-->
Memaparkan catatan dengan label JoJep. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JoJep. Papar semua catatan

27 Apr 2014

Komedi 24 Jam Astro Warna Diiktiraf Oleh The Malaysia Book Of Records

Assalammualaikum..
Tahniah buat Astro Warna kerana berjaya anjurkan program komedi selama 24 Jam tanpa henti dan secara langsung bermula pada 25 April, 10 malam hingga 26 April 10 malam. Kejayaan ini turut diiktiraf dan masuk dlm The Malaysia Book Of Records. Tahniah untuk semua pelawak yang bersengkang mata tak tido untuk menjayakan semua program yg mereka terlibat. Nampak letih muka2 pelawak ni terutamanya bagi mereka yg terlibat dgn byk program komedi.
Walaupun takde program yg melibatkan JOZAN secara bersama-sama, namun dlm Final Skool Of Lawak yg dihoskan oleh Johan n Jep, Zizan telah datang dan menjadi penonton disitu. So Sweet, sempat Johan mention kehadiran Zizan di klngan penonton yg menonton Final SOL itu. Zizan turut terlibat dlm Karoot Komedia pada pukul 3 pagi n dikhabarkan Zizan bakal join Karoot Komedia musim baru. Alangkah bestnya kalau Johan pun Join KKX musim baru, konform gempak hihi. Jep, Rahim, Shahrol, Dato Ac Mizal antara mereka yg terlibat dlm byk program. Bagi aku program paling kelakar sekali adalah Super Spontan, best giler, meriah sangat, ikut suka hati diorang jer nak main camne hihi siap nyanyi lagu raya lgi, mmg terbaik.
Read More »

22 Feb 2014

Johan & Jep Di Skool Of Lawak

Assalammualaikum..
Lepas selesainya MLM2013, munculnya satu program baru yang mencari pelapis pelawak yang dikenali dengan nama Skool Of Lawak. Minggu ini masuk minggu kedua dan Skool Of Lawak ini akan menggantikan program Raja Lawak yang sudah bersiaran sebanyak 7 musim. Untuk kelainan hos nya juga ditukar sikit dari JOZAN (Johan dan Zizan) kepada JJ (Johan dan Jep) selain terdapat tenaga pengajar yang terdiri daripada Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Khir Rahman dan Pengetuanya iaitu Hafsham. Juri2 untuk Skool Of Lawak ni juga best2 iaitu Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid dan Prof Razak Mohaideen.
Tarikan utama untuk orang tengok program ni mestilah sebab pengacaranya iaitu JoJep/ JJ. Walaupun memang rindu dengan gandingan Jozan, dengan aksi2 sweet diorang semua tu. Tapi gandingan Johan n Jep juga kelakar tambahan lagi Jep pun tengah popular sekarang ni dan Zizan pula tengah busy shooting filem kan dan mungkin gak nanti2 busy buat persiapan kahwin ker hihihi. Tak tahulaa kalau gandingan JJ ni boleh ada aksi sweet2 gak sebab rasanya Jep memang x biasa nak bersweet-sweet ni hehe. Tapi bila tengok minggu pertama diorang jadi hos ni okey gak, cuma peserta jer yang kurenggg sikit. 
Komen juri2 untuk peserta Skool Of Lawak ni boleh tahan pedas gak laa..cuma bila tengok para peserta SOL ni banyak muka familiar kot hahaha kebanyakan mereka dah pernah join Raja Lawak dan program realiti lain. Ada yang pernah join MLM gak serta ada gak yg tersenarai dlm top 5 ABPBH pun masuk Skool Of Lawak gak. Ada gak adik beradik pelawak lain yg turut masuk SOL. Tak kisahlaa kan familiar ke tak, Good Luck untuk mereka semua..
Read More »

16 Feb 2014

Jep Sepahtu Perang Dingin Dengan Shahrol Shiro


Statement Shahrol

Statement Jep
Assalammualaikum..
Sape2 yang dah baca akhbar Harian Metro pasti tahu pasal isu gaduh/perang dingin antara 2 pelawak popular ini iaitu Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro. Sebelum ini diorang memang rapat tapi ketika minggu2 terakhir MLM2013 dah start dengar pasal gosip kumpulan diorang yang bergaduh tapi masing2 menafikan. Ketika di Final MLM2013 waktu penyampaian hadiah dan semua peserta diatas pentas, memang nampaklahlah gaya Jep dan Shahrol yg seakan-akan cuba mengelak dari bertembung atau bersalam. Masa Sidang Media lepas Final MLM tu pun Jep dan Shahrol duduk bukan main jauh lagi, sorang utara, sorang kt selatan. Tak lama pastu para peminat dikejutkan pula dengan kes Jep unfollow Shahrol dari Instagram. Segala yang berlaku mengundang tanda tanya.
Akhirnya Shahrol telah memberitahu wartawan apa yang terjadi dan perasaannya. Kemudian Jep pula membuat kenyataan balas dan mengatakan tidak ada apa2 yg berlaku. Rasanya pasni mungkin Team Melodi ker Propaganza or Galaksi akan mencari diorang untuk mendapatkan statement di tv pula nanti. Apapun hope diorang akan berbaik-baiklah hendaknyer, sebab dalam dunia hiburan ni pusing-pusing diorang akan jumpa balik semula so buang yg keruh ambil yg jernih. Peace2 

