-->

4 Dis 2018

Sinopsis Drama Selafaz Cinta (Astro)

Selafaz Cinta, Drama Selafaz Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Sinopsis Drama Selafaz Cinta, Cast, 2018, Pelakon Drama Selafaz Cinta, Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Haleeda Mazlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan, Asyiqin Zaed, Kisah Orang Ketiga, Cinta, Drama 60 Episod, Drama Melayu, Drama Best, Drama Terbitan Suhan Movies & Trading,

Drama Selafaz Cinta sudah mula disiarkan di slot Tiara, Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 27 November yang lalu, bagi menggantikan drama Cinta Tiada Ganti yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Selafaz Cinta ini adalah Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Haleeda Mazlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan, Asyiqin Zaed dan ramai lagi. Selain itu drama Selafaz Cinta ini mempunyai 60 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya dan Eez Jalaluddin serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik jalan cerita drama ini, selalunya drama - drama terbitan Suhan Movies ini memang best - best gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Selafaz Cinta, Drama Selafaz Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Sinopsis Drama Selafaz Cinta, Cast, 2018, Pelakon Drama Selafaz Cinta, Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Haleeda Mazlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan, Asyiqin Zaed, Kisah Orang Ketiga, Cinta, Drama 60 Episod, Drama Melayu, Drama Best, Drama Terbitan Suhan Movies & Trading,
Sinopsis Drama Selafaz Cinta Lakonan Saharul Ridzwan & Syatilla Melvin

Mengisahkan mengisahkan konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri. Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza. Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza. Reza Ammar (Saharul Ridzwan) seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari yang juga bekas kekasihnya. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.
Selafaz Cinta, Drama Selafaz Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Sinopsis Drama Selafaz Cinta, Cast, 2018, Pelakon Drama Selafaz Cinta, Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Haleeda Mazlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan, Asyiqin Zaed, Kisah Orang Ketiga, Cinta, Drama 60 Episod, Drama Melayu, Drama Best, Drama Terbitan Suhan Movies & Trading,
Zahratul Jannah (Syatilla Melvin) seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah. Liza Liyana (Puteri Aishah) berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza. Ustaz Fakih (Harris Ismail) membesar dengan ilmu agama di luar Negara dan pulang ke Malaysia menjadi seorang Ustaz. Namun, satu konflik timbul yang mula menguji kesetiaan kepada isterinya. Ustaz Fakih mula jatuh cinta dengan isteri orang yang selalu hadir ke kuliah agamanya. Dalam masa yang sama, Fakih ni kasihankan wanita tersebut yang dianiayai oleh suami.

Lagu tema / OST Selafaz Cinta
➔ Alasan Terindah nyanyian Farisha Iris

Jom baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Cinta Tiada Ganti
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

5 ulasan:

  1. Menarik..Kalo start pkol 9pm boleh la tengok kejab..Kalo pkol 10mlm start..tak dpt la join tgk..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan pukul 9 mlm lah..pukul 6 ptg..setiap isnin hingga jumaat

      Padam
  2. cerita ni menarik sangat. geram betul tengok Liza tu..

    Fatina Mudz | The Infinity Words

    BalasPadam
  3. lama dah tak layan drama Melayu. tapi suka jugak tgk lakonan syatilla. hmm

    Myra | The Grey Lines Between

    BalasPadam
  4. Jln crite ok.. dgn watak masg2 tp yg jd kurg msuk akal bila watak ustaz yg bleh jtuh hati pd istri org plk tu.. huhu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017