12 Dis 2013

Good Doctor - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama Korea yang bertajuk Good Doctor yang dilakonkan oleh Joo Won, Moon Chae Won, Joo Sang Wook dan ramai lagi. Drama ni dalam kategori Medical Drama dan mempunyai 20 episod kesemuanya. Ikutkan aku x berapa minat sangat medical drama ni semua, sebab rasa cam boring gitu. Tapi beza dengan drama ni sebab ia unik kerana mengangkat watak utamanya sebagai seorang penghidap penyakit "Autistic Savant" namun mampu menjadi seorang doktor (pakar bedah) yang berkaliber, walaupun pada peringkat awal die terpaksa menempuh pelbagai halangan, seperti penyakitnya dan persepsi masyarakat, rakan sekerja dan orang ramai padanya. Drama ni banyak pengajaran dan nilai2 murni didalamnya. Walaupun 20 episod tu agak panjang juga, tapi setiap episod x membosankan langsung, dan menjadi sangat menarik.
Para pelakon dalam drama ni hebat2 belaka dan berjaya membawa watak masing2 dengan berkesan. Joo Won berjaya bawa watak die dengan cemerlang sekali sebagai penghidap Autistic Savant dari segi percakapannya, reaksi mukanya, cara die berjalan dan sebagainya. Joo Sang Wook yang melakonkan watak Prof Kim Dohan juga terbaik. Die berjaya melakonkan watak sbg Kim Dohan yg garang dan juga yang baik. Latar tempat dalam cite ni banyak membabitkan di hospital iaitu di Wad Kanak-Kanak, Bilik pembedahan dan lain-lain lagi. Drama ni juga baru habis ditayangkan di Korea sekitar Oktober yang lalu. Apapun mmg enjoy tengok drama ni dengan gelagat para pesakit yang bermacam ragam, begitu juga dengan gelagat doktor yang setiap dari mereka mempunyai masalah masing2.
Selain itu dalam drama ini diselitkan juga dengan kisah percintaan antara Joo Won (Park Shi On) dan Moon Chae Won (Cha Yoon Seo). Yang mana Watak Joo Won telah jatuh hati pada Dr Cha Yoon Seo yang sentiasa memberi semangat dan baik padanya. Namun Cha Yeon Seo telah menolak cinta Park Shi On kerana hanya menganggap dia sebagai adiknya saja. Namun lama kelamaan Cha Yoon Seo mula sedikit demi sedikit tertarik dan jatuh hati pada Park Shi On dan akhirnya mereka bercinta. Namun percintaan mereka ni tidak dapat diterima oleh rakan sekerja dan kawan2 mereka kerana Park Shi On dianggap tidak layak dan setaraf dengan Cha Yoon Seo.
Apapun Jom tengok sinopsis drama ni k.

Sinopsis
Park Shi On semasa kecil sentiasa didera oleh ayahnya kerana ayahnya malu mempunyai anak yg cacat serta dirinya sentiasa dipulau dan dibuli oleh rakan-rakannya. Hanya abangnya saja yang die rapat dan menyayanginya, namun abangnya telah mati ketika mereka masih kecil, Sejak dari itu Shi On telah memutuskan hendak menjadi seorang doktor apabila besar kelak. Mak Shi On melarikan diri dari rumah dan ayahnya x pedulikannya langsung. Akhirnya ada seorang doktor yang bersimpati dengan Shi On lalu membimbing dan mengajarnya & Shi On dibesarkan di rumah anak yatim. Walaupun begitu Shi On sangat genius dan pintar die akhirnya berjaya menjadi seorang doktor pelatih di sebuah hospital terkemuka. 
Walaubagaimanapun Shi On menghadapi masalah bila dirinya sentiasa dipandang rendah oleh rakan sekerja dan orang lain. Prof Kim Dohan yang merupakan ketuanya juga melayan melayan dirinya dengan amat kasar. Hanya Dr Cha Yoon Seo yang melayannya dengan baik serta sentiasa memberikn sokongan. Semua orang sentiasa mencari kesalahan P.Shi On dan hendak singkirkannya dari hospital berkenaan. Cha Yoon Seo berasa sangat kasihan pada Shi On dan merayu Prof. Kim Dohan memberikan P.Shi.On peluang untuk membuktikan dirinya layak berada di situ. Akhirnya Prof Kim Do Han memberikan Shi On peluang. Shi On berusaha keras dan Prof Kim Dohan mula melayannya sedikit baik berbanding dulu. Ketika semua berjalan lancar mak Shi On kembali begitu juga ayah Shi On yg panas baran itu juga mula datang ke hospital berkenaan untuk mencari Shi On.
Shi On amat terkejut apabila bertemu dengan ayahnya semula lalu dia mula trauma dan menjadi takut lalu pengsan. Apakah yang terjadi seterusnya kenalaa tgk drama ni hehe.

Trivia
#-Joo Won ada join Variety Show iaitu 1 Night 2 Days & Jo Sang Wook pernah muncul dalam Running Man di episod 76, 77 dan 169.

Review Drama Lakonan Joo Won yang terdahulu:-

Review Drama Lakonan Moon Chae Won yang terdahulu:-

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Mrs Velentine berkata...

dah lama tak tengok drama korea...

Cik Nur™ berkata...

Nur tak tgk pun cerita ni....

Solehah Shamsuddin berkata...

Miss Banu, nt next entri drama boleh selitkan dari mana Miss Banu dapat cerita2 ni ye. Solehah nk tau. Nk layan movie jgk

Mieya Atiera berkata...

Dalam banyak-banyak drama korea tahun nie. Cuma drama GOOD doctor je yang Mieya layan sampai ke habis

Related Posts with Thumbnails