P/s-Layan tengok Skool Of Lawak sbb nak tengok Johan dan Jep jadi hos, tapi peserta kurang best sgt maybe sbb baru minggu pertama. Apapun suka dgn juri2 nyer sbb masing2 profesional dan memberi komen ikhlas gitu kan berbanding juri2 MLM tu.
Read More »

9 Feb 2014

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013


Assalammualaikum..
Akhirnya kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013). Bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi, Sepahtu berjaya memperoleh markah/undian tertinggi sebanyak 72 % dan melayakkan mereka menjadi juara. Manakala di tempat kedua jatuh kpd kump Shiro yang berjaya mendapat 69 %. Tempat ketiga pula milik kumpulan Bocey yang mendapat undian sebanyak 68% dan mereka juga turut menang "Man Of The Match" untuk Final MLM 2013 ini. Tempat ke-4 pula milik kump Jambu yg mndapat 65 % dan Nabil di tempat kelima dengan 64%. Peratusan undian mereka sangat dekat beza 3 peratus dan 1 peratus jer. Saingan memang sangat sengit dan bergantung pada rezeki masing2 lah kan.
Shiro dlm MLM2012 mereka mendapat tempat ketiga manakala di MLM2013 dapat jadi Naib Juara. Ada peningkatan disitu cuma untuk final MLM2013, Sketsa pertama diorang agak slow sikit n diorang x patut buat lgi ulangan watak Majibur tu. Tapi sketsa kedua mereka mmg happening. Nabil juga agak menyerlah dlm sketsa pertamanya. Manakala untuk sketsa keduanya Nabil banyak meluahkan apa yang die rasa sepanjang menyertai MLM ini. Sebak juga dengar luahan hati Nabil tu. Kemungkinan untuk MLM2014 ada beberapa kumpulan yang tak akan bertanding lagi disebabkan nak berehat or mungkin ade gak yang merajuk gitu sebab tahun ni, Peserta MLM banyak kena ktirik teruk dengan para peminat MLM.
Ada jugak yang mengatakan Bocey patut jadi juara, tapi bagi aku prestasi Bocey memang sangat baik dan meningkat, cuma apa yg aku tengok Bocey dari awal hingga sekarang sering menggunakan Abam untuk dijadikan bahan lawak. Mungkin diorang patut kurangkan mengunakan isu fizikal Abam sebagai bahan lawak. Apapun memang tak dinafikan yang persembahan Bocey di final sangat meriah gitu, mereka begitu enjoy dalam persembahan mereka. Kita yang tengok pun rasa happening jer. Suka tengok Achey menyanyi lagu nada tinggi hihi dan Fad Rap memang terbaik hehe.
Jambu untuk tahun ini mendapat tempat keempat berbanding di MLM2012 mereka menjadi Naib Juara. Apapun semua rezeki masing2 dan Jambu tetap sangat menghiburkan sepanjang di MLM2013 ni, cuma di Final, sketsa Jambu agak kurang menyengat sikit berbanding minggu2 sebelumnya. Apapun tetap suka dengan semua finalis Raja Lawak Musim pertama ni iaitu Jambu dan Jozan hehe. Sayangnya JOZAN takde pula di Final MLM2013 ni huhuhu. Ntahlaa bilalah agaknya dapat tengok JOZAN comeback semula, mungkin kena tunggu lama sikit lg. Pasni layan JoJep kat School Of Lawak pulak. 
Apapun tamat sudah MLM2013 dan tahniah pada semua Finalis MLM2013 nih.
Read More »

JOZAN Bakal Beraksi Di Final Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013)?

