30 Dis 2013

Kumpulan SayWho Tersingkir Di Minggu Ke-7 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Berlalulah sudah minggu ke-7 MLM2013 yang bertemakan Muzikal Komedi dan menyaksikan kump SayWho tersingkir. Kumpulan Comey dan kump Wala turut berada dalam bottom three. Aku dapati di FB dan Twitter kump Wala memohon maaf pada semua fans kerana mengecewakan semua. Minggu Muzikal Komedi antara minggu yang paling dinantikan oleh para penonton dan juga peserta kerana lebih meriah gitu. Pemilihan lagu yang best diikuti lirik lagu yg kelakar turut membantu sketsa para peserta. Agak rugi kalau peserta mempersiakan minggu muzikal komedi ini. Walaubagaimanapun rata2 peserta berjaya membuat sketsa yang menarik dan lagu2 yang dipilih mereka juga best. 
Hampir semua peserta mendapat 4 bintang hanya kump Wala dan SayWho mendapat 3 bintang dari juri. Kump Bocey membuat persembahan pembukaan, dasyat gak Achey menyanyi lagu Madah Berhelah dgn nada tinggi hehe terbaik. Mereka mendapat 4 bintang dri Datuk Yusof Haslam. Kump Comey pula ada part2 yang best ada juga part2 yg meleret tapi meriah juga persembahan diorang. Kump Wala mmg slow sikit minggu ini serta lagu2 yang dipilih oleh kump Wala ini juga agak tidak bestt n kurengg menyengat. Kump SayWho membuat persembahan penutup tapi sketsa diorang juga agak slow dan lagu yg dipilih juga tidak berapa best.
Nabil pula membuat sketsa ttg pengemis jalanan ala2 Tegar gitu dgn gitar kecik die sume. Sketsa Nabil biase2 jer tapi Nabil bijak memilih lagu yang sesuai dan best2 jadi ianya menutup kekurangan sketsa tersebut dan menjadi  menarik. Begitu juga dgn kump SYJ, mereka pandai memilih lagu yang best2 siap ada lagu hindustan lagi serta lagu Gentleman dari Psy. Kump Shiro juga terus cemerlang dan konsisten minggu ini, diorang membuat sketsa ttg Ayah dan anak lelaki yang mana Ajak jadi Ayah dan Shahrol jadi anak. Paling x leh blah part Ajak pujuk Shahrol guna lagu hindustan dari filem Mohabbatein hehe siap berjoget lagi dengan lagu tu. Award "Man Of The Match" untuk minggu ke-7 ni diberikan pada Dato Ac Mizal.
Manakala kump SepahTu kembali bangkit pada minggu ini. Mereka membuat sketsa tentang berebut Awek antara 2 sahabat. Punchline mereka mantap dan kelakar begitu juga dengan pemilihan lagu. Lagu2 yang dipilih juga best2. Penonton memberikan sorokan semangat buat Sepahtu n kelihatan Jep agak sebak dengan sokongan penonton begitu juga dengan Shuib dan Rahim yang kelihatan berpuas hati dengan persembahan SepahTu dan mereka juga mendapat 4 bintang. Kump Jambu juga tampil dengan Sketsa yang menarik dan best yang mana Yus menjadi orang yang dirasuk hehe x leh blah part Yus kacau2 Nora Danish tu n part Renjis2 tu yang mana pastu terus keluar lagu orang kahwin hehehe terbaikkk.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

8 ulasan:

Eraz Fadli berkata...

Mungkin penonton nak pembaharuan..

Chic Na berkata...

tak dapat tengok budak kecik tu lagi.. hehe..

Kathy R'bain berkata...

akhirnya..

Cik Nur™ berkata...

sian saywho...xde rezeki nak ke finalkan....

Masitah Yusof berkata...

Tjk ape ye lagu yg dato' yusof haslam nyanyi tu...

Masitah Yusof berkata...

Tahu x tjk ape lagu yg dato' yusof haslam nyanyi tu...mcm best je

Masitah Yusof berkata...

Tjk ape ye lagu yg dato' yusof haslam nyanyi tu...

Tanpa Nama berkata...

bintang malam ini ... a.razak..
sedap lagu nih..

Related Posts with Thumbnails