-->

26 Nov 2013

Masterchef Malaysia All Stars Kembali Dengan Sajian Hidangan Pembalasan

Assalammualaikum..
Setelah berakhirnya 2 musim Masterchef Malaysia dan juga 2 musim Masterchef Selebriti Malaysia, kini program yang menjadi fenomena masakan di Malaysia kembali lagi. Dengan tema Sajian Hidangan Pembalasan akan menampilkan 20 peserta. 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia dan 10 peserta daripada program Masterchef Selebriti Malaysia bakal berentap. Masterchef Malaysia All Stars masih mengekalkan juri yang sama iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.

Antara peserta adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Emelda, Zamil, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah. Episod pertama Masterchef Malaysia All Stars ini telah pun ditayangkan bermula sabtu lalu, dan akan bersiaran dari Sabtu hingga Selasa. Rasanya Masterchef kali ini lebih meriah dan havoc bila semua bekas peserta berkumpul dan bersaing semula. Seronok tengok gelagat peserta Masterchef ni, sebab mcm2 ada, perang mulut mmg selalu berlakunyer hehe. Aku paling suka tengok masa Sajian Luar, yang cabaran berkumpulan tu, tu lebih happening n byk drama gitu hihi.

Apapun Masterchef Malaysia All Stars ni memang layannnn. Promo iklan Masterchef tu pun best hehe.

Update!!
#-Kencana Dewi & Enot tersingkir dari Masterchef Malaysia All Stars di minggu pertama.

4 ulasan:

  1. tak sabo nak tengok karenah master master chef ni kat dapur. hehehe

    BalasPadam
  2. suke zamir.. :)hehehe

    best jugakkan tgk gelagat2 retis ni..haha

    BalasPadam
  3. owhh.. dah 2 org tersingkir yer..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017