24 Sep 2013

Episod Akhir Cinta Jannah

Assalammualaikum..
Hari ni berakhirnya drama Cinta Jannah (24 episod) lakonan hebat Aeril Zaefril & Nelydia Senrose..Masa cite ni baru start dulu, aku tengok sinopsis cite ni macam x best, sebab aku rasa jalan cite drama ni biasa jer iaitu pasal orang kampung, orang bandar, soal darjat dsbnya. Tapi bila dah start tengok drama Cinta Jannah ni rasa best laa pulak hahaha. Tambahan lagi pelakon utamanya memang terbaik, gandingan diorang cam sesuai gitu. Lagipun Aeril Zaefril agak jarang berlakon dalam drama sebab die selalu berlakon dalam filem kan. So sesekali tengok die dlm drama mmg best. Kalau sebelum ni, Nelydia selalu dpt watak anak manja orang kaya atau watak remaja gitu, so kali ni berbeza bila die dpt watak gadis kampung yang baik.
Tak sangka Izaryl tu akan kahwin gak dgn damia nasib baik die dah cerai Damia tu hehe..rasanya pelakon2 dalam Cinta Jannah ni berjaya membawa watak masing2 dgn baik sekali. Yang pentingnya ending cite ni haruslah happy ending yg mana Jannah, Izaryl dan baby diorang hidup bahagia hehe..
Selain itu, Cinta Jannah juga trending di Twitter. Itu menunjukkan betapa ramainya yang suka menonton drama Cinta Jannah ni. Petang tadi Nelydia dan Aeril ada muncul di WHI Tv3 kemudian mereka sempat bersesi live chat dgn para peminat serta penggemar drama Cinta Jannah.

Sepadan gak diorang ni kan hehehe  ^_^
Ending Cite Jannah ni okey sebab mmg happy ending cuma skip panjang sgt sampai 9 tahun kemudian, mak aiii lamanyer n teringin nak tau apa jadi dengan keluarga Jannah kan selepas 9 tahun tu??..tergantung tang situ lak..& mcm x logik gak bila mak bapak Damia buang Damia sampai 9 tahun gitu dah laa die anak tunggal kn hehe apapun Jannah n Izaryl kembali bersama..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

9 ulasan:

Nao Mei berkata...

tulah dik,,memang suspen je citer nie...kekadang tak logika..hihi...menatang dah habis..siap bawa sepanduk kutuk mengutuk..hahaha...

klik tabungan adik :)semoga murah rezeki ye dik

Kathy Rbain berkata...

9 tahun berpisah....

Nyue berkata...

mmg xlogik giler2 citee... apa boleh buat drama melayu

Eda Johari berkata...

aah..betul tu. Happy ending tapi cerita tak logik. Family dia senyap cmtu ja.. pastu boley pulak duk sekali even dah cerai dgm damia tu. tak logik je.. mak dia pun kelmarin jatuh tangga then sihat pulak masa damia nak bersalin.

Deqla Manjew berkata...

mmg hepi ending.. tp ada yg tergantung sikit semlm.. ape cer dgn family jannah kat kg tu? kan ke dia kena halau ngan ayah dia..ayah dia ngan balqis pun x mintak maaf lagi ngan jannah..huhu...

lelamaisara berkata...

tu la lame benar sampai 9 tahun..huhuuu...

Cik Aini berkata...

ada rs x puas ati skit la dgn ending cite ni.huhuhu

kayyana berkata...

aah.. ramai yg ckp cerita tu macam tergantung kan.. apepun mmg best la lakonan depa ni.. nampak neutral je kan kan kan. hehehe

Cik Nur™ berkata...

ending xsyokk....!

Related Posts with Thumbnails