis Telemovie Teksi Love

Teksi Love, Telemovie, Telefilem, Sinopsis Teksi Love, Sweet, Cinta, Pelakon Telemovie Teksi Love, Mira Filzah, Fendy Bakry, Mak Wan, Julia Farhana Marin,
Sinopsis Telemovie Teksi Love Lakonan Mira Filzah & Fendy Bakry

Telefilem Teksi Love telah pun disiarkan disiarkan di Astro Citra & Mustika HD pada 27 Januari 2017 yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Teksi Love ini adalah Mira Filzah, Fendy Bakry, Julia Farhana Marin, Mak Wan, Zul Helmy, Nazamanas, Azwan Soadi, Naim Shamsol, Zaki Azeman, Afiq Syahmi, Ilman Saldi, Razman Mahayuddin, Fauzi Tah, Meyra Wirman dan ramai lagi. Telemovie Teksi Love ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Best juga telemovie ini, jalan ceritanya sweet juga, ini juga adalah kali pertama Fendy Bakry melakonkan watak hero utama. Sebelum ini aku pernah menonton lakonannya dalam Telemovie Kuntom dan juga dalam drama Kerna Syurga Bukan Percuma. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Teksi Love ini di bawah ye. Selamat membaca okey..

Sinopsis Telemovie Teksi Love

Nada merupakan seorang pemandu teksi wanita, dia perlu membawa seorang pelanggan yang bernama Khairy ke satu tempat. Khairy yang sentiasa menyuruhnya memandu dengan laju dan cepat membuatkan Nada rimas dan stress, bukan itu saja, Khairy turut mengutuk teksi yang dibawa Nada itu buruk. Nada makin benggang dengan Khairy apabila mengetahui Khairy menipunya, Khairy sebenarnya tergesa - gesa ingin bertemu dan memujuk teman wanitanya. Disebabkan mereka sering bergaduh dalam perjalanan, akhirnya Nada menghalau Khairy keluar dari teksinya. Selepas keluar dari teksi Nada, malang menimpa Khairy, apabila dia dirompak oleh 2 perompak. Nada yang berasa tidak sedap hati kembali semula ke tempat yang dia tinggalkan Khairy itu lalu menolong Khairy dan 2 perompak berkenaan melarikan diri dengan motosikal. Nada dan Khairy kemudiannya pergi ke balai polis untuk membuat laporan dan disebabkan kasihan Nada turut menghantar Khairy ke tempat yang sepatutnya. Dalam perjalanan ke tempat tersebut, Khairy berasa terhutang budi pada Nada, malah mereka berdua juga dah berbaik.
Teksi Love, Telemovie, Telefilem, Sinopsis Teksi Love, Sweet, Cinta, Pelakon Telemovie Teksi Love, Mira Filzah, Fendy Bakry, Mak Wan, Julia Farhana Marin,
Ketika Khairy sampai ke tempat teman wanita itu, semuanya dah terlambat, teman wanitanya sangat marah kerana Khairy lambat datang lalu memutuskan hubungan mereka. Khairy berasa sangat sedih dan kecewa, lalu berjalan - jalan seorang diri di sekitar kawasan tersebut lalu terserempak sekali lagi dengan Nada yang memanggilnya. Mereka berdua kemudian menghabiskan masa bersama dengan berborak dan meluahkan masalah masing - masing. Khairy meluahkan rasa kecewanya pada teman wanitanya itu dekat Nada, manakala Nada meluahkan masalahnya tentang dia yang ingin menjual teksinya itu bagi membiayai pelajaran adiknya di universiti nanti. Khairy kemudian berasa kagum dengan ketabahan Nada lalu memutuskan untuk menolong Nada untuk membiayai pelajaran adiknya itu. Malah Khairy juga menyuruh Nada supaya tidak menjual teksi kesayangan Nada itu. Akhirnya Nada membawa Khairy ke rumahnya untuk bertemu dengan neneknya dan juga adik lelakinya. Khairy kemudian meluangkan masanya untuk bersama dengan Nada dan keluarganya.

