-->

17 Jan 2014

Secret Love- Korean Drama Review

Assalamualaikum..
Hari ni nak buat review drama Korea yang berjudul Secret/ Secret Love. Actually dah lama habis tengok drama ni, baru sekarang sempat buat review. Drama ni mempunyai 16 episod, dan dibintangi oleh Hwang Jung Eum sebagai (Kang Yoo Jung),  Ji Sung sebagai (Cho Min Hyuk),  Bae Soo Bin sbg (Ahn Do Hoon) dan  Lee Da Hee sbg (Shin Se Yeon).  Drama ni kira drama berat, penuh dengan pengorbanan dan air mata gitu. 4 watak utama dalam cerita ni memang asyik nangis jer, murah dengan air mata hihi sebab byk babak sedih dalam cite ni.
Geram juga dengan watak Kang Yoo Jung tu sebab sanggup berkorban masuk penjara demi kekasihnya iaitu Ahn Do Hoon, sedangkan kekasihnya yang salah sebab langgar orang pastu lari. Pastu memang menyampah tengok watak mak Ahn Do Hoon tu yang x suka dgn K.Yoo Jung sebaliknya nak calon menantu yang kaya. Manakala Ahn Do Hoon ni awalnya seorang yang sangat baik dan dia ingin menjadi pendakwaraya yang menegakkan kebenaran serta merupakan anak yang baik dan sayangkan K.Y. Jung. Namun lama kelamaan dia makin berubah menjadi seorang yang tamakkan kuasa dan pentingkan diri sendiri. Agak kesian juga tengok watak Shin Se Yeon yang sangat cintakan Min Hyuk sejak dari kecil, namun Min Hyuk tak pedulikannya langsung. 

Suka tang part bila Kang Yoo Jung mula bangkit dan membalas dendam pada bekas kekasihnya iaitu Ahn Do Hoon yang menjadi penyebab kematian ayahnya. Walaubagaimanapun di akhir episod semuanya happy ending, yang jahat akan menerima hukuman dan yang baik akan hidup bahagia. Layan gak laa drama ni, jalan cerita die ada twist sikit n buatkan kita x sabar untuk tunggu apa yg akan jadi seterusnya. Jom layan sinopsis cite ni..
Sinopsis
Dalam Perjalanan balik, Ahn Do Hoon telah terlanggar seorang perempuan yang merupakan kekasih Min Hyuk, disebabkan panik Ahn D.Hoon terus memandu kereta tanpa menolong wanita tersebut dan akhirnya wanita tersebut mati disitu. Akhirnya Kang Yoo Jung yang berkorban dan masuk penjara. Sementara Min Hyuk berasa marah dan ingin membalas dendam serta menghancurkn hidup K.Y. Jung semasa dan selepas die keluar penjara. Min Hyuk sentiasa mengikuti perkembangan K.Y.Jung dah mcm stalker gitu. Akhirnya secara x sedar Min Hyuk telah jatuh cinta pada K.Yoo Jung. Konflik mula berlaku kerana Min Hyuk telah ditunangkan dgn Shin Se Yeon dan Se Yeon sememangnya cintakan Min Hyuk. 

Manakala Ahn Do Hoon telah berpisah dgn K.Y.J dan dirinya mula berubah menjadi semakin tamak dia akhirnya suka pada Shin Se Yeon yg merupakan tunang Min Hyuk. Namun S.S.Yeon tetap sayangkan Min Hyuk. Kang Yoo Jung juga masih sygkan Ahn Do Hoon sehinggalah dia tahu yang Ahn D.Hoon menjadi penyebab kematian ayahnya barulah K.Y.Jung mula benci dgnnya dan akhirnya mula menyukai Min Hyuk. Lama kelamaan rahsia demi rahsia mula terbongkar satu demi satu.

Watak-Perwatakkan
Drama ni ada ditayangkan di Astro channel 391 (KBS) hari tu. Baru tau kat korea ada chanel KBS, SBS, MBC, TVN dll hehehe. Running Man pun under Channel SBS juga.

Baca ini jugak..
~ Review Drama Lakonan Hwang Jung Eum yg terdahulu-
~ Review Drama Lakonan Lee Da Hee yg terdahulu-
~ Review Drama Lakonan Bae Soo Bin yg terdahulu-  
~ Review Drama Lakonan Ji Sung yg terdahulu-

6 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017