-->
Memaparkan catatan dengan label Masak2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak2. Papar semua catatan

21 Jan 2020

Resepi Kuih Lapis Pandan

Resepi Kuih Lapis Pandan, Recipe, Kuih - Muih, Kuih Lapis Pandan Yang Sedap,
Resepi Kuih Lapis Pandan

Siapa yang suka makan kuih lapis kat sini? Kuih Lapis pun ada banyak jenis yang boleh buat antaranya Kuih Lapis Labu, Kuih Lapis Pisang, Kuih Lapis Keladi, Kuih Lapis Coklat Jagung, Kuih Lapis Sarawak dan lain - lain lagi. So dalam entry ini aku nak share resepi Kuih Lapis Pandan gitu. Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap kan, apa pun gambar di atas dan resepi ini credit pada ownernya ye. Selamat Mencuba..


Bahan - Bahan Untuk Membuat Kuih Lapis Pandan

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan


Cara - Cara Membuat Kuih Lapis Pandan

- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.

- Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk, Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna hijau dan letakkan perisa pandan.

- Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan hijau.Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan hijau.

- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,
Read More »

5 Jun 2019

Resepi Daging Sambal Tumis - Menu Raya

Daging Sambal Tumis, Resepi, Recipe, Resepi Daging Sambal Tumis, Menu Raya, Menu Hari Raya, Juadah Hari Raya, Raya 2019, Selamat Hari Raya,
Resepi Daging Sambal Tumis

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung dan pembaca Blog Miss Banu Story ini, raya - raya ni pun sempat gak up entry kat blog. Walaupun dah tahu trafik blog masa hari raya dan seminggu raya tu konform slow hahaha. Nak buat macam mana tak boleh berenggang dengan blog kena jugak up entry hehe. Kali ni aku nak share resepi Daging Sambal Tumis yang boleh korang jadikan menu atau juadah hari raya ni kan..Resepi di atas tu credit pada ownernya, boleh besarkan gambar kalau tulisannya tak jelas.. Selamat mencuba ye..
Ucapan Hari Raya, Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, Raya 2019,
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

17 Mei 2019

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa, Resepi, Masakan, Recipe, Siakap Tiga Rasa, Resepi Siakap Tiga Rasa,
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Dah bulan puasa ni, aku nak share pula resepi Ikan Siakap Tiga Rasa, memang sedap makan masa nak berbuka puasa tu kan hehe. Tulisan dalam gambar di atas tu agak kecil, jadi korang boleh besarkan lagi gambar di atas tu, kalau nak tengok resepi lebih jelas okey. Credit pada owner resepi ini, Selamat mencuba ye.

Jom Baca ini juga ➔ Resepi Ayam masak Halia
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

30 Jul 2017

Sinopsis Memori Pajeri Nanas (Astro First)

Sinopsis, Filem, Malay Movie, Telefilem, Filem TV, Memori Pajeri Nanas, Astro First, Pelakon, Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Masakan, Rumahtangga,
Sinopsis Memori Pajeri Nanas (Astro First)

Assalammualaikum..
Filem TV Memori Pajeri Nanas sudah mula disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula 20 Julai 2017 yang lalu. Ini bermakna kalau korang nak tengok cerita ini, korang kena langganlah dulu ye macam filem - filem lain yang ditayangkan di Astro First tu. Movie Memori Pajeri Nanas ini dilakonkan oleh Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha dan ramai lagi. Manakala pengarah cerita ini adalah Aidilfitri Mohamed Yunos dan diterbitkan oleh TSAR Asia Sdn Bhd. Aku suka dengan barisan pelakon cerita ini, semuanya best, apa pun jom tengok sinopsis Memori Pajeri Nanas di bawah ini ye..

Sinopsis Memori Pajeri Nanas (Astro)