Nada dan Khairy kemudiannya saling jatuh cinta antara satu sama lain, Nada kemudiannya menghantar Khairy pulang ke rumahnya. Namun tanpa disangka, teman wanita Khairy tiba - tiba muncul di situ dan membuatkan Khairy terkejut, manakala Nada pula kelihatan agak sedih lalu pergi dari situ. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, apa tindakan Khairy dan siapakah yang akan di pilih oleh Khairy nanti?.

Jom Baca ini juga ➔ 5 Kenangan Pahit Bergelar Student!
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

30 Jan 2018

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com, Giveaway Blogger, Hadiah, Wang Tunai, Peserta, Pemenang,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 14 Februari 2018
Nak Join boleh klik Banner di atas ye..
Azam Baru untuk Tahun 2018 ini adalah untuk lebih rajin dan lebih serius untuk menjana pendapatan menerusi blog ini, sebelum ini saya banyak main - main. So tahun ini saya nak lebih serius dan juga berjaya dari sebelumnya dalam menjana pendapatan menerusi blog. Apa pun kena usaha dan rajin kan. 

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

29 Jan 2018

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah, Bloglist, Segmen Blogger,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 15 Februari 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..
Syarat penyertaan pun simple saja, jadi haruslah join kan..

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

27 Jan 2018

Download Ebook Rahsia Sedekah Secara Percuma

Download Ebook Percuma Rahsia Sedekah, Electronic Book, Free, Rahsia Sedekah - Membina Kekayaan Dengan Bersedekah, Ilmu, Ilmu Agama, Kebaikan, Agama Islam, Islamik, Tazkirah, Keagamaan, Isi Kandungan Ebook Rahsia Sedekah,
Download Ebook Percuma (Rahsia Sedekah - Membina Kekayaan Dengan Bersedekah)

Ebook (Electronic Book) Rahsia Sedekah yang sebelum ini dijual dengan harga RM20, kini telah diberikan secara percuma saja buat semua orang. Korang hanya perlu download saja Ebook ini kerana ianya berformat pdf, maknanya bolehlah kita semua dapat ilmu baru gitu dengan membaca ebook Rahsia Sedekah ini dan turut mendapat pahala dengan menyebarkan kebaikan serta ilmu - ilmu yang baik yang ada dalam ebook ini. Aku kongsikan juga isi kandungan ebook Rahsia Sedekah ini di bawah:-

Isi Kandungan Ebook Rahsia Sedekah
  • Pengertian Bersedekah
  • Sedekah Wajib dan Sunat
  • Luasnya Makna Bersedekah
  • Bersedekah Adalah Dinding Dari Api Neraka
  • Tujuh Golongan Manusia yang Dinaungi di Akhirat
  • Istimewanya Orang Bersedekah
  • Azab Bagi Peminta Sedekah
  • Hamba Allah yang Paling Baik
  • Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan
  • Sedekah Tidak Mengurangi Harta
  • Pahala Orang Bersedekah Sampai Bila-Bila
  • Sedekah Yang Tidak Diterima
  • Satu Pintu di Syurga Bagi Orang Bersedekah
  • Sedekah Yang Paling Afdhal
  • Allah Menyusutkan Harta Riba’ dan Memberkati Sedekah
  • Setiap Sedekah Akan Diganti
  • Sedekah Menghubungkan Silaturrahim
  • Balasan Bagi Orang Munafik yang Mencela Orang Besedekah
  • Bersedekahlah, Walaupun Dengan Sebiji Kurma
  • Sedekah Orang Melayu Terkaya di Malaysia
  • Jangan Takut Miskin
  • Sedekah Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat
  • Kisah Orang Berhenti Mencuri Kerana Sedekah
  • Sedekah Dapat Menghapuskan Kesalahan
  • Sedekah Menyucikan Hati
  • Sedekah Digandakan 700 kali ganda
  • Bersedekah Menolak Bala
  • Amalan yang Melebihi Pahala Bersedekah
  • Ubat Penyakit Dengan Bersedekah
  • Kehebatan Sedekah di Bulan Ramadhan
  • Balasan Bagi Orang yang Kedekut/Kikir
  • Orang Kaya Yang Banyak Berderma
Menarikkan isi kandungan ebook ini, jadi kalau korang berminat nak membacanya, bolehlah mendownloadnya dengan Klik Link di bawah ye, moga kita semua dapat manfaatnya, amin.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

