8 Dis 2013

Kumpulan Mamu Tersingkir Di Minggu Ke-4 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Jumaat lepas telah berlangsungnya MLM2013 Minggu Ke-4 yang bertemakan Spoof/Parody. Setelah 2 minggu berada di bottom three akhirnya kumpulan MaMu telah tersingkir. Selain kumpulan Mamu, Kump Boboi dan Wala juga turut berada di bottom three. Sewaktu di Hot Seat dan di Minggu Pertama MLM2013 Kump Mamu sangat best dengan lawak mereka. Tapi di Minggu kedua prestasi mereka telah menurun dan akhirnya tersingkir di Minggu Ke-4. Bukan mudah nak buat lawak kan,maybe idea x datang2 ker kan. Apapun Kump Boboi turut membuat kejutan iaitu ingin menarik diri untuk memberikan peluang kepada Kump Mamu untuk terus beraksi namun setelah dinasihatkan oleh AC akhirnya mereka meneruskan juga perjalanan kump Boboi di pentas MLM2013.
Kelihatan di minggu ke-4 ini juga, juri2 agak tegas dan berhati-hati dalam memberikan bintang pada para peserta. Buktinya ramai peserta mendapat 3 bintang sahaja. Hanya kump Jambu saja yang berjaya mendapat 4 bintang. Rata2 nya banyak persembahan agak hambar. Nabil kurang menyerlah minggu ini dan hanya dapat 2 bintang dari juri maybe die busy dgn LKD3 kot. Sepahtu pula bermula dengan agak perlahan namun di pertengahan sketsa mereka baru start kelakar, diorang buat parodi Pendekar Bujang Lapok dan bermain dengan perkataan sana situ sini. Jambu mmg best minggu ni, macam2 parodi yang diorang buat bermula dgn parodi filem KL Gangster 2 dll.
Kump Bocey pula membuat parodi filem2 Hindustan seperti filem Mann, Kaho Naa Pyaar Hai dan Mohabbatein. Best juga parody diorang siap berjoget lagu hindustan lagi di akhir persembahan. Lagu yang diorang berjoget part akhir tu mmg best happening jer petikan dari filem Salman Khan iaitu Hello Brother. Kump Shiro pula membuat parodi Filem Juvana best gak tengok siap ada Lan Todak semua hihi. Kump Comey pula membuat parodi filem Nang Nak manakala kump Wala pula membuat Parodi filem Labu Labi. Kump SYJ juga menyerlah dengan pelbagai parodi hihi yang mana Jihan jadi hantu kak limah, Syuk jadi Thor dan Yassin jadi Orick. Tak leh blah bila Thor tetiba bertukar jadi Izzah pula dlm Ombak Rindu hahaha.
Sayangnya bila Yassin masuk sketsa diorang mula perlahan. Rasanya Yassin patut pilih watak lain. Tapi bila Yasin mula jadi King Kong dan peluk gambar KLCC tu lawak jugak hehehe. Kump Boboi pula membawa watak Batman dan Pak Guard, manakala Saywho pula membuat parodi filem Titanic tetiba kat tengah cerita ada gak masuk pasal cite Tanggang sebelum balik semula ke cite Titanic. Kump Zero pula membuat parodi filem Rock oo kalau aku tak silaplah. Kebanyakan kump mendapat 3 bintang termasuk kump Sepahtu. 
Baca Juga Entri2 ini..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

Oh Ping Blog berkata...

hidup jambu..
eh, sme cam tema blog nie la..
ahaha

belogisam berkata...

secara jujur mamu patut tersingkir.. btw bukan senang nak buat lawak bg org suka,, hanya muka yang tertentu shj, mmungkin rezeki mamu di pentas lain

Cik Nur™ berkata...

rasanya minggu ni kureng menyengatkan...

Kathy R'bain berkata...

bukan rezeki mamu..

Deqla Manjew berkata...

kureng la minggu ni miss.. deqla suka persembahan jambu jer mlm tu.. huhu

Related Posts with Thumbnails