Mengisahkan Chef Armand (Alif Satar) begitu dikenali dengan resipi makanan hebat beliau. Sajian tradisional yang disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran-restoran terkemuka di ibu kota. Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan sehinggakan mereka berkehendakkan lebih pilihan menu dari Chef Armand. Semuanya dilihat sempurna pada diri Armand. Seorang tukang masak yang hebat, bekerjaya, muda, dikurniakan seorang isteri yang cantik, sempurna dan bahagia. Walaubagaimanapun, itu adalah sekadar luaran dan tidak mencerminkan apa yang terbuku di hati Armand. Armand mula kehilangan sentuhan masakannya. Perkahwinan yang dibina antara Armand (Alif Satar) dan Kayla (Tiz Zaqyah) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing. Armand merupakan seorang Chef dan perunding makanan untuk restoran-restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala isterinya, Kayla pula merupakan seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat (agensi pengiklanan). Tuntutan tugas menjadikan kedua-dua mereka sentiasa berada di dalam keadaan tertekan sehinggakan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama. 
Sinopsis, Filem, Malay Movie, Telefilem, Filem TV, Memori Pajeri Nanas, Astro First, Pelakon, Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Masakan, Rumahtangga,
Keadaan dilihat menjadi semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan telefon di antara Armand dan kawan baiknya, Camelia (Siti Saleha) yang turut merupakan bekas teman wanita Armand. Kayla mulai cemburu dan hubungan mereka semakin berantakan sehinggakan beliau ingin berpisah dari Armand. Armand ternyata tidak ingin mengaku kalah dan beliau mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kembali perkahwinan yang dibina ini. Pendekatan beliau adalah menerusi masakan-masakan tradisional yang dihidangkan kepada Kayla ketika berbuka puasa. Sepanjang 30 hari Ramadan, Armand meminta Kayla untuk pulang ke rumah dan berbuka puasa bersama dengan hidangan yang disediakan khas olehnya. Kayla bersetuju dengan syarat yang diberikan Armand dan jika cubaan ini gagal, Kayla tetap dengan keputusannya untuk berpisah dengan Armand.
Sinopsis, Filem, Malay Movie, Telefilem, Filem TV, Memori Pajeri Nanas, Astro First, Pelakon, Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Masakan, Rumahtangga,
Dalam pada itu, Armand dilihat sentiasa bertemu dengan Camelia untuk membantu beliau dengan masakan yang disediakan. Camelia juga merupakan seorang Chef dan memiliki sebuah restoran di pusat bandar. Pada masa yang sama, Camelia turut menasihati Armand akan cara-cara untuk memenangi hati isterinya kembali. Namun begitu, perjumpaan tersebut telah di salah-ertikan oleh Kayla dan beliau merasakan perkahwinan ini adalah sia-sia dan tidak lagi dapat diselamatkan. Kayla kemudiannya membuat keputusan untuk keluar dari rumah, meninggalkan Armand dan membawa diri ke luar negara. Armand masih lagi tidak mengalah. Beliau menyediakan masakan kegemaran Kayla, pajeri nanas dan berkejaran ke lapangan terbang untuk sekali lagi memujuk hati Kayla. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Berjayakah Armand memenangi kembali hati Kayla?

Lagu Tema / OST Memori Pajeri Nanas
Lagu Sampai Hati Nyanyian Athia Haron
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Jun 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

resepi, ayam goreng, ayam goreng berempah, bahan - bahan, cara penyediaan, masakan, raya, menu berbuka puasa, ramadan,
Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Sedap

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun suka makan Ayam Goreng Berempah ini kan, nak buatnya pun senang, gambar diatas ini aku ambil dari google ye dan resepi Ayam Goreng Berempah yang aku kongsikan dalam entry ini aku ambil dari Akhbar Kosmo edisi 9 Jun 2017. Jadi selamat berbuka puasa dan selamat mencuba resepi ini.

Bahan - Bahan

Bawang Merah 6 Biji
Bawang Putih 3 Ulas
Lengkuas 3 Inci
Serai 6 Batang
Kunyit Hidup 2 Inci
Telur 2 Biji
Daun Kari 1 lembar
Biji Ketumbar 10 gram
Jintan Putih 10 gram
Jintan Manis 10 gram
Ayam 1 ekor dipotong 16
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Ayam Goreng Berempah

1- Kisarkan Bawang Merah, Bawang Putih, Lengkuas, Serai, Kunyit Hidup, Biji Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih
2- Masukkan Daun Kari, Telur dan Garam secukup rasa
3- Gaulkan bersama Ayam dan perap selama 1 hingga 2 jam.
4- Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kemudian hidangkan.
Read More »

16 Sep 2015

8 Chef Wanita Yang Paling Famous & Jelita

Assalammualaikum..
Menjadi satu bonus kalau seseorang wanita tu cantik pastu pandai masak pulak kan. Di kalangan Chef Wanita yang terkenal memang menjadi satu bonus kalau chef tersebut juga cantik, pastinya rancangan masakannya mahupun buku masakannya menjadi sebutan ramai sekaligus menjadikannya popular dan dikenali ramai. Salah seorangnyer adalah Farah Quinn, ingat lagi tak? Farah Quinn ni yang jadi juri Maharajalawak Mega 2014 dulu tu. Teringat plak tagline Che Lah salah sorang peserta MasterChef Msia dulu "Sape kata perempuan cantik tak pandai masak" hehehe. Oleh itu jom kita tengok dan berkenalan dengan 8 Chef Wanita (Celebrity Chef) Yang Popular dan juga Jelita kat bawah ni k..klik jer link kat bawah ni k..