26 Jan 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM, Giveaway, Blogger, Hadiah, Peserta, Pemenang, Keychain, Fridge Magnet,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Januari 2018
Kalau nak join boleh Klik Banner di atas ye..
Hadiahnya menarik tau, rugi kalau tak join ni..
hope ada rezeki untuk menang hehehe.
Good Luck semua..

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

www.sishawa.com, HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM, Giveaway, Blogger,

Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!

Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   

SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)


6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG bersertaEMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.

CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

25 Jan 2018

Memoir Of A Murderer - Korean Movie Review

Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss,
Review Filem Korea - Memoir Of A Murderer

Seperti biasa hari ini nak buat Review Korean Movie pula yang bertajuk Memoir Of A Murderer atau A Murderer's Guide To Memorization. Antara Pelakon Filem Memoir Of A Murderer ini adalah Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung dan ramai lagi. Filem Korea Memoir Of A Murderer ini adalah berdasarkan daripada Novel karya Kim Young Ha dan diarahkan oleh Won Shin Yeon. Korean Movie ini release pada 6 September 2017 dan bergenre Jenayah / Thriller/ Serial Killer/Memory loss. Sebab utama aku tengok movie ini adalah kerana Kim Nam Gil, lepas menonton Drama Live Up To Your Name lakonan Kim Nam Gil itu terus buat aku nak tengok filem dan dramanya yang seterusnya. Lebih menarik lagi apabila Kim Nam Gil membawakan watak jahat dalam movie ini iaitu sebagai pembunuh bersiri, berbeza dengan wataknya dalam dramanya yang terdahulu yang sangat kelakar dan adorable. Macam susah pula nak benci watak jahatnya dalam filem ini, sebab masih terbayang lagi wataknya yang kelakar dalam dramanya sebelum ini. Apa pun lakonannya dalam filem ini sebagai watak Min Tae Joo memang terbaik, aku juga suka dengan gaya rambutnya dalam filem ini sebab menampakkan dia lebih muda gitu.
Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss, 2017,
Dari review - review lain yang aku baca, ramai juga yang memuji lakonan heroin filem ini iaitu Kim Seol Hyun. Masa tengok filem ini, tak sangka pula yang watak Eun Hee itu dilakonkan oleh Seol Hyun. Mungkin kerana makeup untuk wataknya agak natural dan tak terlalu terang membuatkan aku tidak begitu cam wajahnya. Lagi pun Seol Hyun memang terkenal dengan kecantikannya dan dia juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Kpop terkenal iaitu AOA. Aku suka dengan jalan cerita filem ini yang berkisarkan tentang Pembunuh Bersiri yang menghidap penyakit Alzheimer cuba untuk melindungi anak perempuannya yang telah menjadi target kepada pembunuh bersiri yang lain. Dia sedaya upaya cuba untuk mengekalkan memorinya sampailah dia berjaya membunuh pembunuh bersiri berkenaan sekaligus menyelamatkan anak perempuannya itu. Namun penyakit Alzheimernya itu membuatkan ingatannya sekejap okey sekejap tidak dan hal ini sangat membimbangkannya. Agak unik juga apabila Kim Byeong Soo boleh tahu Min Tae Joo itu adalah pembunuh bersiri dengan sekali pandang saja, begitu juga sebaliknya. Kiranya macam hanya pembunuh bersiri yang boleh mengecam pembunuh bersiri yang lain.
Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss, 2017,
Walaupun Min Tae Joo (lakonan Kim Nam Gil) ini adalah pembunuh bersiri, tapi pekerjaannya adalah Polis. Jadi agak sukarlah untuk Kim Byeong Soo untuk membunuhnya. Plus agak annoying juga tengok Min Tae Joo yang gembira dan seronok melihat Kim Byeong Soo yang sekejap mengecamnya dan sekejap lagi hilang ingatan. Dengan bantuan anaknya yang memberikan Kim Byeong Soo itu satu walkman beserta kaset kosong telah membolehkannya merakam percakapannya tentang benda - benda yang perlu diingatinya, sekaligus memudahkan sedikit Kim Byeong Soo untuk mengingati memorinya yang hilang sekaligus menjejaki semula Min Tae Joo. Apa pun yang tak leh blah sekali bila ingatan atau memori Kim Byeong Soo ini hilang di saat - saat genting dan ketika berada di situasi bahaya. Contohnya memorinya hilang secara tiba - tiba ketika dia cuba nak menyelamatkan anaknya yang dah diculik oleh Min Tae Joo itu, so dari nak selamatkan anaknya itu dia boleh tiba - tiba blur dan sebaliknya yang berlaku. Tapi kat sini nampaklah yang Kim Byeong Soo benar - benar sayang pada anak perempuannya itu, walaupun Eun Hee itu sebenanrnya bukan anak kandungnya pun. 
Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss, 2017,
Ending Korean Movie Memoir Of Murderer ini memang suspenlah sebab ada pergaduhan dan pergelutan antara Min Tae Joo dan Kim Byeong Soo itu dan endingnya sudah boleh dijangka. Apa pun not bad juga movie ini, dan aku juga dapat tengok sisi lain Kim Nam Gil membawakan watak antagonist dalam movie ini. Secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Filem Korea Memoir Of A Murderer ini.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