Assalammualaikum..
Ada yang request suruh buat entry pasal JOZAN hehe, lama tak buat entry pasal diorang rinduuu dgn JOZAN. Apapun selain tak sabar nak tunggu sapekah pemenang MLM2013, tentulah sangat tak sabar menanti adakah benar JOZAN akan turut berada dan beraksi di final MLM nanti. Semua masih tertanya-tanya adakah kejutan terbaik ni akan berlaku ataupun tidak. Mungkin jugak hanya Johan saja yang akan datang ke final nanti untuk mempromote School Of Lawak yang akan berlangsung selepas MLM2013 ni tamat, yang mana Johan dan Jep akan jadi hos nyer. Zizan maybe busy dgn shooting nyer, apapun tetap mengharapkan Johan dan Zizan akan datang sekaligus mengubat rindu peminat2 Jozan nih.
Tak silap aku, last JOZAN sama2 di tv masa Konsert Final AF2013 yang mana Johan datang dan buat suprise kat Zizan sekaligus membuatkan semua peminat terharu dan sebak gitu. Kemudian JOZAN bertemu sekali lagi di Istana Budaya untuk teater Bahayanya Wanita, yang mana Johan dan Ozlyn datang untuk menonton dan mensupport Zizan dalam teater berkenaan pada Disember lalu. So memang semua berharap agar JOZAN akan muncul di Final MLM2013 ni. Di Twitter memang banjir dgn tweet2 dari fans Jozan yg merequest dekat JOZAN, dekat Boss2 Astro agar Jozan tampil bersama di Final MLM2013 walaupun sekejap.

Itu antara sebahagian Tweet2 para peminat yang menginginkan JOZAN di Final MLM2013. Dahlaa Raja Lawak pun macam takde untuk tahun ni sebab diganti dengan School Of Lawak so memang ramai akan rindu dengan JOZAN nih. Apapun tahun ni akan ada Jozan The Musical di Istana Budaya serta mereka juga akan join MLM2014 nanti. Hope semuanya jd kenyataan.amin.
Apapun kita tunggu dan lihat jerlaa ada JOZAN ke tidak, dan siapakah bakal Juara MLM2013??

Baca entry dibawah ni jugak, klik pada tajuk dibwh untuk membaca entry berkenaan..
Read More »

9 Nov 2013

Review Final Super Spontan 2013

Assalammualaikum..
Hari ni genap seminggu berakhirnya Final Super Spontan 2013, agak terlewat jugak entry review ni kan hehe  Tapi lambat pun lambat lah janji ada gak Review Final Super Spontan 2013 nih. Rasanya semua pun tahu siapa para pemenang Super Spontan 2013 nih kan. Final Super Spontan diadakan di Sungai Petani, Kedah, dan untuk final ni diorang bermain 6 game semuanya berbanding hanya 5 game di minggu2 sebelumnya. Pembukaan Final Super Spontan dimulakan dengan persembahan Ahmad Ahmad dan Azlan & Typewriter diikuti dengan persembahan tarian oleh Ecnad Dance Theater. Best tengok tarian diorang n para peserta pun join sekaki menari hehehe. Di Final ni banyak gak soalan2 panas yang Amir ajukan pada para peserta semua. Ada yang jawab dengan slumber, ada yang tak tau nak jawab aper hehehe.
Game pertama yang diorang main untuk final ini adalah Beku. Untuk Game Beku ni, Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh ngan Razif start main dulu dan diikuti oleh peserta. Macam2 aksi ada, siap ada parodi Macam cantik jer, Macam comel jer hehehe. Dalam game pertama ni nampak semua peserta agak berhati-hati dan gemuruh. Game kedua diorang main Skrip Rabak, dalam game ni akan ada tetamu undangan yang akan bermain bersama iaitu Azlan, Dekna AF5 dan Toi AF6. Yus dan Tauke start dulu dan Azlan yang akan membantu diorang.
Tapi masa ni Ray terlupa nak beri situasi hehe kecoh sekejap kemudian tibalah giliran Johan dan Jep. Dekna yang akan membantu diorang. Manakala Rahim dan Nabil akan dibantu oleh Toi AF6. Aku suka Johan & Jep tapi situasi yang diorang dapat x berapa nak best. Aku lebih suka Rahim n Nabil, sebab lebih lawak dan Toi pun pandai berinteraksi dengan diorang..
Seterusnya diorang main game Maju Mundur, kali ni diorang akan main bertiga. Nabil, Jep dan Tauke start dulu. Situasi diorang dalam banjir kot kalau aku tak silap, best gak tengok diorang bertiga main game ni, sekejap maju sekejap mundur, lawak tul, pastu masa dekat nak last tu nampak diorang makin konfius dan keliru dah hihi. Makin diorang keliru makin lawak jadi hehe. Bila game ni dah habis legaa diorang. Kemudian tibalah giliran Johan, Yus dan Rahim. Diorang dapat situasi jadi pelakon hindustan, apa lagi terus keluar perkataan hindustan laa kan hihi, Johan dengan ek minit die, Yus dengan perkataan babuji die. Nampak Yus paling banyak kena maju dan mundur, kejap ke belakang pastu kedepan pulak hehe. Johan x sempat buat banyak pergerakan, Rahim pun sama.
Game ke-4 yang diorang main adalah Ciptaan. Dalam game ni peserta akan dipasang-pasangkan dan ke enam-enam mereka akan berada di atas pentas dan main game ni secara bergilir-gilir. Pengurus Pasukan iaitu Rashid Salleh dan Razif akan main dulu kemudian baru giliran peserta pula. Jep akan berpasangan dengan Yus. Jep nampak stress main game ni, maybe idea xde untuk tukarkan barang tu jadi benda lain, Yus banyak nak tergelak tapi best tgk diorang ni. Manakala Johan pula berpasangan dengan Rahim, Johan dah banyak kali main game ni dengan Rahim, so diorang ni agak selesa bersama dan lebih tenang dan kreatif gitu. Nabil pula berpasangan dengan Tauke. Gandingan Nabil n Tauke agak happening gitu, sebab nampak diorang happy n gila2 gitu, diorang pun banyak nak tergelak dengan apa yang diorang buat, kita tengok pun rasa nak tergelak sekali hehehe. Apa pun diorang berenam memang kreatif.
Seterusnya diorang main game Pilihan Lain. Masa minggu ke-9 diorang dah main game ni, dan untuk final game ni dimain lagi. Aku rase game ni memang best n enjoy gitu. Bestnya game ni sebab boleh membuat peserta jadi marah haahaha bila terpaksa tukar perkataan berkali-kali hehe. Selain buat peserta tergagap sekejap hehe. Johan, Nabil dan Rahim start dulu. Best gak tengok diorang bertiga main game ni, macam2 ayat/perkataan keluar cthnya seringgit, 41 September dan lain2 hehe. Kemudian tibalah giliran Yus, Tauke dan Jep. Diorang bertiga main pun best. Kelakar jer terutamanya Tauke dan Jep. Pendek kata semua pun best main game ni, happening gitu.
Game terakhir yang diorang main adalah game Muzik Video Karaoke. Dalam game ni Afdlin Shauki dan 2 orang penonton akan jadi pengarah muzik video tu. Nabil, Johan dan Tauke start dulu. Ada adegan peluk2 gitu, Tauke jadi bintang hehe seronok gile tengok diorang main game ni, macam2 gaya gitu, dah la diiringi dengan lagu hindustan iaitu lagu Chamak Challo dari filem Ra-One. Lagu memang dah best, memang terbaik lah Nabil, Johan dan Tauke ni menari, comel jer.


