9 Feb 2014

Bel Ami/Pretty Boy- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yang bertajuk Bel Ami/PrettyBoy/Pretty Man yang dilakonkan oleh Jang Geun Seuk,  IU, Lee Jang Woo, Han Chae Young. Drama ni ada 16 episod kesemuanya dan ditayangkan di channel KBS (391). Drama ni bergenre Romantik Komedi. Rasanya Jang Geun Seuk memang sesuai sgt bawa watak utama dlm drama ni sebagai Dokgo Mate ni sbb sesuai dgn muka die yg cute tu. Walaubagaimanapun aku kurang berkenan dgn karakter IU sbg Kim Botong dlm drama ni sebab watak die yang sangat fanatik, obses dan sgt gilakan Dokgo Mate. Kesian dengan hero kedua drama ni, cinta dia tidak dipedulikan oleh Botong sebaliknya tetap mengejar Dokgo Mate tu sedangkan Dokgo Mate awalnya tidak kisah langsung pasal Botong sebaliknya mengejar perempuan2 kaya.
Majoriti pasti akan suka dengan karakter watak hero kedua cite ni iaitu Lee Jang Woo sebagai David Choi sebab die ni sangatlah baik dan sanggup buat apa saja demi Kim Botong. Tapi kesian gak kat die sebab die bertepuk sebelah tangan jer, Botong hanya sukakan Dokgo Mate. Dalam drama ni Lee Jang Woo rambut panjang sikit kalau die rambut pendek mesti lagi smart macam dalam drama I Do I Do tu. Drama ni pada peringkat awal mungkin boring sikit tapi lama kelamaan ianya menjadi semakin best bila rahsia demi rahsia terbongkar especially part siapa ibu dan ayah Dokgo Mate yang sebenar dan adakah die ada hubungan adik beradik dengan David Choi yang turut ada hati pada K.Botong tu. Selain itu banyak gak adegan2 kelakar dlm drama ni especially part Dokgo Mate jadi cemburu bila tengok kemesraan Kim Botong dengan David Choi tu. Comel jer bila die jeles hihi.
Drama ni banyak gak pengajaran menerusi watak Dokgo Mate yang awalnya hanya bergantung pada duit perempuan2 kaya untuk support kehidupannya. Namun dengan kehadiran Hong Yoo Ra dalam hidup Dokgo Mate kehidupannya mula berubah, dia mula belajar dari bawah dengan membuat perniagaan kecil-kecilan menjual stokin dengan dibantu oleh Botong dan David Choi. Dokgo Mate juga mula sedar akan makna dan kepentingan duit, duit itu boleh merubah seseorang menjadi kejam, tamak sekiranya tidak berhati-hati. Hong Yoo Ra turut menyuruh Dokgo Mate merapati dan berkenalan dengan 10 orang wanita yang mahir dalam pelbagai bidang dan belajar daripada mereka bagaimana untuk berjaya.
Drama ni juga turut memaparkan Cinta tiga segi antara Kim Botong, Dokgo Mate dan David Choi. Setelah kehadiran David Choi dalam hidup Botong, Dokgo Mate mula berasa cemburu sedikit pada kemesraan mereka sekaligus mula menyukai Kim Botong yang sememangnya sangat obses dengannya. David Choi sentiasa bersama dan membantu Botong dalam susah dan senangnya namun Botong tetap setia dan hanya cintakan Dokgo Mate. Akhirnya David Choi terpaksa juga melepaskan Botong dan kekal sebagai kawan sahaja. Nasiblah happy ending drama ni tau, David Choi akan jumpa pengganti Botong nanti.
Nama2 watak dalam cerita ni macam pelik sikit n jarang didengar cthnya Botong, Dokgo Mate hihi. Apapun drama ni kira boleh layan lah, best gak disamping dalam drama ni ada nama besar seperti Jang Geun Seuk. Secara kebetulannya juga ketiga-tiga watak utama drama ni iaitu J.Geun Seuk, IU, Lee Jang Woo merupakan penyanyi juga. So OST lagu dlm cite ni banyak menggunakan suara mereka menyanyi sendiri. Bagi aku drama ni okey jer cuma di permulaan cerita agak boring sikit n IU macam x sesuai bawa watak Kim Botong tu. 
Drama ini ditayangkan menggantikan drama Secret Love.. dan setelah tamat drama ni akan digantikan pula oleh drama baru yang bertajuk Inspiring Generation lakonan Kim Hyung Joong. IU juga pernah beberapa kali muncul dalam Running Man.

Sinopsis..

Dokgo Ma-Te is the most beautiful man in the world. He is also an ambitious man and wants to make a lot money using his beautiful appearance. Dokgo Ma-Te meets Hong Yoo-Ra, the ex-daughter-in-law of a rich family. Hong Yoo-Ra recognizes Dokgo Ma-Te's ambitions and becomes his mentor. Hong Yoo-Ra then gives Dokgo Ma-Te a mission to seduce 10 different women. The women have all succeeded in different fields and Dokgo Ma-Te is to glean their special abilities.
A strange woman then appears in front of Dokgo Ma-Te. Her name is Kim Bo-Tong, an ordinary girl from poor background. She has a huge crush on Dokgo Ma-Te. Can she make Dokgo Ma-Te love her?


Watak Perwatakkan..
1-Jang Geun Seuk as Dokgo Mate
2- IU as Kim Botong..

























Lee Jang Woo as David Choi..





















Han Chae Young as Hong Yoo Ra























Aku bagi 3 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.
Jom Baca Entry di bwh ni jugak..klik pada tajuk drama di bawah untuk membaca review drama tersebut.

Review Drama Lakonan Jang Geun Seuk yang terdahulu:-
#~ You'Re Beautiful..
#~ You Are My Pet (Movie)..

Review Drama Lakonan IU yang terdahulu:-
#~ Dream High..


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

Kisah Si Dairy berkata...

handsome heronya tu...

mummy_ayu berkata...

hari tu..awal2 episod layan gak..nie tunggu nak cari CD la plak..sbb memang minat ngan Jang Geuk Suk tu..emmm

Abak Lorong Cinta berkata...

Wah..mcam tu..besnya

Cik Nur™ berkata...

tgk kejap2 je drama ni hari tu..huhuh

Deqla Manjew berkata...

comelnye pelakon smua..

Related Posts with Thumbnails