Segmen Blogwalking by Miss Kepeng

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 5 Februari 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas yer..
Salam Perkenalan buat semua 
saya tag

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

24 Jan 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN

SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN, Blogger,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date segmen ini tak pasti pula, mungkin pada bila - bila masa saja kot hehe..
kalau korang nak join segmen ini, bolehlah klik Banner di atas ye..
Lepas ni bolehlah blogwalking dan tambah follower juga kan..

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

23 Jan 2018

Review Drama Korea - Borg Mom

Borg Mom, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Review By Miss Banu, Sinopsis Borg Mom, Borg Mom Review, Ending, 2017, Pelakon Drama Korea Borg Mom, Yang Dong Geun, Park Han Byul, Ivy, Choi Yeo Jin, Hwang Bo Ra, Jung Yi Rang, Jo Yeon Ho, Choi Jung Won, Kwon Hyun Bin, Robot, Cyborg, Komedi, Lawak, My Feeling, My Review, My Opinion, Poster Borg Mom,
Borg Mom - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Borg Mom, Drama ini release pada 15 September 2017 dan tamat disiarkan pada 1 Disember yang lalu. Antara Pelakon Drama Korea Borg Mom ini adalah Yang Dong Geun, Park Han Byul, Ivy, Choi Yeo Jin, Hwang Bo Ra, Jung Yi Rang, Jo Yeon Ho, Choi Jung Won, Kwon Hyun Bin dan ramai lagi. Korean Drama Borg Mom ini bergenre Komedi dan mempunyai 24 episod, iaitu setengah jam untuk setiap episod, jadi kalau gabung semua episod, kiranya drama ini mempunyai 12 episod saja. Borg Mom ini sebenarnya adalah Cyborg atau Robot yang berbentuk manusia yang dicipta oleh seorang genius yang bernama Choi Go Bong (lakonan Yang Dong Geun). Borg Mom atau Cyborg ini sengaja dicipta oleh Choi Go Bong untuk mempunyai wajah yang seiras dengan isterinya yang telah mati ketika melahirkan anak mereka. Cyborg tersebut diberi nama sebagai Borg Mom dan mempunyai tugas untuk melakukan kerja - kerja rumah seperti memasak, mengemas, mencuci dan menguruskan segala keperluan anak lelaki Choi Go Bong yang masih kecil yang bernama Choi Yool. Lebih menarik apabila Choi Yool benar - benar menganggap Borg Mom itu adalah ibu kandungnya serta sangat menyayangi Borg Mom itu. Paling menarik bila Choi Go Bong terjatuh hati dengan robot ciptaannya sendiri disebabkan wajah robot berkenaan yang seiras dengan isterinya.
Borg Mom, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Review By Miss Banu, Sinopsis Borg Mom, Borg Mom Review, Ending, 2017, Pelakon Drama Korea Borg Mom, Yang Dong Geun, Park Han Byul, Ivy, Choi Yeo Jin, Hwang Bo Ra, Jung Yi Rang, Jo Yeon Ho, Choi Jung Won, Kwon Hyun Bin, Robot, Cyborg, Komedi, Lawak, My Feeling, My Review, My Opinion,
Park Han Byul yang melakonkan watak Borg Mom itu memang kelihatan sangat cantik dalam drama ini, walaupun wataknya adalah robot hehehe. Tapi memang menjadi wataknya itu, sebab personaliti Borg Mom itu memang nampak unik dan pelik sikit, maklumlah robotlah katakan. Ini juga adalah kali ketiga aku menonton drama lakonan Yang Dong Geun ini selepas drama The Three Musketeers dan Missing Nine. Walaubagaimanapun ada juga scene yang tak berapa logik pada aku bila Borg Mom yang merupakan Cyborg ini boleh pula jatuh cinta juga dengan Choi Go Bong itu hahaha, robot dan manusia saling jatuh cinta gitu. Konflik dalam drama ini bermula apabila Borg Mom ingin menghantar Choi Yool ke tadika yang berprestij dan terbaik di tempat mereka itu, namun terpaksa berdepan dan melayan kerenah 4 orang wanita kaya yang mengawal tadika tersebut. 