-->

5 Jan 2018

Sinopsis Drama Cinta Hati Batu (Lestary TV3)

Drama Cinta Hati Batu, Sinopsis Drama Cinta Hati Batu, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel One Day You'll Be Mine, Novelis Inawza Yusof, Pelakon Drama Cinta Hati Batu, Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Nadiyah Shahab, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Ain Edruce, Fana Azizan, Ikhlas Jalil, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Mili Supina, Mustaqim Bahadon, Indah Emeerlda, Poster Drama Cinta Hati Batu,
Sinopsis Drama Cinta Hati Batu Slot Lestary TV3

Drama Cinta Hati Batu sudah mula bersiaran di Slot Lestary TV3, bermula 28 Disember 2017 yang lalu dan disiarkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Drama Cinta Hati Batu ini juga merupakan adaptasi daripada Novel One Day You'll Be Mine karya Novelis Inawza Yusof. Antara Pelakon Drama Cinta Hati Batu ini adalah Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Nadiyah Shahab, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Ain Edruce, Fana Azizan, Ikhlas Jalil, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Mili Supina, Mustaqim Bahadon, Indah Emeerlda dan ramai lagi. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Kalau tengok dari sinopsis drama ini, ianya macam berkaitan dengan kisah kahwin paksa, apa pun memang nampak menarik juga drama ini. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca..
Drama Cinta Hati Batu, Sinopsis Drama Cinta Hati Batu, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel One Day You'll Be Mine, Novelis Inawza Yusof, Pelakon Drama Cinta Hati Batu, Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Nadiyah Shahab, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Ain Edruce, Fana Azizan, Ikhlas Jalil, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Mili Supina, Mustaqim Bahadon, Indah Emeerlda, Poster Drama Cinta Hati Batu,

Mengisahkan tentang Anith Fitriah (lakonan Aishah Azman) yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang diperolehinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan (lakonan Ashraf Muslim) merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal (lakonan Fadlan Hazim) yang terkorban dalam satu kemalangan. Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu yang mempunyai anak bernama Aya (lakonan Indah Emeerlda). Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. 
Drama Cinta Hati Batu, Sinopsis Drama Cinta Hati Batu, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Novel One Day You'll Be Mine, Novelis Inawza Yusof, Pelakon Drama Cinta Hati Batu, Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Nadiyah Shahab, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Ain Edruce, Fana Azizan, Ikhlas Jalil, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Mili Supina, Mustaqim Bahadon, Indah Emeerlda, Poster Drama Cinta Hati Batu,
Sungguhpun begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka. Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak diluar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?

Lagu Tema / OST Cinta Hati Batu
➔ Kata Akhirmu Nyanyian Ariff Bahran

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

6 ulasan:

  1. ada juga tertengok drama ni, tapi asyik lupa waktu tayangan je.

    BalasPadam
  2. macam best je. nk tgk.. tp kat rumah sewa xde tv.. huhuhu

    BalasPadam
  3. Tunggu jugak tahan mata tengok cerita ni, habis cerita terus masuk bilik tidur. Hehee

    BalasPadam
  4. macam best je, tapi tak minat pelakon, hahaha.

    BalasPadam
  5. Hee. Tak tengok sangat drama Melayu . Layan My Coffee Prince je sekarang.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017