Read More »

26 Nov 2013

Masterchef Malaysia All Stars Kembali Dengan Sajian Hidangan Pembalasan

Assalammualaikum..
Setelah berakhirnya 2 musim Masterchef Malaysia dan juga 2 musim Masterchef Selebriti Malaysia, kini program yang menjadi fenomena masakan di Malaysia kembali lagi. Dengan tema Sajian Hidangan Pembalasan akan menampilkan 20 peserta. 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia dan 10 peserta daripada program Masterchef Selebriti Malaysia bakal berentap. Masterchef Malaysia All Stars masih mengekalkan juri yang sama iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.

Antara peserta adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie, Enot, Brian, Emelda, Zamil, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahriah. Episod pertama Masterchef Malaysia All Stars ini telah pun ditayangkan bermula sabtu lalu, dan akan bersiaran dari Sabtu hingga Selasa. Rasanya Masterchef kali ini lebih meriah dan havoc bila semua bekas peserta berkumpul dan bersaing semula. Seronok tengok gelagat peserta Masterchef ni, sebab mcm2 ada, perang mulut mmg selalu berlakunyer hehe. Aku paling suka tengok masa Sajian Luar, yang cabaran berkumpulan tu, tu lebih happening n byk drama gitu hihi.

Apapun Masterchef Malaysia All Stars ni memang layannnn. Promo iklan Masterchef tu pun best hehe.

Update!!
#-Kencana Dewi & Enot tersingkir dari Masterchef Malaysia All Stars di minggu pertama.
Read More »

25 Jun 2013

JuaRa MasterChef SeleBRiti Msia MuSim Ke-2 SyuRa Atau CeliNa?


Assalammualaikum..
Akhirnya Masterchef Selebriti Malaysia bakal melabuhkan tirainya malam ni..Semalam menyaksikan Rozita Che Wan tersingkir dan memberi laluan kepada Syura dan Celina untuk ke Final MasterChef. Kalau kita imbas balik Final Masterchef Selebriti Msia Musim pertama menyaksikan kaum lelaki yang mendominasi final. Berbeza untuk musim ini yang menyaksikan wanita yang ke Final. Seimbang gitu hehe..Berbalik pada sape yang akan menang malam ni?? kalau tengok Syura memang teror bab2 masakan melayu manakala Celina pula mmg cekap memasak masakan barat.
Dari segi konsistensi mungkin Celina ada peluang nak menang sebab cabaran2 sebelum ni die yang selalu menang..Tapi Syura pun ada gak menang..n ada gak dengar khabar angin yg mengatakan Syura yang bakal menang sebab Masterchef ni bukan siaran langsung sebaliknya rakaman. Jadi pemenangnya memang sudah diketahui cuma dirahsiakan jer..

Jadi betul ke Syura yg menang? tunggu jerla malam ni..hehe sebab Celina juga bukan calang2 peserta untuk dikalahkan..

Read More »

13 Mei 2013

Pak NiL (Dato Aznil) Tarik Diri Dari MasterChef Selebriti Msia Musim Ke-2

Assalammualaikum..
Sesiapa yg tengok Masterchef semalam mesti terkejut dgn pengumuman Pak Nil yg ingin menarik diri dari MasterChef Selebriti Malaysia musim ke-2. Semalam adalah pusingan penyingkiran yg menyaksikan Syanie, Lydiawati, Michael Ang dan Paknil berentap sesama sendiri untuk terus berada dalam Masterchef. Mereka dikehendaki memasak Tuna..dan ternyata Michael Ang diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.. Walaubagaimanapun Pak Nil tiba-tiba datang ke hadapan dengan wajah yang sedih mengumumkan ingin menarik diri atas sebab masalah kesihatan ibunya..Hal ini telah mengejutkan semua peserta dan juga juri..Selebriti lain semua dah menangis dah masa ni..begitu juga Pak Nil..semua x menyangka yang Pak Nil akan menarik diri..namun ibu lebih penting dari segala -galanya..menyebabkan Pak Nil nekad menarik diri sekaligus menyebabkan Michael Ang terselamat dari penyingkiran..

Apapun semoga Ibu Pak Nil cepat sembuh..sunyilah Masterchef pasni..walaubagaimanapun sepanjang berada dalam MasterChef ni Pak Nil telah berjaya menjadi juara dalam Peti Saji Misteri, serta dah merasa menjadi Ketua Kumpulan Biru..mana tau mungkin dalam MasterChef Selebriti musim ke-3 Pak Nil boleh bertanding balik ke kan..

Pic credit to murai.com.my
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017