4 wanita kaya tersebut adalah Ti Na, Soo Ji, Gwi Nam dan ketua kumpulan tersebut iaitu Do Hye. Keempat - empat wanita kaya ini turut menghantar anak mereka ke tadika berkenaan dan mereka juga mempunyai personaliti yang kurang baik sebab suka berpura - pura dan berlagak. Siapa sangka Do Do Hye mempunyai dendam lama dengan Borg Mom ini dan dia benar - benar menyangka Borg Mom ini adalah rakan sekolahnya dulu yang paling dibencinya.
Borg Mom, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Review By Miss Banu, Sinopsis Borg Mom, Borg Mom Review, Ending, 2017, Pelakon Drama Korea Borg Mom, Yang Dong Geun, Park Han Byul, Ivy, Choi Yeo Jin, Hwang Bo Ra, Jung Yi Rang, Jo Yeon Ho, Choi Jung Won, Kwon Hyun Bin, Robot, Cyborg, Komedi, Lawak, My Feeling, My Review, My Opinion,
Do Hye merancang pelbagai muslihat untuk melihat hidup Borg Mom ini musnah sekaligus dapat membalas dendamnya itu. Manakala Choi Go Bong pula sentiasa risau jika identiti sebenar Borg Mom diketahui oleh orang lain. Selain itu pelakon Ko So Yeon dan Song Jae Rim turut membuat kemunculan khas dalam drama ini iaitu di hujung - hujung episod drama ini. Memang banyak scene - scene lawak dalam drama ini, malah pelakon kanak - kanak dalam drama ini juga sangat pandai berlakon, berbakat besar dan semulajadi betul lakonan diorang. Gelagat diorang meniru personaliti mak masing - masing tu memang lawak, plus Choi Yool yang masih kecil tu dah jadi rebutan kanak - kanak perempuan yang lain hahaha. Ada juga scene yang diorang buat parodi drama Goblin itu. Aku juga turut suka dengan watak cikgu tadika lelaki yang bernama Kwon Hyun Bin yang turut jatuh hati pada Borg Mom itu dan dia juga adalah orang yang terawal tahu mengenai identiti Borg Mom itu. Selain scene - scene lawak, ada juga scene - scene sedih dalam drama ini, apabila pihak atasan menyuruh Choi Go Bong memusnahkan robot Borg Mom itu. Aku terfikir juga bagaimanakah penerimaan Choi Yool itu nanti bila dia mengetahui yang Borg Mom itu bukanlah ibu kandungnya tapi sebaliknya hanyalah sebuah robot yang dicipta oleh bapanya?.
Borg Mom, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Review, Review Drama Korea, Review By Miss Banu, Sinopsis Borg Mom, Borg Mom Review, Ending, 2017, Pelakon Drama Korea Borg Mom, Yang Dong Geun, Park Han Byul, Ivy, Choi Yeo Jin, Hwang Bo Ra, Jung Yi Rang, Jo Yeon Ho, Choi Jung Won, Kwon Hyun Bin, Robot, Cyborg, Komedi, Lawak, My Feeling, My Review, My Opinion,
Selain itu aku juga turut suka scene yang melibatkan 4 orang wanita kaya itu sebab diorang semua mempunyai perangai yang kelakar. Malah perbalahan antara Boo Ti Na dan Do Hye juga menarik untuk ditonton apabila Ti Na sanggup menjual butiknya untuk membeli maklumat berguna mengenai Do Hye untuk digunakannya bagi memalukan Do Hye itu. Walaupun pada akhirnya dirinya dah tidak sekaya dulu tapi hatinya puas kerana dapat apa yang dia nak. Ending drama Korea Borg Mom ini memang sangat memuaskan hati dan happy ending gitu. Aku pasti semua yang menonton drama ini akan sangat berpuas hati dengan ending drama ini terutamanya ending untuk watak Do Do Hye itu. Kalau korang suka layan drama - drama komedi yang santai dan simple bolehlah menonton drama ini nanti, apa pun aku bagi 6.5 Bintang dari 10 bintang untuk Korean Drama Borg Mom ini.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

