8 Sep 2013

Filem Tanda Putera Tidak Ditayangkan Di Pulau Pinang?

Assalammmualaikum..
Mulai 29 Ogos filem Tanda Putera dan KL Zombi mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Namun Filem Tanda Putera terus menerus dilanda kontroversi, bermula dengan filem ni bbrp kali ditunda penayangannya dan setelah 2 tahun filem ini berjaya ditayangkan dengan jayanya. Namun kontroversi melanda lagi apabila kerajaan Pulau Pinang meminta pawagam2 di negeri ini tidak menayangkan Filem Tanda Putera. Agak rugi kalau filem sejarah yg begitu baik ni tidak ditayangkan disini. Nampaknya kena laa tunggu filem ni keluar kat Astro First/internet. Aku yg sememangnya meminati sejarah mmg tidak sabar nk tgk filem ni, tambahan lagi filem ini dibarisi pelakon hebat walaupun mereka tidak begitu popular tapi bakat lakonan mereka mmg sgt hebat dan tidak perlu dipertikaikan.

Lagipun filem ini berdasarkan fakta sejarah bukannya ditokok tambah sesuka hati, tambahan lagi banyak kajian yg dilakukan sblum filem ini dibuat, para pelakon juga membuat kajian mendalam untuk watak masing2. Jadi aku rasa filem ini perlu ditonton sebelum sebarang komen negatif diberikan. Rasanya filem ini pasti akan menang banyak anugerah lepas nih kan. Mungkin filem ni bakal menang filem terbaik, pelakon terbaik ker sape tahu kan..Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Awie. Apapun jom layan Trailer & Sinopsis filem ni..

Trailer Tanda Putera


Sinopsis Tanda Putera
Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.
Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.
Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.
Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.
Sinopsis credit to Wikipedia..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

11 ulasan:

lelamaisara berkata...

la kenape ek tak ditayangkan kat sane...

Deqla Manjew berkata...

dah tentu deqla nk lyn KL zombi..hihih...

Solehah Shamsuddin berkata...

Pelik btl la kerajaan negeri Pulau Pinang ni.hurm jom miss banu, kita pi panggung tgk cte ni :)

Chic Na berkata...

pi tengok kat kedah atau perak. hehe..

Cik Nur™ berkata...

diorg takut ke..?

LYAfrina berkata...

ermm.. x reti nk komen bab2 politik ni..

** tp lya rasa citer ni cam best + sedih

BaNu Syah berkata...

@lelamaisara sbb political issue..

BaNu Syah berkata...

@Cik Nur™ rasanya macam tu laa

baby comel berkata...

Saya bukan kaki wayang. Hehhe

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

nk tgk kl zombi lah kihkihkih

Cinta Misteri berkata...

parti lawan takutkan isu perkauman dlm filem ni. tp....CiM nasihatkan, u all yg melayu ni....pergilah tengok Tanda putera. ia bukan saja filem sejarah, tapi ia mengenai bangsa. ambil tahu hal sebenar apa yg terjadi selepas merdeka.

Related Posts with Thumbnails