9 Feb 2014

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013


Assalammualaikum..
Akhirnya kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013). Bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi, Sepahtu berjaya memperoleh markah/undian tertinggi sebanyak 72 % dan melayakkan mereka menjadi juara. Manakala di tempat kedua jatuh kpd kump Shiro yang berjaya mendapat 69 %. Tempat ketiga pula milik kumpulan Bocey yang mendapat undian sebanyak 68% dan mereka juga turut menang "Man Of The Match" untuk Final MLM 2013 ini. Tempat ke-4 pula milik kump Jambu yg mndapat 65 % dan Nabil di tempat kelima dengan 64%. Peratusan undian mereka sangat dekat beza 3 peratus dan 1 peratus jer. Saingan memang sangat sengit dan bergantung pada rezeki masing2 lah kan.
Shiro dlm MLM2012 mereka mendapat tempat ketiga manakala di MLM2013 dapat jadi Naib Juara. Ada peningkatan disitu cuma untuk final MLM2013, Sketsa pertama diorang agak slow sikit n diorang x patut buat lgi ulangan watak Majibur tu. Tapi sketsa kedua mereka mmg happening. Nabil juga agak menyerlah dlm sketsa pertamanya. Manakala untuk sketsa keduanya Nabil banyak meluahkan apa yang die rasa sepanjang menyertai MLM ini. Sebak juga dengar luahan hati Nabil tu. Kemungkinan untuk MLM2014 ada beberapa kumpulan yang tak akan bertanding lagi disebabkan nak berehat or mungkin ade gak yang merajuk gitu sebab tahun ni, Peserta MLM banyak kena ktirik teruk dengan para peminat MLM.
Ada jugak yang mengatakan Bocey patut jadi juara, tapi bagi aku prestasi Bocey memang sangat baik dan meningkat, cuma apa yg aku tengok Bocey dari awal hingga sekarang sering menggunakan Abam untuk dijadikan bahan lawak. Mungkin diorang patut kurangkan mengunakan isu fizikal Abam sebagai bahan lawak. Apapun memang tak dinafikan yang persembahan Bocey di final sangat meriah gitu, mereka begitu enjoy dalam persembahan mereka. Kita yang tengok pun rasa happening jer. Suka tengok Achey menyanyi lagu nada tinggi hihi dan Fad Rap memang terbaik hehe.
Jambu untuk tahun ini mendapat tempat keempat berbanding di MLM2012 mereka menjadi Naib Juara. Apapun semua rezeki masing2 dan Jambu tetap sangat menghiburkan sepanjang di MLM2013 ni, cuma di Final, sketsa Jambu agak kurang menyengat sikit berbanding minggu2 sebelumnya. Apapun tetap suka dengan semua finalis Raja Lawak Musim pertama ni iaitu Jambu dan Jozan hehe. Sayangnya JOZAN takde pula di Final MLM2013 ni huhuhu. Ntahlaa bilalah agaknya dapat tengok JOZAN comeback semula, mungkin kena tunggu lama sikit lg. Pasni layan JoJep kat School Of Lawak pulak. 
Apapun tamat sudah MLM2013 dan tahniah pada semua Finalis MLM2013 nih.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Tahniah kpd semua yg mng..

Cik Nur™ berkata...

ini pun xtgk sampai hbis..tertido..huhuh

Deqla Manjew berkata...

ramai kot yg mempertikaikan kemenangan sepahtu..huhu.. tp deqla x tgk la hari tu.. so xtau sape best mlm tu..

Deqla Manjew berkata...

ramai kot yg mempertikaikan kemenangan sepahtu..huhu.. tp deqla x tgk la hari tu.. so xtau sape best mlm tu..

cik kiera berkata...

No komen ...
Kiera ingatkan SHiro yang menang.. Furh22.
apa2 pun semua best (Y)

Related Posts with Thumbnails