22 Jan 2018

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh. Blogger Giveaway, Buku,



Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 17 Februari 2018
Nak join boleh Klik Banner di atas ye,
Hadiahnya pun menarik juga sebab hadiahnya adalah buku gitu..
Good Luck untuk semua..
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

21 Jan 2018

Sinopsis Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat (Cerekarama TV3)

Jodoh Tak Salah Alamat, Telefilem, Telemovie, Cerekarama, TV3, Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat, Sinopsis Jodoh Tak Salah Alamat, Cinta, Kahwin, AJL32, Pelakon Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat,  Akim Ahmad, Raysha Rizrose, Sharifah Shahora, Adam Shah, Tunku Hanis, Ahli Kumpulan Akim & The Magistrate,
Sinopsis Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat - Cerekarama TV3

Telefilem Jodoh Tak Salah Alamat akan disiarkan pada 20 Januari 2018 di Slot Cerekarama TV3. Antara Pelakon Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat ini adalah Akim Ahmad, Raysha Rizrose, Sharifah Shahora, Adam Shah, Tunku Hanis, Ahli Kumpulan Akim & The Magistrate dan ramai lagi. Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat ini juga disiarkan khas sempena AJL32 yang bakal berlangsung pada bulan Februari nanti. Manakala pengarah telemovie ini adalah Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan merupakan terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd. Rasanya dah lama tak tengok Akim Ahmad ini berlakon kan, rasanya last dia berlakon adalah menerusi Drama Kampung Girl. Kalau tengok dari sinopsis telemovie ini memang nampak menarik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Luqman yang mengenali gadis seksi, Diana ketika terbabit dalam satu kemalangan. Luqman sentiasa berprasangka buruk terhadap Diana. Suatu hati, ketika ke masjid, Luqman bertemu Adawiyah tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya Diana yang sudah berubah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

20 Jan 2018

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Lafazkan Kalimah Cintamu, Drama Adaptasi Novel, Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Novelis, Siti Rosmizah Semail, Sinopsis, Astro Ria, Cinta, Konflik Keluarga, Lagu OST Kesilapanku Keegoanmu, Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Cinta, Ending, Poster Drama Lafazkan Kalimah Cintamu,
Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu (Astro)