Kemudian tibalah giliran Yus, Jep dan Rahim, diorang pun dapat lagu hindustan iaitu lagu Oh My Darling dari filem Mujhse Dosti Karoge. Yus jadi ketam, Rahim jadi Doraemon dan Jep jadi orang yang akan masak ketam dan doraemon tu, hehe lawak gilerr. Yus cakap kat Afdlin yg die nak cium Jep hahaha. Rahim jadi Doraemon tu pun kelakar. First time tgk Jep menari hohoho. Apapun diorang memang best, semua kelakar.
Setelah undian ditutup Jep mendapat undian tertinggi sebanyak 41% dan melayakkan Jep menjadi Juara Super Spontan 2013. Manakala Johan menjadi Naib Juara dengan mendapat undian 36 %, Nabil di tempat ketiga dengan 8 %. Yus di tempat keempat dengan 7%, Rahim ditempat kelima dengan 5 % dan Tauke di tempat keenam dengan 2 % undian. Lepas habis Super Spontan 2013, Maharaja Lawak Mega 2013 pula yang akan bersiaran.
Gambar yang atas sekali credit to Instagram Jep Sepahtu, Gambar2 lain credit to Facebook Super Spontan.
Read More »

7 Nov 2013

Johan Dan Jep di Program Meletop

Assalammualaikum,
Sape tengok Meletop selasa lalu? Ada Johan & Jep #JoJep jadi guest kat program Meletop. Memang best tgk diorang ni, meriah habis n happening..awal2 tengok dah lawak dh bila diorang lambai2 semua pastu mention anak dan orang gaji masing2, x leh blah betul bila Jep mention Shuib tu orang gaji die adeh lawak2 hihi. Banyak gak soalan2 panas diajukan kat diorang, pastu ada gak diorang nyanyi2 lagu wajib diorang tu hehehe apapun memang terbaik la Meletop semalam, siap trending kat twitter lagi..
Suka tengok Johan, Jep dan Nabil ni, nampak keserasian diorang ni. Semua pun kawan2, saling bergurau, usik2 memang best laa tengok diorang ni semua. Sape yang terlepas tengok semalam boleh tgk video kat bawah ni k, enjoy..



Gambar yg atas sekali tu credit to Instagram Jozlynn

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017