20 Dis 2013

Incarnation Of Money- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review pasal drama Korea yang bertajuk Incarnation Of Money. Drama ni dilakonkan oleh Kang Ji Hwan, Hwang Jung Eum, Park Sang Min dan ramai lagi. Drama ni tengah ditayangkan di Channel One Hd sekarang dan mempunyai 24 episod. Drama ni dah ditayangkan di Korea sekitar bulan Febuari hingga April 2013 yang lalu. Aku baru jer tengok drama ni kat tv hehe awalnya ingat tak best, so tengok gitu2 jer la tapi semakin lama drama ni jadi semakin best lak, asyik tertunggu-tunggu apa yang akan jadi dengan watak2 dalam cite ni. Memang tak rugi lak tengok cite ni, menghiburkan gitu, penuh dengan kejutan.
Aku tengok drama ni kat TV dari episod 1-16, episod 17-24 aku tengok kat internet hehehe sebab x boleh tunggu dah kat TV tu sebab lambat sangat. So jalan mudah tengok direct jer kat Internet dari episod 17-24 puas hati hehe.
Aku suka hero n heroin drama ni comel sangat especially masa diorang gaduh2 manja gitu. Peringkat awal watak heroin cite ni agak gemuk maka die terpaksa pakai kostume untuk buat badan die jadi besar tapi tetap comel gitu. Watak hero drama ni juga menarik sebab die akan berubah dari agak nakal menjadi lebih baik setelah die ingatan die kembali. Jalan cerita drama ni berkisarkan pada dunia guaman, Pendakwaraya/Peguambela, korupsi, rasuah, dendam, ketamakkan, politik, cinta, wang dan macam2 lagi. Macam2 strategi yang diorang guna untuk balas dendam tu n buatkan cite ni penuh dengan kejutan.
Pelakon yang membawakan watak jahat dalam cite ni memang berjaya membawa watak dengan baik, nampak real jer jahatnya tu hehe. Apapun Ending cerita ni sememangnya Happy Ending gitu. Hero drama ini iaitu Kang Ji Hwan pernah berlakon drama Lie To Me bersama Yoon Eun Hye. Tapi aku tak minat sangat die dalam drama tu sebab drama tu di pertengahannya dah jadi tak best dah. Aku suka lakonannya die dlm drama Incarnation Of Money ni sebab die akan jadi nakal, jahat, serius, romantik dan kelakar, ada pelbagai karakter gitu. Heroin drama ni pula ada berlakon drama baru yang bertajuk Secret tapi aku tak sempat buat review lagi.
Ada yang tanya kat laman web mana nak tengok drama2 korea ni, actually banyak giler laman web yang ada yang boleh kita layan drama korea ni antaranya Maadu.com.my, Dramacrazy.eu, Dramaholics, Dramafever, Gooddrama dan pelbagai lagi. Search jer kat Google tu mesti berlambak keluar.
Jom tengok Sinopsis drama ni, aku copy paste dari Wikipedia, letih nak menaip Sinopsis sendiri hehehe.

Lee Cha-don grew up in an orphanage and became a prosecutor, one of the most respected professions in Korea. But, as it turns out, it also can be one of the most corrupt professions, with plenty of opportunities to shake down gamblers and pocket some extra cash. With no memories of his past, Cha-don’s fate is inextricably tied with Bok Jae-in, the daughter of a loan shark who funded Cha-don’s upbringing and education and wants to be repaid for the investment. And a senior prosecutor, Ji Se-kwang, who is responsible for the trajectory of Cha-don’s life, pretends to be a righteous prosecutor while hiding the misdeeds of his past.
Ending cite ni sweet giler sebab hero n heroin akan kahwin cuma masa ni watak heroin tu iaitu Bok Jae In dah kembali montel semula sebab terlebih makan masa jaga mak die yang sakit hehe. Tapi sweet lah sebab Lee Cha Don menerima die seadanya gitu. Jom tengok gambar sikit masa ending cite ni hehe.
Comel jer ending die hehehe..

Entry lain yang berkaitan..

Jom baca Review Drama Kang Ji Hwan yang terdahulu..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

6 ulasan:

Maya Omar berkata...

citer ni sgtla best!

Cik Aini berkata...

mlm ni last Miss Banu.kekekeke
sakit ati betul dgn Ji Skwang tu

Chic Na berkata...

eh eh dari kecik gitu leh jadi montel lak.. hihi.. tp still comel.. :)

Cik Nur™ berkata...

dah habis dah..!mcm tak puas hati je je sekwang mati mcm tu..eloknya kena dera dulu...kan..!

pastu yg wartawan tu..patut kena amik tindakan gak...hehehe

jae in...gemuk bali...heheh..comel..!

Lyeen De Syifa berkata...

Tak pernah tgok dia...ahahhaa..:)
sbb lyeen x pernah search psl korea..:p

Deqla Manjew berkata...

alala.. comey la gaun pompuan tu.. kihkih.. tu jer deqla nak komen.. ;p

Related Posts with Thumbnails