-->

21 Jan 2020

Resepi Kuih Lapis Pandan

Resepi Kuih Lapis Pandan, Recipe, Kuih - Muih, Kuih Lapis Pandan Yang Sedap,
Resepi Kuih Lapis Pandan

Siapa yang suka makan kuih lapis kat sini? Kuih Lapis pun ada banyak jenis yang boleh buat antaranya Kuih Lapis Labu, Kuih Lapis Pisang, Kuih Lapis Keladi, Kuih Lapis Coklat Jagung, Kuih Lapis Sarawak dan lain - lain lagi. So dalam entry ini aku nak share resepi Kuih Lapis Pandan gitu. Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap kan, apa pun gambar di atas dan resepi ini credit pada ownernya ye. Selamat Mencuba..


Bahan - Bahan Untuk Membuat Kuih Lapis Pandan

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan


Cara - Cara Membuat Kuih Lapis Pandan

- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.

- Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk, Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna hijau dan letakkan perisa pandan.

- Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan hijau.Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan hijau.

- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature, Blogger Miss Banu,

3 ulasan:

  1. Cantik nya hijau menggoda 😍

    BalasPadam
  2. sedapnya kuih lapis..
    kalo mkn kuih ni msti mkn satu lapis satu lapis,,
    haha..

    BalasPadam
  3. sedapnya. lama ray x makan. dulu selalu makan time breakfast.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017