14 Sep 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu 1 & 2

Assalammualaikum..
Sebelum ini ada yang tanya, kenapa aku x buat review Super Spontan 2013? okey sekarang ni aku buat hehehe. Tak sempat nak review minggu demi minggu so aku gabung sekali minggu pertama n minggu kedua yer. Masuk musim kedua, banyak yang ditukar antaranya adalah pengacaranya yg mana untuk musim ini pengacara 2 org sekaligus iaitu Haniff dan Ray. Rasanya Hos jadi dua orang adalah disebabkan mudah nak mengawal para peserta2 yang agak nakal dan gemar mengusik hos jadi utk musim ni hos ada dua, disamping untuk membuat kelainan baru gitu. Aku perasan minggu kedua Ray ada tersasul sikit nak sebut "bongkok" terus tersebut "bongok" hehehe Kesian Ray die sendiri pun terkejut bila tersasul gitu, dah laa live kan. Minggu ketiga rasanya konform die akan berhati-hati dlm menyebut prkataan. Apapun baru2 ni konform tersasul sana sini, lama2 okey laa. 
Dari Segi Pentas memang ala2 padang bola gitu n colourful cuma pentasnya lebih kecil dari musim lalu, Awalnya sesak gak mata tengok para peserta dgn mudahnya berkumpul depan pentas sebab pentas kecil kan. Tapi pentas kecil ini memudahkan para peserta brinteraksi dgn team lawan siap leh baling2 bola lagi. Peserta wanita ada dua orang iaitu Noorkhiriah & Almy Nadia. Aku tengok Noorkhiriah ni sgt sporting n spontan gak orangnyer, teringat minggu kedua die dan tauke dalam game Muzik Video Karaoke sgt slumber jer diorang ni n kelakar. Manakala Almy Nadia pula nampak macam lost jer. Setiap game yg dia main nampak die macam tak selesa, tak tau laa sebab takut ke darah gemuruh ke apa ke. Tapi mmg game yg die main jadi kurang best last2 die jadi peserta pertama yg team Ketam Konfius singkirkan tapi last2 diserap masuk ke Team Semut Sentap.
Almy Nadia ni kalau berlakon watak gila2 memang sangat menjadi tapi bila spontan ni die nampak tak selesa. Patutnya Almy Nadia kena diserap masuk dalam team K.K tapi bila die ke team S.S nampak macam dah x seimbang, team S.S jadi terlebih ahli. Bukan pe kalau terlebih ahli lagi sukar untuk tentukan sape yg nak jadi wakil main game sebab semua pun aktif nak main. 1st Game yg diorang main dalam minggu pertama adalah Penterjemahan. Bagi aku game ni boring sikit. Game Demonstrasi antara yg dinantikan. Kumpulan K.K agak berjaya juga apabila teruk gak munir dikerjakan dlm game ni. Untuk team S.S agak kureng sikit apabila bahan yg disediakan untuk team S.S adalah bhn2 kering jadi tak berapa seronok sebab bahan2 kering ni x melekat kat muka n asyik jatuh, jadi Tauke agak terselamat kat sini hehe. Pendek katanya minggu pertama Super Spontan 2013 agak kurang mnyengat.
Minggu Kedua Super Spontan agak menarik juga, Antara game yg diorang main adalah game Duduk, Bongkok & Berdiri, kecoh gak masa ni apabila paserta jdi keliru hehe. Seterusnya Game Pemberita Berkepala Tiga. Seronok tgk Johan, Tauke n Jepp main game ni, mcm2 ayat keluar hehe. Kemudian diorang main Skrip Rabak, Ciptaan n Muzik Video Karaoke. Dalam game Ciptaan suka tengok Nabil dan Shuib kreatif giler diorang, x kurang hebatnya Johan & Ajak Shiro. Untuk minggu kedua Team Ketam Konfius Kalah lagi, entah siapa yg trsingkir nanti.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

seronok ek tengok super spontan ni?

Cinta Misteri berkata...

layannnn.....

Cinta Misteri berkata...

tapi.... CiM rasa si munir tu tak lawak langsung laaaaa

lelamaisara berkata...

kadang2 je tgok..kadang tak tgok..huhuuu

Si Matatajam berkata...

Akak pun sama ngan Lela sat tengok sat tak... Tapi suka gelagat Nabil dan Norkhiriah

Cik Nur™ berkata...

NUr pun tgk sat2 je....hehehe

Deqla Manjew berkata...

deqla ada tgk kar umah kakak hari tu..hihi.. kat umah sendiri xde astro..huhu..

Related Posts with Thumbnails