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 15 Januari yang lalu, drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama My Coffee Prince yang telah tamat episodnya. Drama 32 episod ini merupakan adaptasi daripada Novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Novelis terkenal Siti Rosmizah Semail. Antara Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini adalah Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar dan ramai lagi. Selain itu, drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik drama ini, kesian dengan Tengku Aqilah yang di benci oleh ayahnya sendiri serta mempunyai kakak yang dengki dengan dirinya. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.
Lafazkan Kalimah Cintamu, Drama Adaptasi Novel, Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Novelis, Siti Rosmizah Semail, Sinopsis, Astro Ria, Cinta, Konflik Keluarga, Lagu OST Kesilapanku Keegoanmu, Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Cinta, Ending, Poster Drama Lafazkan Kalimah Cintamu,
Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah (lakonan Nelydia Senrose), seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham (lakonan Azri Iskandar) menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematian isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha (lakonan Nadiyah Shahab) yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Lafazkan Kalimah Cintamu, Drama Adaptasi Novel, Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Novelis, Siti Rosmizah Semail, Sinopsis, Astro Ria, Cinta, Konflik Keluarga, Lagu OST Kesilapanku Keegoanmu, Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Cinta, Ending,
Tengku Ryan Ameer (lakonan Farid Kamil), jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim (lakonan Azhar Sulaiman) sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Lagu Tema / OST Lafazkan Kalimah Cintamu
⏩ Kesilapanku Keegoanmu Nyanyian Dato Siti Nurhaliza 

Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

19 Jan 2018

Sinopsis Filem Busker

Busker, Filem Busker, Filem Tahun 2018, Filem Melayu, Malay Movie, Pemuzik Jalanan, Muzik, Sinopsis Busker, OST Busker, Poster Filem Busker, Sinopsis Busker, Pelakon - Pelakon Filem Busker, Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Cameo, MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimate,
Sinopsis Filem Busker Lakonan Hafeez Mikail & Daiyan Trisha

Filem Busker adalah filem pembuka tirai untuk tahun 2018 ini, ianya sudah ditayangkan di pawagam bermula 11 Januari 2018 yang lalu. Antara Pelakon - Pelakon Filem Busker ini adalah Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan dan ramai lagi. Manakala MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimate membuat kemunculan istimewa dalam filem ini. Filem Busker ini menampilkan barisan pelakon muda yang berbakat sesuai dengan genre filem ini iaitu remaja, romantik dan dihiasi dengan 21 lagu menarik yang terdiri daripada lagu baru dan juga lagu khas untuk filem ini. Selain itu, Filem Busker ini mempunyai keunikan tersendiri kerana fokus utamanya adalah kelompok busker yang jarang dipertontonkan di layar perak.

Filem Busker ini diarahkan oleh Syed Khairul Fariz dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Astro Shaw Sdn Bhd. Manakala Lagu Tema / OST Filem Busker ini bertajuk Atma Jiwa Nyanyian Simfoni Dalam Poket. Memang nampak menarik juga filem ini kan, Apa pun jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye.
Busker, Filem Busker, Filem Tahun 2018, Filem Melayu, Malay Movie, Pemuzik Jalanan, Muzik, Sinopsis Busker, OST Busker, Poster Filem Busker, Sinopsis Busker, Pelakon - Pelakon Filem Busker, Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Cameo, MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimate,
Sinopsis Filem Busker (2018)

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi.  Kisah pada mulanya berkisarkan tentang Adil dan Vera  yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama untuk tugasan akademik di kolej dan mula menjadi rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel. Vera mencadangkan untuk Adil menyertai pertandingan Busker supaya dapat memenangi hati Mel semula. Tetapi disebabkan mereka sering meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil. Manakala Adil pula berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Adil akan kembali kepada Mel, dan adakah cinta Vera bertepuk sebelah tangan?.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017